Dikecam Bagai Tiada Hari Esok, Peguam Siti Bainun Tak ‘Koyak’, Beri Penjelasan Menari Dan Adakah Dia Akan Saman Netizen

SALAH seorang peguam kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali iaitu Nurul Hafidzah Hassan menerima kecaman netizen selepas tampil membuat beberapa kenyataan di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Nurul Hafidzah, 39, sebagai seorang peguam dia tidak terkesan dengan kritikan dan kecaman yang ditulis oleh netizen itu.

“Sebagai seorang peguam… insyaAllah tak koyaklah.

“Saya tak perlu pun terangkan perasaan saya sebab kita ada banyak kerja nak buat.

“Jadi intepretasi mereka memuaskan hati mereka terserah kepada mereka… I don’t have time for that,” katanya kepada mStar.

“Hafidzah tak bela Bainun” – Kakak peguam tular pertahan adik ‘dibasuh teruk’ netizen

Sepanjang minggu lalu sehingga ke hari ini, media sosial peguam, Hafidzah Hassan dibanjiri dengan pelbagai kritikan dan kecaman oleh netizen kerana mempertahankan orang kena tuduh (OKT), Siti Bainun.

Tidak terhenti di situ, kontroversi yang dicetuskan oleh peguam tular itu makin memuncak apabila tular beberapa kepingan gambar dan video TikTok yang dimuat naik olehnya.

Kakak pertahankan tindakan adik

Bagaimanapun, seorang kakak kepada peguam tersebut memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya dengan mempertahankan tindakan adiknya itu.

Dia yang dikenali sebagai Nurul Hayati Hassan tampil mengulas tuduhan liar yang dilemparkan oleh netizen kepada Hafidzah adalah tidak wajar .

Ini kerana adiknya itu hanya menjalankan tugas sebagai seorang peguam sahaja, bukannya bersubahat dengan pengasas Rumah Bonda tersebut.

Mahkamah tempat tahu kebenaran, bukannya media sosial

Selain itu, dia ambil maklum bahawa ramai ingin mengetahui kebenaran disebalik penderaan adik Bella, namun ia bukanlah melalui media sosial.

Katanya, hanya keputusan daripada pihak mahkamah saja yang boleh dipercayai.

Ia dikatakan sedemikian kerana kemungkinan saksi ‘bertukar cerita’ kerana Siti Bainun sendiri mengaku tidak bersalah sepanjang sesi perbicaraan itu berlangsung.

“Bainun kata dia tak dera, saksi asyik bertukar cerita, ada orang yang mengambil sebelah cerita sahaja tanpa bercerita bukti mahkamah juga tidak membantu.

“Semua orang NAK TAHU siapa buat bella. Tapi proses undang undang perlu dilalui. Pengesahan siapa pelaku, siapa terlibat perlu dibuat. Kalau tidak, kat mana keadilan tu?

Diam jelah daripada memekak!

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook miliknya itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta kakak kepada peguam kontroversi, Hayati untuk mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ni mesti nak tumpang glamour adik sekali…

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Hayati hendak menumpang populariti adiknya itu.

Kau jual jelah insurans tu diam2

Bersimpati dengan nasib disebalik kenyataan mempertahankan adiknya itu, rata-rata netizen meminta wanita itu untuk tidak masuk campur dalam kes tersebut, sebaliknya memberi fokus kepada jualan insurans yang dilakukannya itu.

Biodata Nurul Hafidzah Hassan, Peguam

Nurul Hafidzah Hassan merupakan salah seorang peguam yang aktif dalam kerjayanya. Beliau yang bersusuk tubuh sederhana ramping, meminati kerjaya pengamal undang – undang dan berkhidmat di Nurul Hafidzah & Associates, Advocates and Solicitors.

Nama Penuh:Nurul Hafidzah Binti Hassan

Nama ada gelaran:Puan. Nurul Hafidzah Binti Hassan

Jantina:Perempuan

Asal:Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bakat semulajadi:Menyanyi dan menari, cenderung kepada tarian tradisional

Figura antivaksin, artis antara identiti anak guam peguam Siti Bainun dibongkar netizen

PEMBELA pihak yang dibenci, gila glamor, itu antara kecaman yang dilontarkan warganet terhadap peguambela kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun untuk kes penderaan kanak-kanak Sindrom Down, Bella.

Sejak tularnya gambar 10 peguambela bersama Siti Bainun di hadapan mahkamah dan video-video kenyataan balas sebahagian mereka terhadap kecaman netizen baru-baru ini, kes ini bukan lagi sekadar mengisahkan tentang keadilan buat Bella, tetapi turut membongkar masa silam peguam tertuduh.

Perkara itu turut dikongsi menerusi hantaran pemilik akaun Twitter, @aidi_ezzhar yang mendedahkan bahawa salah seorang peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan sebelum ini pernah menjadi wakil buat individu dan selebriti yang turut dikecam hebat netizen.

hafidzah 2

Katanya, wanita berkenaan sebelum ini pernah mewakili Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang bukan sahaja merupakan anti-vaksin, malah sering mendapat kecaman ramai.

Selain aidi_ezzhar, ramai pengguna Twitter lain turut mendedahkan anak guam yang pernah diwakili oleh Nurul Hafidzah.

Pemilik akaun, @twtbiy berkongsi bahawa peguam itu pernah mewakili pelakon Zarina Anjoulie.

Seterusnya, @NoorAfdah pula menulis ringkas yang Nurul Hafidzah juga peguam untuk selebriti Lan Solo dan Syura untuk kes fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana.

hafidzah 3

Sementara itu, selebriti Nabila Huda juga berkongsi bahawa Nurul Hafidzah juga merupakan peguam yang pernah mengaibkan dirinya dan mewakili aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim.

hafidzah 4

Dalam kes berkenaan, Fatimah Zaharah menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah RM900,000 kepada anak penyanyi rock, Amy Search itu kerana mendakwa dirinya menyalahgunakan bantuan mangsa-mangsa banjir

Sumber Mstar/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*