
SELEPAS tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.
Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” kata pasangan ini pada Isnin.
Bersama hantaran tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.
Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.
Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami
Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.
Dalam pada itu, Mira memberitahu dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.
Tahnik dan bercukur turut diadakan pada Isnin.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.
Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.
Mira Filzah dipuji tetap cantik selepas bersalin, netizen harap tak tampal ‘sticker’ pada wajah anak
MELUAHKAN rasa syukur dikurniakan cahaya mata pertama, suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir menerusi satu perkongsian berjanji akan menjadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka.
Emir, 32, turut berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan nilai pengorbanan tanpa batas daripada mereka kecil.
“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.
“Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya di Instagam.
Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memuat naik foto dia sedang mendukung anak sulungnya itu dan Mira Filzah bersama bayi tanpa sebarang solekan.
Perkongsian tersebut menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan mendoakan urusan keluarga itu dipermudahkan.
Mira dan Emir janji jadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka.
Selain itu, rata-rata netizen juga mengucapkan selamat berpantang kepada Mira Filzah dan memuji kecantikan aktres berkenaan biarpun dalam pantang.
“Kak Mira selamat berpantang, lepas bersalin pun cantik.
“Berserinya ibu lepas bersalin.
“Baru lepas melahirkan pun ibu cantik lagi.
“Lepas bersalin pun maintain cantik, kita dulu alahai serabai.
“Glowingnya muka mummy” ujar beberapa netizen.
Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya
Selain itu, ada juga netizen yang meminta pasangan itu tidak meletakkan pelekat pada wajah anak mereka seperti yang selalu dilakukan beberapa selebriti lain.
“Mira jangan bubuh sticker dengan muka anak okey!
“Harap tiadalah la sampai ke sudah muka baby tampal sticker” tulis netizen.
Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.
Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment