Wanita Ini Tak Kisah Suami Kecil, Boleh Dukung Terus Jadi ‘Patung’, Siap Tunjuk `Skill` Boleh Pusing Macam Helikopter

PERBEZAAN fizikal pasangan suami-isteri ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka merasai kebahagiaan berumah tangga.

Menurut Siti Nur Khalieda Yusra, dia tidak kisah biarpun suaminya, Mohd Hilmy Mohd Zaki memiliki tubuh lebih kecil berbanding dirinya.

Kisah ibu kepada dua cahaya mata ini menjadi tular selepas videonya mendukung suami, dikongsi di laman sosial.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Kieda bersyukur dengan kehadiran suaminya, malah menganggap jejaka itu sebagai pembawa rezeki kepada keluarganya.

“Video viral itu dirakam pada hari raya kedua. Saya sebenarnya memang selalu dukung suami. Saya dah kenal dia hampir sembilan tahun. Daripada berat dia 40 kilogram (kg), naik 42 kg, kemudian turun balik. Sekarang dia 41kg, turun sebab puasa.

“Berat saya 49kg masa anak dara, sampai dah melahirkan dua anak, kini berat 59kg. Saya tinggi sikit dan nampak gempal berbanding suami. Sejujurnya saya tak kisah suami bertubuh kecil.

“Kalau kisah, saya tak kahwin dengan dia. Suami seorang yang berbudi bahasa dan sangat baik. Saya juga ambil kata-kata orang dulu-dulu yang suami rendah ni bawa rezeki buat isteri dan keluarga.

“Walaupun di awal perkahwinan rasa susah sikit, tapi lama-lama rezeki datang kepada kami, alhamdulillah,” ujar pengusaha makanan crepe.

kieda2

Kieda dan suami mempunyai dua cahaya mata.

Mendirikan rumah tangga sejak 2016, Kieda dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata kini berusia lima dan tiga tahun.

Mengenai video yang tular sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok, Kieda berkata, dia dihujani pelbagai komen netizen termasuk golongan isteri yang senasib dengannya.

“Ada juga wanita yang kata dia segan nak pakai kasut tumit tinggi kerana suami pendek. Ramai juga yang kongsi cerita. Alhamdulillah tiada komen kecaman, kebanyakannya positif.

Dia seorang yang berbudi bahasa dan sangat baik. Saya juga ambil kata-kata orang dulu-dulu bahawa suami rendah ni bawa rezeki buat isteri dan keluarga.

“Suami pun tahu video itu viral. Dia selalu kata, kalau nak buat content, boleh buat dengan dia. Dia supportive kalau saya ajak.

“Masa rakam video dukung tu, kami sebenarnya tengah ambil gambar. Kemudian saya kata nak dukung dia, terus kami rakam video. Masa saya dukung tu, dia macam patung cendana,” ujarnya berseloroh.

Dalam video tersebut, Kieda turut berjenaka mengenai kelebihan bersuamikan lelaki bertubuh kecil.

kieda4

“Ni hang nak tau apa untungnya kahwin dengan lelaki rendah, lelaki kecil, lelaki kurus, lelaki rendah pada hang… Nak tahu, sat aku tunjuk kat hang.

“Bila dia sakit, boleh angkat. Bila kata kantoi curang ke, buat macam ni, hang pusing macam helikopter,” ujarnya sambil mendukung lelaki itu sebelum mereka tergelak bersama.

Bercerita mengenai dirinya, Kieda kini sibuk menguruskan sebuah kedai makanan yang baru dibuka di Kepala Batas sejak tiga bulan lalu.

kieda5

Kieda mengusahakan sebuah kedai makanan.

Menurut Kieda yang berniaga makanan sejak 2019, dia menawarkan lebih 60 jenis makanan seperti crepe, kek, puding, biskut dan kerepek.

Untuk rekod, kisah kebaikan suami Kieda pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 24 Ogos tahun lalu.

Pada waktu itu, kisah suami Kieda yang banyak berkorban ketika dia melahirkan anak menjadi tular dan menerima pujian ramai.

Jijik tolak tepi… suami bersihkan najis dalam kereta, cuci luka isteri bersalin sampai pulih – “Ada tanya lelaki macam ni ada jual di Shopee tak?”

ALANGKAH bahagianya seorang wanita apabila dikurniakan suami yang pandai menghargai pengorbanannya mengandung dan melahirkan anak.

Seakan hilang segala penat dan kesakitan tatkala si suami turut bertungkus lumus menjaga dan melayani isteri yang berpantang seperti puteri.

Jika sesetengah pasangan memilih untuk tinggal bersama ibu atau ibu mentua, malah ada juga selesa menggunakan khidmat ‘confinement lady’ sewaktu tempoh berpantang, namun berlainan pula dengan pasangan Siti Nur Khalieda Yusra dan Mohd Hilmi Mohd Zaki.

Malah menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Siti Nur Khalieda turut berkongsi saat yang paling tidak dilupakan apabila suaminya sanggup mencuci najisnya sewaktu dia hampir sahaja sampai masa untuk melahirkan bayi.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 660,000 jumlah tontonan di aplikasi berkenaan.

Mengimbas kembali detik yang membuatkan dirinya sebak tiap kali bercerita mengenainya, Siti Nur Khalieda berkata ketika itu dia hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi kedua pada November 2019.

“Beberapa hari sebelum tiba saat melahirkan, saya alami cirit-birit yang kerap, lebih-lebih lagi ketika kontraksi. Pada hari berkenaan, saya agak tak sihat sebab kerap ‘membuang’. Suami ada urusan di luar dan dia bimbang nak tinggalkan saya seorang di rumah.

“Jadi dia bawa saya bersama. Dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan, sakit perut datang dan memang tak boleh nak dikawal. Hujan pula lebat sangat, susah nak singgah mana-mana dengan keadaan saya yang sarat.

“Cirit birit yang saya alami pada hari itu sangat kerap berbanding hari-hari sebelumnya. Akhirnya suami suruh je saya ‘membuang’ dalam kereta. Dia kata tak payah malu, nanti dia akan cuci,” ceritanya kepada mStar.

SUAMI BARU 2

Siti Nur Khalieda bersama suami dan dua puteranya.

Menurut ibu muda berusia 24 tahun ini, sebaik tiba di rumah, dia segera membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke hospital kerana mengalami kontraksi yang kerap.

“Masa saya nak masuk kereta, tengok-tengok dah bersih dah seat tempat saya ‘membuang’ tadi. Sebak sangat tapi saya tahan. Bila sampai di hospital, rupa-rupanya bukaan dah tiga sentimeter,” ujarnya yang juga pengasas makanan, Kieda Crepe Penang.

Tambah wanita ini lagi, sepanjang tempoh berpantang anak kedua, dia dan suami memilih untuk berpantang di rumah sendiri walaupun kediaman ibu serta ibu mentuanya terletak berdekatan.

“Suamilah yang menjaga saya dan bayi kami. Sepanjang dua minggu dia cuti ketika saya bersalin, dialah yang buat semua kerja rumah hingga memasak lauk pantang. Saya hanya bantu beri resepi, dialah yang akan memasak.

Masa saya nak masuk kereta, tengok-tengok dah bersih dah seat tempat saya ‘membuang’ tadi. Sebak sangat tapi saya tahan.

“Begitu juga bab cuci luka. Suami yang bantu cuci dan sapukan krim sampailah luka saya pulih. Semua dia buat 100 peratus, ibu dan ibu mentua akan sesekali datang menjenguk.

“Selepas tamat cuti dan nak mula kerja, suami akan siapkan dulu semua sebelum pergi kerja.

“Kelahiran pertama pun suami bantu, namun masa itu kami struggle… syukur Allah permudahkan semuanya. Cuma kelahiran kedua ini, mungkin Allah nak bagi kenangan untuk kami ingat,” ujarnya sambil berseloroh.

Menyifatkan apa yang dilakukan suaminya sebagai pengorbanan besar yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila, Siti Nur Khalieti Nurda terpanggil untuk berkongsi pengalaman indah tersebut di media sosial, selain mahu menyebarkan mesej positif kepada pasangan lain.

SUAMI BARU 1

Siti Nur Khalieda merupakan pengasas produk crepe, Kieda Crepe Penang.

“Sebenarnya dah lama nak share tapi baru kini ada peluang. Alhamdulillah, tak sangka netizen beri komen-komen yang sangat positif di TikTok.

“Siap ada yang komen, ‘suami macam ni ada jual dekat Shopee tak?’. Malah ada ramai yang minta saya share lagi kisah seperti ini. InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan share video lain.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, dalam kehidupan berumah tangga, kena terima baik buruk, lebih kurang pasangan masing-masing. Kena saling melengkapi dan terimalah pasangan masing-masing seadanya,” ujarnya lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*