
REDA dengan apa juga petunjuk yang bakal diterima, pelakon Puteri Sarah berharap doanya nanti yang bakal dititipkan di hadapan Kaabah akan menjadi jalan keluar daripada kemelut rumah tangga yang dihadapi sekian lama.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata apa juga keputusan yang perlu diambilnya kelak bukanlah dilihat sebagai perkara buruk sebaliknya kehidupan baharu buat dirinya.
“Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.
“Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.
“Moga ada jalan keluar dan penyelesaian… apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu,” ujarnya kepada mStar.
Yusof dan isteri turut hadir menghantar Sarah ke Tanah Suci.
Sarah ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis sebelum dia dan dua anaknya berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah 10 akhir Ramadan.
Sarah tiba di KLIA kira-kira pukul 11.30 pagi ditemani bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail. Syamsul bagaimanapun tidak kelihatan.
Yusof dan isteri kelihatan terharu malah Fatimah mengesat air mata bagi mengucapkan selamat jalan untuk menunaikan umrah buat manantu dan dua cucunya itu.
Sementara itu, Sarah berkata dia melantik dua peguam bagi menyelesaikan konflik yang berlaku dalam rumah tanggannya itu.
Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut
“Saya telah lantik dua peguam untuk selesaikan kes ini. Saya mahu menunaikan umrah dengan tenang” katanya.
Pada Ahad lalu, Sarah mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar menjadi punca kemelut dalam perkahwinan dia dan pengarah filem Syamsul Yusof.
Sarah berharap diberi jalan penyelesaian terbaik dalam kemelut rumah tangga.
Selain itu, Sarah juga berkata, anak-anak menjadi kekuatan untuk dia terus bertahan. Dia juga bersyukur dikelilingi orang-orang yang sentiasa memberi sokongan.
“Anak-anak sentiasa ada di sini dan mereka membuatkan saya jadi lebih kuat. Saya juga bersyukur kerana ramai yang menyokong dan mendoakan kebaikan untuk saya,” jelasnya.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.
Video,
Antara Komen Netizen,
Syukur Alhamdulillah..Moga Sarah Diberi Kekuatan Dan Petunjuk Sebaiknya, Kak Serina Harap Adik Dan Syamsul Akan Kekal Bersama Hingga Ke Jannah.. Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah..Aminnn..
Sejujurnya Puteri Sarah Bertuah Kerana Disayangi Keluarga Mertua. Mertua Ambilberat Segala Urusan Sarah. Alhamdulilah.Semoga Allah Swt Permudahkan Segala Urusan Puteri Sarah.
Stay Safe And Stay Strong
Tak Berapa Manis Wartawan Tanya Pasal Madu, Saat Sarah Dlm Keadaan Sedih Nak Cari Kekuatan. Be Strong Sarah, Semoga Allah Permudahkan Urusan Di Sana
Jangan D Tanya Soal Madu , Agak Sensitif Bkn Setakat Puteri Sarah Je Wanita² Yg Sudah Bergelar Isteri Klau D Tanya Cmni Pasti Terasa Hati ..Doa Yg Baik² Je La Moga Urusan Puteri Sarah Dan Syamsul D Permudahkan Dan Dpt Selesaikan Dngn Cara Yg Baik..
Smg Dipermudahkan Sgla Urusan Ketika Disana..Smg Yg Baik Baik Shja Buat Sarah Dn Kluarga.. Aamiin Yarobbalalaminnn
Pada Syamsul, Seronok Sekejap Sahaja, Mampu Pun Jgn La Menduakan Isteri Yg Baik. Sarah Ni Bersama Dari Tiada Apa2 Hingga Skrg. Si Kazar Pun Satu La, Nasihat La Anak Tu.
Sumpah Sebak Stiap Yg Keluar Dri Tutur Kata2nya,Hati Isteri Mna Yg X Trsa Hiba..Kmi Smua Doakan Smga Sarah Sentiasa Di Berikan Kekuatan Utk Hari2 Yg Bkal Mendatang,Setiap Apa Yg Brlku Pasti Ada Yg Terselit Hikmahnya..In Sha Allah Doa2 Org Yg Teraniaya Allah Swt Lindungi,Smga Sarah Mendapat Umrah Yg Makbur.
Bapa Dan Ibu Mertua Sangat Sayang Kan Nye..Dari Situ Dah Tahu Puteri Sarah Seorg Menantu Yg Baik..Pada Syamsul Buka La Mata Sayangi La Isterimu Seperti Bapa Mu Sayangi Ibu Mu Sehingga Ke Hari Ini.
Alhamdulillah.. Rezeki Dia Dapat Family In Law Yang Baik . Jenis Tak Backup Anak Bila Anak Buat Salah . Tetap Sayang Menantu Walaupun Anak Sendiri Buat Hal . Keep Strong Sarah
Moga Allah Menjaga Dan Memberkati Sarah. Rasanya Apa Yg Jadi Adalah Peni Gkatan Diri Sarah Di Sisi Allah. Allah Menguji Hambanya Setimpal Dgn Kemampuan Hamba Itu.
Wahai Si Suami Buang La Ego Kamu Selagi Isteri Masih Ada,Hargai La Momment2 Yg Ada, Nanti Andai Kata Allah Ambil Kembali Si Isteri, Hanya Penyesalan Seumur Hidup Awk .. Kesalahan Berpunca Dari Awak, Minta Maaf Dan Jgn Ulang Perangai Yg Sma..
Kalau Sape Follow Dia Dari Sblm Dia Kawen Camne Life Dia Mmg Banyak Berubah Wey. Jauh Dah Perjalanan Penghijrahan Dia.
Bagus Mak Pak Mentua Dia… Tak Berpihak Pada Ank Dia …. Mungkin Mak Pak Mentua Dia Syg Kan Menantu Dia Tau Ank Dia Mcm Mana… Allhamdulillah.. Jgn Ank Buat Salah Lepas Tu Menantu Yg Salah Yg Tu Kesian Menantu
Bila Isteri Yang Baik Suami Buat Hal Bila Suami Yg Baik Isteri Plk Buat Hal… Ujiann Dan Cobaan. Semoga Kuat Dan Sabar… Huhuuu.
Sumber Mstar/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment