PU Riz, Neelofa Tak Sangka Anak Dapat Duit Raya Lebih Daripada One Off KWSP

KALAH duit orang yang keluar KWSP! Itu antara komen lucu netizen di video perkongsian pengacara Neelofa ketika menunjukkan kepingan wang kertas duit raya yang diterima anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa dan suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail sedang membuat kiraan jumlah hasil kutipan duit raya yang diterima bayi berusia lebih tiga bulan itu.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila Neelofa dan PU Riz memberitahu duit raya yang berjaya dikumpul dalam masa tujuh hari menyambut Aidilfitri adalah sebanyak RM14,000.

Neelofa 1

Antara komen netizen di ruang perkongsian video Neelofa.

Dalam pada itu, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail turut memberitahu anaknya juga menerima sekeping wang kertas 1,000 dirham (RM1,000) daripada seseorang individu.

“Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Ini semua duit-duitnya diberi sampai ada duit 1,000 dirham.

“Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat belas ribu dua puluh ringgit (RM14,020)… Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” kata PU Riz.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan hasil kutipan duit raya tersebut kerana nilainya melebihi jumlah pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu RM10,000.

Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat ribu dua puluh ringgit (RM14,020).

Malah segelintir netizen juga menganggap ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan ramai saudara-mara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya memberikan duit raya RM50 hingga RM100.

“Normal la, umi dia terkenal, walid dia pun terkenal… jumpa orang kaya-kaya. Jadi, apa nak hairan. Aku sekali pergi rumah orang kaya dapat RM200.

“Bajet duit raya golongan kayangan ini bersamaan RM10,000 KWSP salah seorang rakyat marhaen.

“Datuk, nenek dia semua pangkat Datuk Datin kenalan pun Datuk Datin Tan Seri Puan Seri. Rezeki Bilal la dapat duit raya banyak macam itu,” antara komen netizen.

Neelofa 2

Neelofa dan PU Riz masih tidak mendedahkan wajah anak mereka.

Biarpun ramai netizen yang melahirkan rasa syukur melihat rezeki anak pasangan itu, namun masih terdapat antara mereka yang memberi pandangan bahawa perkongsian itu tidak sesuai kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

“Ingat pesan Ustaz Wadi Anuar. Salah satunya jangan tunjuk harta kita kat orang yang Allah bagi.

“Tak baik tunjuk duit raya kan,” tulis netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu namun sehingga kini masih belum mendedahkan wajah bayi mereka.

Video,

Neelofa, PU Riz sambut raya sederhana, tak banyak beli baju Bilal

PERTAMA kali bakal beraya sebagai ibu dan bapa, pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Pencetus Ummah (PU) Riz memberitahu mereka akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja.

Biarpun teruja dengan kehadiran putera sulung iaitu Muhammad Bilal, namun Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya tidak membeli terlalu banyak baju raya untuk anak mereka.

“Untuk Aidilfitri tahun ini hanya sambut dalam keadaan simple saja. Tahun ini, kami beraya di Kuala Lumpur, tak balik kampung sebab semua keluarga ada di sini.

Untuk baju raya anak pun tak ada la beli banyak… ada la sikit-sikit.

“Untuk baju raya anak pun tak ada la beli banyak sangat. Ibu mentua saya pun ada belikan juga untuk Bilal. Hadiah seperti jubah yang dapat pun boleh dipakai.

“Jadi, kami beraya memang biasa saja seperti tahun-tahun sebelum ini,” kata Neelofa kepada mStar.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021.

Neelofa 1

Neelofa dan PU Riz utamakan kesihatan anak mereka.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu dan sehingga kini masih tidak mendedahkan lagi wajahnya.

Dalam pada itu, PU Riz yang juga seorang pelakon memberitahu dia dan isteri sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan anak mereka sepanjang beraya bersama keluarga.

“Untuk beraya ni memang kami akan fikirkan tentang keselamatan dan kesihatan Bilal sebab dia pernah sakit dan kita pun sedih.

“Jadi untuk sementara waktu, demi menjaga kesihatan, tidak mahu menyusahkan orang dan orang tidak menyusahkan kita, sama-sama la kita jaga,” ujar PU Riz.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*