
PENYANYI Mimi Fly meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang menggelarkan kekasihnya sebagai ‘Negro’ hanya kerana lelaki itu berasal dari Afrika.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, panggilan ‘Negro’ itu dianggap sebagai tidak menghormati kaum African-American, dan boleh mencetuskan pergaduhan.
“Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan Negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak menghormati.
“Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan hamba.
“Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah,” ujar Mimi.
Terdahulu, Mimi meluahkan rasa kesal apabila kekasihnya digelar ‘Negro’ pada sebuah tajuk berita tempatan.
Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah
Mimi berkata, panggilan tersebut boleh membuatkan teman lelaki dan ahli keluarga yang lain berasa kurang senang dan memberi persepsi buruk terhadap rakyat Malaysia.
“Keluarga dan rakan-rakan dia menerima saya dengan baik dan saya harap dapat melakukan perkara yang sama.
“Saya bersyukur mereka melayan saya dengan baik ketika berjumpa di sana.
“Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab,” jelasnya.
Mimi harap dapat beri layanan terbaik jika keluarga kekasihnya datang Malaysia.
Mimi sebelum ini mendedahkan sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat.
Mereka mula berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti.
Untuk rekod, bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.
Mimi Fly Mengaku Bercinta Dengan Lelaki Kulit Hitam, Dedah Lelaki Melayu Takut Sesuatu Dengan Beliau
PETALING JAYA – Lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan romantis dengan seorang lelaki kulit hitam atau negro.
Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham mendedahkan, hubungan istimewa antara mereka sudah mula terjalin sejak dua tahun lalu dan kini sedang dalam fasa mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.
“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian dan sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.
“Dia merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri dan berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan bagaimana saya membawa diri di depan khalayak.
Bercerita detik perkenalannya dengan jejaka tersebut, Mimi mengibaratkan percintaan mereka seperti jatuh cinta pandang pertama ketika masing-masing secara kebetulan bercuti di tempat yang sama.
“Sebenarnya saya jumpa dia di Malaysia dua tahun lalu ketika kami kebetulan masing-masing bercuti di tempat yang sama.
“Kami saling berpandangan dan dua-dua seperti ‘love at first sight’ dan daripada situ kami mula berkawan.
“Saya gembira dapat kenal dengan dia dan si dia pun begitu. Sebenarnya, ini kebahagiaan yang saya cari.
“Setiap wanita layak untuk jumpa dengan orang yang mampu membuatkan kita sering rasa nak improve diri ke arah lebih baik dan dapat maju ke hadapan,” katanya lagi.
Kata Mimi, hubungannya dengan lelaki asal Amerika Syarikat itu semakin serius hari demi hari namun buat masa sekarang, dibatasi jarak jauh iaitu antara Malaysia dan negara Uncle Sam tersebut. – AWESOME TV.
“Insya-Allah, kalau ada jodoh, jadilah. Dipendekkan cerita, waktu pertama kali jumpanya, saya macam terus terpaut hati dan energi yang sama turut lahir darinya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis tayangan perdana program raya Awesome TV 2022 di ibu negara, baru-baru ini.
Tidak mahu terlalu memperincikan tentang hubungan yang masih lagi baharu, pelantun lagu Superfly itu cuma berharap agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya dan secara peribadi, dia dapat melihat masa depan tersebut bersama lelaki terbabit.
“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Dan sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki apa kekurangan diri.
“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi dokongan dan sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.
“Ada orang tanya tak takut ke berkawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, tidak langsung sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang telah saya lalui sebelum ini,” ujarnya.
Tambah Mimi lagi, dia berharap agar orang ramai tidak membuat andaian bukan-bukan namun memohon agar urusan jodohnya kali ini berhasil dengan baiknya hingga ke alam perkahwinan.
Terdahulu, Mimi, 36, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan tersebut bercerai pada November 2017.
Sedikit info Mimi fly
Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali dengan nama pentas Mimifly (kadangkala dikreditkan sebagai Mimi Fly; lahir 15 Disember 1986) merupakan seorang penyanyi, rapper, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari, dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai ahli kumpulan One Nation Emcees.
Mimi mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air ketika beliau memenangi tempat pertama di sebuah rancangan realiti TV peringkat Asia Tenggara yang disiarkan di TV3 iaitu Gang Starz musim kedua pada tahun 2008 bersama kumpulannya One Nation Emcees. Setelah 8 tahun bersama kumpulan itu, Mimi mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015.
Mimi kemudiannya dipilih untuk mewakili Malaysia bersama Shiha Zikir untuk bertanding di D’Academy Asia musim pertama. D’Academy Asia merupakan sebuah rancangan TV realiti di Indonesia yang amat popular.
Pada tahun 2019, Mimi dan One Nation Emcees dipanggil untuk menyertai Gegar Vaganza 6. Gegar Vaganza merupakan sebuah rancangan pertandingan nyanyian terbitan ASTRO yang mengetengahkan artis-artis veteran Malaysia yang hebat-hebat. Rancangan ini merupakan antara rancangan TV di Malaysia yang mendapat liputan meluas di seluruh negara. Setelah hampir 11 minggu berjuang didalam GV6, Mimi dan kumpulannya dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima.
Setelah 8 tahun bersama One Nation Emcees, Mimi mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015.
Pada tahun yang sama juga Mimi mengeluarkan single pertama sebagai artis solo yang berjudul “Enigma”, yang merupakan sebuah lagu tema untuk filem Girlfriend Kontrak terbitan Grand Brilliance. Sejak dari itu Mimi tidak pernah putus berkarya. Beliau telah bekerjasama bersama ramai artis dan komposer ternama seperti Altimet, Malique, Audi Mok, Omar K, Ezra Kong, Benzooloo, Caprice, Kaka Azraff, Ryan Sufiyan, Baby Shima dan ramai lagi. Lagu “Pura-pura Bujang” nyanyian Baby Shima hasil ciptaan bersama Mimifly dan Ezra Kong telah mendapat lebih 22 juta tontonan di YouTube.
Pada tahun 2020, Mimi telah mengeluarkan sebuah lagi lagu tema untuk filem Bisikan yang berjudul “Hujan” hasil kolaborasi bersama Altimet. Lagu ini berkisahkan tentang pergolakkan minda yang negatif terutamanya di dalam diri seseorang yang mempunya gangguan mental seperti kemurungan, gelisah, skizofrenia dan pelbagai lagi.[3] Lagu hasil nukilan bersama Khairafik Khairudin ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dikalangan rakyat Malaysia.
Selain “Enigma” dan “Hujan”, empat lagi lagu Mimi telah dijadikan sebagai lagu tema untuk filem antaranya ialah “On It” untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Redfilms dan “Psiko”, “Syukur Kau Yang Satu” serta “Jika” (bersama Lah Ahmad) nyanyian One Nation Emcees sebagai lagu tema untuk filem Klip 3GP terbitan Grand Brilliance yang juga menampilkan Mimifly sebagai salah seorang pelakon untuk filem.
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem aksi erotik Klip 3GP yang dikeluarkan pada 2011, dibintangi oleh Tasha Shilla, Faralyna Idris dan Zahiril Adzim. Mimifly juga membintangi drama kepolisan Gerak Khas dengan membuat penampilan khas sebagai Inspektor Adira dalam musim ke-15.
Mimifly merupakan anak jati Selangor yang membesar dan menghabiskan zaman persekolahannya di Petaling Jaya. Mimifly merupakan bekas murid di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 1 (1993-1998) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta (1999-2003) sebelum meneruskan pengajian di Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah di dalam jurusan Sains Biologi.
Mimifly mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Mereka dibesarkan oleh ibu mereka, Puan Ramlah Jalee yang merupakan seorang ibu tunggal yang lahir tanpa sepasang kaki. Walaupun dilahirkan dengan kurang keupayaan tetapi Puan Ramlah Jalee tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya. Kepentingan pelajaran tinggi telah diterapkan dalam mendidik Mimifly dan adik-beradiknya kerana ibu Mimifly merupakan seorang pemegang Sarjana Komunikasi dari sebuah Universiti di Amerika Syarikat dan merupakan seorang yang berpangkat tinggi sebelum beliau bersara. Berikutan kecekalannya itu, beliau diberikan Anugerah Ibu Gemilang bagi Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018.
Bapa Mimi, Norhisham Nasir meninggal dunia pada 28 Mei 2015 akibat kanser hati dan pendarahan di perut.
Beliau berkahwin dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015. Pasangan ini memfailkan perceraian pada November 2017.
Mimi juga ialah peminat setia penyanyi Yuna dalam satu temubual di Harian Metro: “Siapa yang tidak mahu menjadi seperti dia dan saya tidak setakat mengagumi Yuna, malah menjadi peminatnya. Walaupun usia kami sebaya, namun saya berbangga untuk mengakui bahawa saya adalah peminat setia Yuna”.
Sumber Kosmo/Wiki
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment