“Saya Gembira 3 Bulan Episod Hitam Ayah Berakhir”, Anak Tiri Buka Cerita Kenapa Ayah Ceraikan Makwan, Siap Dah Sampai Jadi Kes Polis

TIGA bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon veteran Mak Wan merupakan suatu episod hitam buat diri Husain Dolah.

Husain, 74, mendakwa dia berada dalam tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan sehingga tidak menghormatinya sebagai suami.

“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai. Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan.

“Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal (perkahwinan) sampailah ia berakhir di mahkamah.

“Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, mStar melaporkan Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud, 61, diceraikan suaminya, Husain Dolah dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Husain terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati

Dalam pada itu, Husain juga mendakwa pelakon tersebut tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan yang dilakukan aktres berkenaan sehingga hubungan rumah tangga yang menggores hatinya.

“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik.

“Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan rosakkan diri kita sendiri selama-lamanya,” ujarnya.

Sementara itu, anak tunggal Husian iaitu Zaiton sedih dengan perkara yang berlaku dan menganggap perpisahan yang berlaku adalah jalan yang terbaik untuk bapanya.

Zaiton yang kesal dengan kelakuan Mak Wan mendakwa pelakon itu tidak menghormati bapanya sepanjang perkahwinan terbabit.

“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku.

“Pada usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dugaan macam ini.

“Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia,” ujarnya.

Tambah Zaiton, dia juga sudah membuat laporan polis terhadap dramatis itu yang didakwa memfitnah mereka.

“Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya yang berbaur ugutan, dia fitnah saya dan ayah.

“Sekarang sudah jadi kes polis biarlah polis tentukan,” ujarnya.

Video :

Nampaknya rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama tiga bulan apabila pelakon veteran Mak Wan Latah kini sudah berpisah dengan suaminya, Husain Dolah selepas diceraikan dengan talak satu.

Menerusi laporan mStar, lafaz cerai dilakukan bekas suaminya berusia 74 tahun itu di kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pagi tadi.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah atas alasan tertentu. Menurut peguam Husian iaitu Husna Hamdan berkata, pihaknya memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

“Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama. Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya.

Untuk makluman, Mak Wan dan Husian berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian.

Antara komen komen netizen

Jodoh Pertemuan,Rezeki,Ajal Maut Semua Di Tangan Allah,Kalau Jodoh Dah Tertulis Setakat Tu Terimalah Dgn Redha,Ada Hikmah Disebalik Perceraian Dan Perpisahan Tu,Tak Perlu Kita Nak Buka Aib Sesama Manusia Dlm Bulan Ramadan Yg Mulia Ni,Semua Manusia Tak Sempurna Ada Kelemahan Dan Kekurangan,Terima Dgn Hati Yg Terbuka..Siapa Kita Nak Menghukum Sesama Manusia,Semua Ni Ketentuan,Takda Siapa Nak Situasi Mcm Ni Berlaku..Kalau Dah Takda Persefahaman,Perpisahan Adalah Jalan Terbaik Daripada Kita Mengeruhkan Keadaan Takda Manfaat Pun,Perkara Dah Berlaku…

Anggap La Tkde Jodoh,Tk Perlu Nk Aib Kn Sesape,Tambah² Makwan Public Figure,Tk Manis Buat Mcmni,Mcm Satu Pihak Je Yg Betul

Kami Pun Biasa Ada Ayah Tiri Mak Tiri Ramai Ooooo Abah Kami Kawin ..Sebagai Anak Mak Ayah Kita Gaduh Ka Apa Ka Tua2 Ni Biar Depa Ja Setle…Kita As Anak Hormat Ja Ayah Tiri Atau Mak Tiri Selagi Mana Mereka Tak Telan Mak Pak Kita..Adat Rumah Tangga Setiap Org Berbeza..I Pun Gaduh Dengan Laki Bab Tikus Masuk Rumah Ja Siap Nak Lari Bawa Beg Baju..

Dah Tua Bukan Bermakna Tak Perlu Jadi Suami Yg Mendidik Isteri, Kalau Panas Sama Panas Tua Ke Muda Meletup Kebabom… Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Kita Semua Dunia Akhirat

Sebelum Khawin ,Tak Berfikir Banyaknya Pakcik Baru Lepas Khawin Buka Aibnya ..Dan Lagi Satu Mstar Pun Tak Ada Kerja Lain..Pakcik Dlmpada Umur Sebegini Banyak Pergi Surau, Majid Dan Berdoa…Anaknya Pun Cakap Macam Sewel..Mengugut Lah Apa Lah…

Mentaliti Sesetengah Orang. Lelaki Tua Renta Disuruh Kawin Supaya Ada Yg Jaga Dia. Cari La Bibik Or Nurse Pokcik. Gajikan Dia Untuk Jadi Penjaga Pokcik. Perempuan Cerdik N Tahu Hukum Tak Mungkin Nak Kawin Hanya Nk Dijadikan Bibik@Org Suruhan Secara Percuma. Mana Maunyaaa…

Dah Tua – Tua Xpayah Nikah Lgi Lah , Hidup Sorang Lagi Baik ,Buat Amal Ibadat Dari Menjaga Pasanganya Sakit Atau Menguruskan Kesihtanya

Anggap Aja Dah Tak Ada Jodoh Habis Kisah. Jangan Sekali2 Aib Kan Sesama Manusia. Dah Sama2 Tua Dah Matang Kan Jangan Perangai Macam Orang Muda. Lps Ni Duduk Di Rumah Anak Cucu Berzikir Kepada Allah

Niat Nikah Pon Dah Tak Betul… Ade Ke Cari Bini Nk Soh Jaga Ayh Die! Please Laa Baik Awk Cari Orang Gaji Je Utk Ayh Awk Tuh Klu Tak Pon Awk Tuh Jgn Nikah Ddok Je Elok2 Jaga Ayh Awk Sendiri. Ingt Senang Agknye Nk Jaga Org Umo 70/80 Thn Ney… Klu Kena Yg Dah Nyanyok Tuh Lagi Haru. Hal Suami/Isteri Klu Biar Ank2 Masuk Campur Mmng Habis Laa Telah Plak Stkt Tiri2 Jer. Klu Betul Awk Bagus Awk Tak Kan Hina Org. Be Strong Mak Wan, In Shaa Allah Ada Hikmahnya…

Dulu Sblum Kawin Atok Ni Ingt Mak Wan Ni Kaya Raya Boleh Tanggong Mkn Minum Dia Almaklum Lah Dramantis
Sabar Banyak2 Mak Wan Ni Dugaan Hidup Allah Nk Uji Mak Wan

Jodoh Tu Mmg La Jodoh..Tp Nk Carikan Isteri Buat Ayah Biarlah Yg Bolih Jaga Dia 24 Jam.Bolih Jaga Amakan Minum,Buat Amalan Bersama…Meniti Usia Senja..Mencari Bekalan Akhirat.

Dunia Sekarang Kut Tak Kira Tua Muda, Miskin Kaya, Kahwin Bagitau, Nak Beranak Bagitau, Cerai Bagitau Pendek Kata A To Z Wajib Bagitau Public

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*