
BAGI kebanyakan lelaki, berkahwin lebih daripada satu merupakan impian mereka.
Namun tidak bagi golongan wanita apabila mendapat tahu diri mereka bakal dimadukan maka terpaksalah mereka hidup berkongsi kasih dengan perempuan lain.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok milik Helmi Juhari yang berkongsi rakaman memperlihatkan seorang wanita, yang dikatakan isterinya sedang sibuk memilih barang keperluan sebagai persediaan meminang bakal madunya.
Menerusi tulisan pada video tersebut, Helmi Juhari menyatakan bahawa si isteri telah memberi keizinan kepada dirinya selepas dia menyatakan hasrat untuk bernikah lagi.
“Bini (isteri) aku bagi izin kahwin satu lagi. Siap ajak beli barang rombongan meminang lagi,” tulisnya pada video itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut menegaskan bahawa dia memahami hati dan perasaan isterinya yang seolah-olah tidak meredai sepenuhnya keputusannya untuk berpoligami.
Jelas Helmi Juhari, dia sedar tindakan berkongsi kasih sayang dengan wanita lain ini merupakan satu perkara susah untuk diterima oleh kaum hawa.
Paparan permohonan maaf lelaki ini mengenai kekesalannya berkenaan keputusan memadukan isterinya.
“Tapi aku tahu, hati dia tak reda 100 peratus. Sebab berkongsi suami adalah sukar bagi setiap wanita.
“Lepas ni aku kena pastikan aku berlaku adil,” jelasnya mengakhiri video berdurasi 15 saat itu.
Berikutan penularan video yang menjadi bualan warga maya yang rata-ratanya berang, lelaki ini menerima banyak kritikan malah ada yang menyindir keputusannya.
Helmi menjelaskan bahawa isterinya sanggup bersusah payah bersamanya semasa baru berkahwin.
Setelah video itu menerima banyak kecaman, Helmi Juhari telah memuat naik video kedua membuat permohonan maaf.
Dalam paparan video itu, dia akur dengan kesilapan diri yang berhasrat mahu berkahwin lagi setelah memikirkan kembali komen-komen warganet.
Aku fikir semalam, ‘bini pertama’ sanggup hidup susah waktu mula-mula kami kahwin. Datang bakal isteri baharu, kahwin nanti dah hidup senang. Adil ke macam tu?
“Pasal video kahwin dua semalam. Aku minta maaf. Aku dah fikir masak-masak, aku tak jadi kahwin satu lagi.
“Aku baca setiap komen netizen. Terima kasih sebab sedarkan aku. Terima kasih juga hina, caci dan kutuk fizikal aku. Aku maafkan,” jelas Helmi Juhari.
Lelaki ini mengakui terkesan dengan komen netizen mengenai keputusan yang telah dibuat.
Ujarnya lagi, dia bersyukur apabila dirinya terkesan dengan kecaman yang telah membuatkan dirinya bermuhasabah sehingga termenung panjang apabila mengenangkan zaman jatuh bangun semasa baru mendirikan rumah tangga bersama isteri.
Malah, dia juga mengatakan adalah tidak adil sekiranya isteri yang bakal dikahwini itu menikmati kehidupan senang bersama dirinya kelak tetapi tidak bersamanya semasa fasa kehidupan susahnya.
“Aku fikir semalam, ‘bini pertama’ sanggup hidup susah waktu mula-mula kami kahwin. Datang bakal isteri baharu, kahwin nanti dah hidup senang. Adil ke macam tu?” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen menitipkan nasihat kepada lelaki tersebut agar dia lebih menghargai isterinya.
I Just Hope That The Husband Appreciate Her Sooooo Much.. Bkn Senang Nak Kasi Laki Kawen Lgi
Ada Byk Lagi Sunnah Nabi Yg Kita X Buat.. Yg Ni Jgk Yg Dipilihnya..
Kalau Suami Aku Nak Kahwin Lagi, Aku Benarkan.. Tapi Lepaskan Aku Dulu
Walaupon X Salah Utk Berpoligami, Tapi Aku X Sanggup Sakitkan Hati Org Yg Aku Syg.
Sunnah Nabi Ialah Kawin Satu. Saidatina Khadijah Hinggalah Beliau Meninggal. Setia Hingga Hujung Nyawa.
Kejam Nye… Pernah Lalui Nya.. Al Hamdulillah Saya Skrg Kahwin Llki Bujang… Dia Pulak Sakit Hati Lihat Kebahagiaan Kmi
“Lepas Ni” Aku Kene Makesure Berlaku Adil – Sebelum Kawen Dah Tak Adil Ke Cane Bang
Sunnah Nabi Terbaik Tapi Sangat Sedikit Org Buat Adalah Berjemaah Di Masjid 5 Kali Sehari.
Last Year Baru Update Post Yg Syukur Allah Jodoh Kan Dgn Crush. Tetiba Nk Kawen Lain
Ceh #Sunnah Bang Jaga Hati Isteri Wajib Tau, Tu Antara Nafkah Batin. Nafkah Batin Bukan Buat Anak Tu Je. Also Sunnah, Senyum, Sedekah Pun Sunnah. Apo
Lelaki Yang Baik Lelaki Yang Setia Adalah Dia Yang Tidak Mendua Kan Isteri Nya Meski Pun Itu Di Izin Kan Oleh Isterinya Harap Faham..
Tangkap layar komen beberapa netizen.
Selepas memuat naik video kedua, rata-rata netizen senang hati mendapat tahu lelaki tersebut mahu membatalkan hasrat untuk berpoligami dan turut mendoakan rumah tangga yang dibinanya terus kekal hingga ke jannah.
“Bro, kau dah dapat bidadari paling sempurna yang sayang kau waktu kau tiada apa. Yang pasti cintanya bukan kerana harta.
“Saya pernah cakap dekat suami kalau awak rasa nak cari baru dan nak kahwin lain, saya akan pastikan yang awak akan susah macam mana kita kenal dulu. Itu saja,” demikian komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, terdapat kumpulan yang kurang percaya dengan perkongsian video lelaki tersebut dengan mengatakan ia hanyalah demi sebuah konten bagi menarik perhatian ramai orang.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment