
Memberi duit raya juga merupakan hal yang sering dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selalu yang memberi adalah orang yang sudah bekerja.
Boleh dikatakan memberi duit raya menggunakan sampul merupakan cara tradisional dan ketika ini, ramai juga yang sudah menggunakan online transfer untuk memberi duit raya kepada anak-anak buah ataupun saudara mara.
Bagaimanapun, terdapat satu video TikTok yang dimuat naik telah menarik perhatian ramai apabila wanita di dalam video itu menunjukkan dirinya telah menukar duit dengan jumlah yang amat banyak di bank.
Video,
Wanita yang berpakaian biasa iaitu t-shirt biru bersama kain batik terbabit difahamkan telah menukar duit sebanyak RM2 juta dan dipercayai di tukarkan di sebuah bilik khas.
Lihat pada jumlah tontonan , video itu sudah raih lebih 2.7 juta tontonan daripada pengguna dan 5000 lebih jumlah komen yang ditinggalkan.
Antara komen-komen netizen
Lemah Aku Tgok Org Tunjuk2 Duit Ni..Kita Ni Niaga Pagi Ptg Mlm..Nk Dpat Kan Rm50 Pun Sakit….
Contohi Ustaz Ebit Lew..X Menunjuk Nunjuk Kekayaannya…Tp Menolong Org Yg Susah Dan Memerlukan Di Merata2 Tempat..Duit Bkn Boleh Bawa Masuk Dlm Kubur
Lain Kali Letak Lokasi Sekali Kak..Senang Org Nk Rompak/Ragut..Zmn Skrg Ni Jngn Menyusahkan Perompak Kak! Dah Alang Alang Tnjuk Kita Ada Duit Tu.
Aku Bangga Dengan Bangsa2 Aku Ada Rezeki Lebih.. Tapi Aku Lebih Bahagia Klau Rezeki Yg Lebih Tu Untuk Sedekah.. Pendapat Sya Lah
Kita Beraya Ape Adanya.. Smmpu Kite.. Pda Yg Yg Trbih Mmpu Tu X Pyh Lh Nk Nunjuk2 Kn Para Ulama Dh Larang.. Harta.. Bahagia.. Sakit.. Umur….
Salam Cikna..Belanja Anak2 Dan Isteri Sy Baju Raya..Sy Xde Pun Xpe..Moga Cikna Dimurahkan Rezeki Selalu Dan Dipermudah Segala Urusan..Amin
Aku Takut Org Samun Ja Dh Tau Duit Bnyk Tak Pon Kena Colek…Beringat Sblm Terjadi Ingat Bnyk Mata Melihat Dlm Ni…Sebagai Teguran..
Biarpun hanya ingin berkongsikan video biasa, namun reaksi daripada netizen berbeza dan rata-ratanya mempertikaikan tindakan wanita berkenaan memaparkan jumlah wang sebanyak itu di media sosial.
Hampir kesemuanya berasa bimbang jika ia dipertontonkan kepada umum kerana takut wanita berkenaan menjadi mangsa rompak ataupun ragut pada masa kelak.
Sumber BN/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment