
Assalamualaikum wtb pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca penulisan ini. Cerita ini ditulis dari hati yang paling dalam yang tidak punya rasa. Perkenalkan diri sebagai Maryam, berumur 40-an. Berasal dari negeri sebelah Selatan. Aku berkhawin di usia yang agak muda. Awal 20-an.
Setelah tamat ijazah aku terus berkhawin. Disaat anak-anak lain sedang berusaha membalas jasa dan pengorbanan ibuayah mereka.
Sehinggakan ayahku bertanya padaku samada aku yakin atau tidak untuk berkhawin sekarang. Aku nekad. Kerana lelaki ini seorang yang sangat baik hasil dari cerita kenalanku. Dia merupakan kenalan rakanku.
Suami ku bernama Samad. Kami bertunang 2 bulan dan terus bernikah. Aku dibawa ke negerinya. Cinta berputik selepas khawin dalam melalaui proses perkenalan yang sebenar.
Bermulalah kehidupan kami suami isteri tidak terlepas dengan ujian kesempitan wang di awal perkhawinan kami. Kami susah tapi kami bahagia. Dia bekerja dan aku juga bekerja. Aku cuba tampung mana boleh walau gaji aku tak besar mana.
Setahun kemudian aku disahkan hamil anak pertama kami. Gembira dan bahagia. Hari bertambah hari. Aku rasa semakin kurang berdaya untuk melakukan hal-hal kerja rumah. Siang hari aku bekerja, balik petang ready makan suami. Suami pula taknak makan lewat.
Lepas suami makan kemas dapur, kemudian urus baju suami untuk ketempat kerja esoknya. Begitulah rutin aku setiap hari.
Hujung minggu pula basuh baju,lipat baju masak yang special skit untuk suami dan wajib pergi ziarah mak dia yang tidak jauh dari rumah lebih kurang sejam perjalanan.
Namun kugagahi untuk hadapi. 9 bulan berlalu. Aku selamat dibdah untuk mengeluarkan seorang puteri. Ibuku dari datang kerumah kami untuk menjaga aku dalam pantang. Mentua yang dekat ada datang ziarah tengok cucu.
Aku terasa sangat terhutang budi dengan ibuku kerana sepanjang tempoh berpantang dia menjaga diriku dan makan minum aku dengan baik sekali.
Suamiku bukan jenis pandai buat kerja macam ni. Sehinggakan makan minum suami aku pun ibuku yang sediakan. Makan pagi, dan dinner setiap hari. Aku terharu.
Kadang terbit dalam hati ini mula rasa skit hati dengan Samad kerana dia sepatutnya membantu ibuku apa yang patut. Dia Cuma tahu pergi kerja dan balik kerja. Sehinggakan baju dia pun ibuku yang basuhkan.
Memang semua benda aku siapkan sebelum ini. Dia Cuma tahu benda dah siap. Aku cuba menolak perasaan negative pada Samad.
Dua tahun kemudia aku hamil lagi. Cerita yang sama juga terjadi. Sehinggakan aku melahirkan anak yang ketiga. Samad ni jenis yang tidak tahu buat kerja lain selain kerja pejabat dia.
Anak-anak nangis malam tidak pernah sekali dia bangun untuk tengokkan anak. Never. Alasannya kalau dia tidur, dia akan tidur mati. Dia tidak reti tolong lipat baju, masukkan baju dalam mesin ker. Itu semua aku kena buat.
Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami. aku takut ALLAH marah. Pinggan yang dia makan pun main letak dalam sinki jer.
Bila anak –anak dah mula membesar aku cuba ajar anak aku untuk basuh pinggan sendiri, basuh kasut sendiri, tapi seperti tidak dipersetujui Samad.
Dia nak anak dia belajar sahaja. Dia nak anak dia pandai akedemik sahaja. Satu hari anak kami umur 12 tahun. Pagi aku tegur suruh basuh kasut sekolah. Bila tengha hari dia pergi main sampai kepetang. Aku pesan angkat kasut sebelum hujan petang.
Tapi tidak diendah. Sehiggakan malam itu hujan. Malam tu Samad baru balik kerja dan nampak kasut anak dia basah ditimpa hujan. Dia marah aku dengan suara yang kuat.
Aku cuba membela diri tapi ditengking dengan ayat “jangan salahkan anak’’ dia jarang marah aku dengan menegking atau suara tinggi.
Setelah cukup 10 tahun perkhawinan kami disinari dengan 3 orang cahaya mata. Semuanya melalui kaedah bersalin bdah. Aku bahagia seadanya. Kehidupan kami pun semakin baik. Berkat kesungguhan samad pun keluarga kami makin senang. Namun suatu hal tidak terjangka.
Suatu malam samad menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi. Aku diam terkedu tidak terkata. Aku terus diam bebrapa minggu. Kerana aku tidak boleh mengatakan tidak pada hukum yang ALLAH tetapkan Harus.
Namun aku masih tidak kuat untuk menundukkan nafsu hati ini yang tidak ingin berkongsi. Hati aku bagai dicarik-carik dan disiat-siat.
Seminggu kemudian aku bertanya mengapa hendak berkhawin lagi. Katanya nak anak ramai.
Ya, benar. Aku tidak mampu beranak lagi. Dia kerja selalu out station. Katanya nak isteri yang boleh dia bawa kesana kesini selalu bila kerja luar. Dia minta aku carikan siapa yang aku ingin jadikan madu. Jelas.
Dia belum punya calon. Tapi keinginan beristeri itu tinggi. Setelah beberapa bulan, aku minta dia listkan ciri2 isteri kedua yang dia inginkan.
Aku mula usha kawan2 aku yang terlajak bujang. Kerana lebih baik aku sendiri cari dengan siapa aku nak berkongsi daripada aku pening kepala nak bergduh nanti.
Lama sungguh pencarian aku memakan tahun. Dan dia tidak pernah mengalah. Aku tahu, dalam diam dia juga mencari kerana aku pernah tengok perbualannya dengan kawannya dan disertakan dengan gambar perempuan.
3 tahun aku mencari. Suatu hari dia mengungkit. Katanya penat bekerja kesana ke sini sorang diri tiada isteri di malam hari.
Dia menuduh aku tidak kesian dengan dirinya. Sengaja membiarkan dia bekerja sorang diri. Dia tidak tahu usaha aku. Aku telan pahit ini.
Aku berdoa semoga dia ditemukan dengan isteri yang baik, waktu itu hati aku mula rasa kosong. Sampai hati suamiku perlakukan aku seperti tidak punya rasa.
Aku mula perhatikan seorang rakan sekerja aku yang baru masuk. Berumur lewat 20 an. Bernama siti Bila kutanya kenapa belum berkhawin dia cuma senyum tanpa kata. Suatu hari aku pura-pura berbual tentang orang hidup bermadu. Dan aku
Tanya pendapatnya andai kamu dilamar sebagai isteri kedua apa kamu terima dan sanggup.
Katanya “kalau sudah ALLAH tentukan begitu, kuasa apa yang mampu mengatakan tidak. Sayang tidak bererti memiliki sepenuhnya. Jangan kita tamak dan haloba.” Aku terkedu. Adakah ini orangnya. Aku nekad.
Aku nyatakan hasrat padanya. Dia katakana semuanya berurusan dengan mak ayahnya. Aku kerumahnya. Ibunya seperti keberatan. Tidak pula si Ayah, seperti menyetujuinya sahaja. Aku mengadu hal ini padanya. Panjang lebar ucapannya.
Tapi apa yang aku sangat terkesan ayatnya “jangan terlalu khawatir, ini semua urusan Allah. Pasti ada sebab Allah gerakkan hati Ibu saya begitu. Jangan terlalu sedih. Jika ALLAH sudah menyatakan satu cukup untuk dia maka satulah sahaja untuk dia walau seingin apa pun dia”.
Saya pulang kerumah dengan menangis. Bertahun lamanya saya khawatir banyak hal. Saya bersedih berpanjangan. Walau usia SITI jauh lebih muda dari kami tapi ucapannya jauh lebih matang dari kami” aku pulang dan bgthu suami yang lamaranku ditolak lagi.
Nampak kesal sungguh dia. Bertahun sudah pencarianku. Belum dipertemukan. Aku nyatakan pada suami. aku bersedia sahaja. Tapi aku sudah tidak punya waktu untuk mencari. Doakan kesejahteraan aku dalam meneruskan hidup ini.
Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah
Aku berusia 28 tahun. Baru setahun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 5 bulan.
Nak dijadikan cerita, sebelum dan semasa aku mengandung, kehidupan aku dan suami agak bahagia, masih bulan madu. Suami ada business sendiri, dan aku pula kerja swasta dengan tangga gaji yang agak selesa untuk mulakan hidup bekeluarga.
Namun, dugaan mula datang masa aku nak melahirkan anak. Rupa-rupanya selama aku sarat mengandung, business suami aku tak berapa nak baik. Dia ditipu oleh pekerja dia sendiri dan kerugian beratus ribu RM.
Aku dapat tahu hal ini pada malam sebelum aku nak beranak. Alasan suami – taknak bagi aku risau dan jejaskan kandungan aku. Fine. Aku terima.
Masa berpantang pada awal 2 minggu, kami sangat sangat stress. Disebabkan husband kerugian banyak, jadi dia tak dapat bayar gaji pekerja-pekerja dia, dan hampir setiap masa handphone dia berbunyi setiap minit orang call nak minta gaji, duit dan supplier minta bayar hutang.
Aku hampir meroyan masa berpantang disebabkan benda ni. Aku kesiankan suami jadi aku pinjamkan dia rm 40k untuk bayar hutang. Aku gadaikan barang kemas hantaran aku semua juga.
Sedih, memang sedih. Tapi itu pun tak cukup nak bayar hutang. Rupanya makin bertambah tambah hutang.
Sekarang husband dah stop buat business. Masih terkapai kapai mencari duit nak bayar hutang hampir setengah juta. Nafkah berbulan tak berbayar, sampaikan aku paksa dia bagi, sebab itu kan wajib? Aku cakap, bagi rm10 pun cukup asalkan dia lepas tanggungjawab dia.
Mujur aku work from home. Dapat jimat duit nak pergi kerja. Dan dapat jaga anak sambil bekerja.
Tapi masalah besar yang lain pula, husband aku ni seorang yang PEMALAS. Dia cuma tahu mandikan anak dan jaga anak sekejap je. Masa lain sibuk nak main game. Disebabkan ini, kami bergduh banyak kali.
Aku rasa dia sangat useless sebab gaji aku bekerja 3/4 untuk bayar komitmen, bil bil semua. Aku macam bela biawak hidup. Aku boleh hidup tanpa dia sebenarnya.
Kalau aku tak masak sebab betul betul sibuk bekerja, memang tak ada dia nak masuk dapur masak lah jawabnya. Dia sanggup tahan lapar.
Sambil bekerja dari rumah, terpaksa aku curi masa bekerja dan terkejar kejar nak masak apa semua. Kerja rumah yang lain, tunggu aku bising membebel, baru terhegeh nak buat.
Aku penat nak membebel. Takkan semua benda aku nak suruh baru buat?
Aku sibuk bekerja dari pkul 9 pagi – 6 petang, kadang kerja sampai ke malam, walaupun work from home. In between, aku kena menyusu badan untuk anak lagi. Itu belum masuk anak meragam dan menangis.
Dah pernah slow talk – harsh talk dengan husband. Aku explain aku penat dengan perangai pemalas dia ni. Tapi masih, tiada common sense.
Rumah bersepah, pinggan cawan tak basuh, sampah merata tak buang. Penat bekerja, skit mata tengok rumah semak. Penat tau penat?
Aku seriously penat nak nasihat suami aku sendiri. Banyak kali bergduh benda benda remeh. Aku siap suruh dia craikan aku, banyak kali dah. Punca sebab dia PEMALAS. Ya, PEMALAS ya.
Aku perasan, family dia memang pemalas juga. Lepas makan, masing masing cuma letak pinggan dekat sinki. Tunggu orang gaji basuh. Kalau makan, orang gaji kena siap hidangkan, mereka cuma duduk dan makan dan basuh tangan saja.
Itu belum bab basuh dan lipat baju. Kemas katil, vacuum rumah, buang sampah. Memang takkan buat sendiri kalau tak bersuruh.
Tapi lantaklah, tu family dia kan. Masalahnya sekarang ni suami aku bukan duduk dengan family dia. Aku ni ada anak kecil, takkan nak membebel setiap masa.
Aku penat. Burned out. Sangat stress. Aku nak keluar rumah bawa lari anak aku.
Dengan duit tak cukup, lepas tu husband nak berlagak jadi king. Aku lah ibu, aku lah maid, akulah banker, aku lah tukang baiki kalau barang rosak. Semua AKU LAH.
Aku harap ibu-ibu yang ada anak lelaki, tolonglah didik anak-anak lelaki kalian menjadi anak yang rajin. Jangan dah besar nanti tahu menyusahkan isteri saja.
Kesian menantu perempuan dan cucu-cucu kalian yang bersuamikan atau berbapakan seorang lelaki yang PEMALAS.
Kepada lelaki lelaki kat luar sana, minta tolong, kalau jadi suami jangan jadi PEMALAS sangat. Kalau kau kaya dan mampu gajikan maid, sila teruskan sikap PEMALAS dan bossy.
Kalau setakat tahu menyuruh sana sini, bila isteri minta tolong buat pekak, kau jangan sembang kata isteri suka membebel dan berangan nak kahwin lain. Isteri takkan membebel atau marah marah kalau si suami rajin bantu isteri.
Semoga aku masih dapat bersabar dengan ujian bersuamikan lelaki yang PEMALAS dan dikelilingi hutang. Semoga dia dapat bayar balik hutang hutang dia dekat aku juga.
Sekiranya jodoh kami masih berpanjangan, aku harap suami aku dapat berubah menjadi seorang suami dan ayah yang rajin. Dan semoga aku dapat mendidik anak lelaki aku menjadi seorang manusia yang rajin.
Sekiranya kalian ada tips yang aku dapat amalkan, mohon share sebab aku sebenarnya dah tak larat nak menjadi seorang isteri yang solehah, taat dan hormat kepada suami yang PEMALAS.
Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet
Nur Afifah, Anak yg ada pon tak didik elok..ketua keluarga apa mcm tu .xlayak jd suami.jangan la aniaya anak orang suka2 hati ..nak tambah isteri tu mcm nak tambah hamba dia laa…dia nk smua org urus dia..gilaa punya laki..
Puan buat solat hajat bagi suami puan terjumpa orang2 yg boleh bg dia sedar apa silap dia pada puan dan anak2…Kalau x mnjadi..doakan je dia mti pucuk..sorry ter emo.
Athirah Ahmad, Kak tolong jgn cari anak dara. Cari janda anak 10. Kan ready made ank dh ada. Senang. Tkot cari anak dara dgn kak2 terlingkup kena bela bini no2. Kak tolongla jgn jdi rendah sgt macm kain alas kaki dh.
Mcm tue ja ka level kak dgn suami. Jdi babu balaci ? Lepas tue siap cari peneman laki pi kerja outstation pulak. Adoii. Hormat suami hormat la sampai hak anak bini pon xdak. Ptot luku pala laki bini dua2.
Adibah Harun, Mcm ni la kak.. kawen lama dah.. kak pun tau laki kak tu level apa.. kak xyah susah2 doakan dia kawen lain.. Kak benarkn je pun dpt lesen beso dah tu.. Kak doakan diri kak dgn anak2 kak je.. Jaga hati kak sdr..
Biasanya yg duk berdegar2 ckp nk nikah lain ni tu yg xdapat.. yg diam2 takut bini tu yg buat lepas niat kawen nya tu.. dah klu dia pun mngurat xpandai, sape nak pndang..
sy assume dia xhensemla ea sbb yg xhensem ni je yg suka crang.. tp dah la xhensem, mngayat pun xpandai.. Ada hati nak berbini lg.. ini klu tok laki sy ni kak, harus malapetaka..
Tapi sy tau hati kak baik.. nk jd isteri solehah.. Byk duk pikir hal anak dari diri sdr.. apa pun, gudluck la ya dlm mencari manisnya madu.
Durra Fauzi, Bila konsep “taat” dengan “dizalimi” tak difahami beginila jadinya. Sedangkan Nabi Muhammad saw rasul kita walau keluar berdakwah, bekerja pun balik rumah tolong isteri buat kerja rumah. Ni suami sis ni mengalahkan nabi dah. Dahla xde jaminan lagi kita ni masuk syurga.
Kalau dengar ceramah ustaz ebit lew jenuhla malu pada diri sendiri. Sis sendiri terlampau manjakan suami buat macam maharaja jadila dia maharaja. Kalau dua-dua kerja patut sama2 langsaikan kerja rumah baru bertambah erat kasih syg.
Setiap kali solat berjemaah sama2 dan zmn sekarang akses kepada ceramah agama banyak online je. Sama2 muhasabah diri. Punyala laki sis ni rasa hidup dia mudah sebab sis sendiri tu dia rasa dia layak tambah bini. Nayala siapa jadi bini muda dia.
Sumber IIUM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment