Kemalangan Tragis 5 Pelajar Usas, Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah, Ini Yang Jadi Kepada Pemandu Tersebut

PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan tragis berhampiran Terowong Menora hingga menyebabkan kematian lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Khamis lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas pertuduhan memandu secara berbahaya.

Tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua lima pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Mengikut pertuduhan, dia yang memandu treler jenis Volvo didakwa telah memandu kenderaan tersebut dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian ke atas Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara – Selatan arah utara kira-kira pukul 1 pagi pada 12 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 selain butiran kesalahan diendors pada lesen memandu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan lesen memandu ditahan.

Peguam G Ravishankar yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan anak guamnya sudah memberikan kerjasama yang baik selain hilang sumber pendapatan serta perlu menyara isteri dan tiga anak berusia 14, 10 dan 2 tahun.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Tertuduh membayar jaminan berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Dalam kejadian awal pagi, 12 Mei lalu, lima pelajar USAS rentung setelah kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar

Nah4s Terowong Menora: ‘Iqbal maklum kepulangannya ke USAS kali ini yg terakhir’

KUALA KANGSAR – Bapa kepada seorang lagi pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang m4ut dalam kemal4ngan berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi berkongsi cerita bahawa anaknya, Iqbal Hasnun Halimi, 23, pernah memaklumkan kepulangannya kali ini ke universiti itu adalah yang terakhir.

Halimi Ali Yahad, 50, berkata, kata-kata itu diungkapkan anak sulung daripada empat beradik itu kepada bapa saudaranya beberapa hari sebelum kembali ke universiti untuk sesi pengajian.

“Arwah katakan yang dia nak balik (USAS) terus, kalau tinggal pun tinggal terus (selama-lamanya).

“Dia juga kerap memberi nasihat kepada adik-adiknya supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan dengan baik tanpa perlu berulang alik ke hospital sepertimana pernah dia lalui ketika kecil dahulu,” katanya.

Halimi berkata, nahas itu dimaklumkan kepada isterinya menerusi panggil telefon sekitar jam 3 pagi, namun tidak dinyatakan secara jelas kemalangan berlaku.

“Saya dan isteri cari maklumat menerusi page viral di Facebook dan jumpa gambar-gambar mengenai kemalangan itu.

“Walaupun sedih kehilangan anak, kami sekeluarga reda dan anggap arwah pulang dalam keadaan masih muda tanpa banyak d0sa seperti kita,” katanya.

Dalam kejadian tengah malam tadi, lima pelajar USAS iaitu Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang duduk di bahagian penumpang belakang rentung bersama empat rakan apabila kereta jenis Honda City dinaiki terbakar selepas kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar.

Halimi Ali Yahad 50, (dua dari kanan) dan isteri, Nor Laila Paralan 47, (dua dari kiri) ibu bapa kepada Iqbal Hasnun Halimi 23, salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan malam tadi, tidak menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. – Foto Bernama

Kemalangan nah4s 5 sekawan di Perak awal pagi tadi, moga syurga buat para syuhada.

Al-Fatihah..

Kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Mngsa terlibat dikenali;

– Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu, Selangor

– Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai, Terengganu

– Iqbal Hasnun Halimi, 23, beralamat Taman Impian Jaya Senai, Johor

– Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, beralamat Magna Ville Selayang Batu Caves, Selangor

– Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar, Perak

Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.

‘Kelas pagi ini sangat sayu’ – rakan mngsa n4has

RAKAN-rakan kelas mngsa kem4langan ngeri selepas Terowong Menora, Perak, tengah malam tadi masih terkejut dengan insid3n meng0rbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menerusi hantaran yang tular dan dikongsi di media sosial, rakan-rakan lima mangsa memberitahu suasana kelas pada pagi ini agak berlainan.

“Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.

“Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam m4yat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kem4langan. Al-Fatihah,” kata hantaran itu.

Video dash camera merakamkan detik m4lang lima sahabat dalam n4has berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.

Sumber Mstar/SAmson

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*