
Aku adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 July tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang aku mempunyai dua orang putera kembar yang aku lahirkan bulan Jun yang lalu secara pembedahan.
Sebelum aku lanjutkan cerita, aku perkenalkan suamiku dengan nama Man. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak kami dibangku sekolah menengah lagi. Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman antara kami.
Selepas kami mengakhiri hubungan, aku tidak lagi mendengar apa apa berita tentangnya. Kami membawa haluan hidup masing masing. Aku sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.
Tahun demi tahun berlalu aku jalani hidup sendiri dan pada 2015, tiba tiba aku menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali. Memandangkan aku takut ada kepentingan, aku pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku.
Berkali kali wasap sampai naik menyampah juga time tu. Rupa rupanya dia adalah bekas kekasih aku yang telah meningglkan aku 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali.
Aku tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu aku aku telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku. Tahu yang dia yang whatsapp, aku pun tak reply msg dia. Tetapi Man bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun aku buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha.
Sehinggalah hujung 2015, tiba tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang aku terima darinya. Aku sangka dia telah jemu dan menyerah. Aku bersyukur kerana tidak lagi diganggu. Namun sangkaanku salah. Rupa-rupanya Man mempunyai rancangan lain untuk mendapatkanku.
Semua rancangan Man ini aku tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak aku yang cukup rapat denganku. Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah aku terjumpa dengan Man di sebuah pasaraya. Memandangkan Man merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua.
Tanpa sepengetahuanku, Man menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar pada kedua mak ayah aku. Dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Man apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku.
Justeru itu aku kehairanan, bila sahaja aku duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji muji bekas teman lelaki aku dan berkias kias dengan aku. Aku buat tak reti kerana aku anggapnya sebagai gurauan sahaja. Hari demi hari nama Man makin menjadi jadi disebut oleh mereka berdua.
Aku jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh aku kembali pada Man. Aku bingung, kenapa mereka semakin agresif hari demi hari bercerita pasal Man?
Dipendekkan cerita pada April tanpa pengetahuanku, keluarga Man datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu aku tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku. Apakah ini rancangan mereka? aku tidak tahu.
Aku terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh aku terkilan kerana mereka semua membelakangi aku. Beberapa minggu selepas itu aku dipaksa bertunang dengan Man, aku cuba menolak tetapi mak aku merayu dan menangis mendesak aku menerima sahaja pinangan Man. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku.
Ya Allah, aku nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak aku yang berharap aku segera mengakhiri zaman bujang. Akhirnya dengan terpaksa aku menerima pinangan Man dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana mana media sosial.
Berjumpa pun aku enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlaku. Akhirnya aku bersetuju tetapi aku memberi syarat pada mak ayah. Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan rakan aku yang akan dijemput di majlis nikah kami.
Bukan aku tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan kawan tetapi pernikahan aku adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan aku. Biarlah aku dan keluarga terdekat sahaja yang tahu.
Julai 2017, aku dinikahkan tanpa aku redha. Jadilah kami suami isteri tetapi aku tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Man. Aku belum bersedia menyerahkan diri pada Man yang kini sah menjadi suami aku. Pada mulanya Man bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami.
Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Aku menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu aku harap sangatlah yang Man tidak lagi menuntut apa-apa denganku.
Aku juga berniat untuk bercerrai, tetapi…. aku tak tahu bagaimana cara untuk aku minta dicerraikan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini aku beritahukan pada mereka.
Aku akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar aku menerimanya sebagai suami. Walaupun kami bersama cuma sekali, aku tidak menyangka yang aku akan mengandung benih Man suamiku.
Aku mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan aku demam dan tidak sihat. Namun aku mengalami alahan teruk, muntah muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan. Akhirnya aku ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati aku tak hentinya berkata,
“Ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?” Apabila doktor scan, aku disahkan mengandung 2 bulan. Tentu sahaja Man paling gembira kerana bakal mendapat zuriat. Aku? ya, aku cukup marah pada Man kerana rasanya aku belum bersedia lagi untuk mengandung. Tetapi kemarahanku tidak lama pabila aku dipujuk kakak aku agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari aku merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.
Hasrat untuk aku bercerrai dengan Man mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Aku tak mahu anak aku kehilangan kasih sayang seorang ayah. Aku ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun aku terpaksa korbankan perasaan.
Aku tak sangka aku akan melahirkan bayi kembar. Cuma aku perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan. Aku checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa apa. Perkara ini hanya aku tahu bila kandunganku berusia 5 ke 6 bulan.
Ya Allah, aku sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13 Jun tahun ini aku selamat melahirkan dua bayi lelaki. Walaupun secara pembedahan, aku terima asalkan kedua bayi aku selamat dilahirkan. Sepanjang proses kelahirannya suami aku Man setia menemani terkecuali di bilik bedah.
Sekarang, usia kedua baby aku sudah pun 3 bulan. Oh ya, aku lupa nak bagitau mengenai Man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya. Sekarang aku uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami.
Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi. Alhamdulillah sebelum aku melahirkan, Man rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti. Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas.
Sampai sekarang, aku bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, aku berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Man yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.
Jika ada pendapat dan tips untuk aku boleh mencintai suami, aku hargai dan banyak-banyak berterima kasih. Aku harap hati aku akan cepat terbuka untuk mencintai suamiku. Kisah diatas pernah disiarkan beberapa tahun lepas. Tidak kami dapat pastikan ianya adalah berdasarkan kisah benar ataupun rekaan semata mata.
Untuk itu, ini sedikit perkongsian tips utk pembaca, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri. Jangan lupa untuk ikhtiar dan jangan berhenti. Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha.
Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran menguatkanhentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah.
Akhir sekali, Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hanya sekadar berkongsi cerita. Sumber ekisah. Apa pula kata anda. Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment