
PENGALAMAN pahit menimpa seorang gadis apabila mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang merupakan seorang pensyarah.
Kisah hitamnya berlaku semasa dia sedang mengikuti pengajian diploma di sebuah institusi yang enggan dinyatakan nama dan lokasinya.
Menurut Nor Batrisyia Izzatie, 22, dia bukanlah mangsa pertama yang terpaksa berdepan dengan situasi ‘dikacau’ oleh pensyarah yang dipanggil ustaz kerana mengajar subjek agama ini, sebaliknya ada rakan lain turut berdepan nasib sama.
“Kejadian ni jadi dekat saya masa semester empat. Saya kena ganggu dengan ustaz yang memang mengajar satu subjek saya ambil untuk semester tu.
“Sebenarnya ramai lagi ‘mangsa’ dia sebelum saya kena tapi saya baru tahu. Apa yang saya pernah kena, dia sentuh secara fizikal dan banyak lagi sebelum ni. Cara dia pandang saya pun lain padahal dekat kolej ni pelajar-pelajar boleh dikatakan semua kena pakai baju kurung dan jubah saja.
“Selain tu, dia selalu hantar teks dan call saya tak kena masa. Dia bahasakan dirinya abang dan panggil saya dengan panggilan ‘sayang’ beberapa kali. Kadang-kadang dia telefon saya tanya dekat mana, buat apa dan dah makan ke belum. Ada juga dia tanya tengah shooting ke tu sebab saya ada buat part time berlakon,” dakwanya yang senang disapa Trisya.
Bercerita lanjut kepada mStar, Trisya memberitahu bahawa pensyarah yang dikatakan ‘menggatal’ dengannya ini sudah berumahtangga.
Dia yang mengambil jurusan Pengajian Perniagaan mendakwa keadaan menjadi lebih parah apabila lelaki berkenaan pernah memegang tangannya dengan alasan tidak munasabah.
Kisah dan pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual ini terbongkar semasa dia dan rakan-rakan kolej sedang berniaga bagi melaksanakan tugasan salah satu subjek diambil pada ketika itu.
“Kami kena berniaga jagung rebus manis untuk salah satu subjek yang saya ambil. Saya pula ditugaskan untuk COD (Cash On Delivery) dekat pensyarah. Bila saya dapat tahu ustaz ni ada buat tempahan, saya mengomel dalam hati sebab malas nak hadap muka dia.
Trisya menjadikan lakonan sebagai kerja sambilannya.
“Hari saya hantar makanan tu saya elok berpakaian baju kurung. Bila sampai bilik dekat pejabat ustaz tu saya bagi salam dan terus beritahu nak hantar jagung dia order. Kemudian dia makan dan cakap dekat saya ‘sedap dan manis jagung ni macam awak’. Saya dah mula tak selesa bila dapat respons macam tu.
“Tiba-tiba dia suruh saya tutup pintu bilik tapi saya persoalkan kenapa perlu tutup sebab tak ada orang lain selain kami berdua. Dia cakap ada perkara belum selesai. Saya ingatkan dia nak saya selesaikan mengenai hafazan sebab memang saya belum habiskan lagi hafazan. Saya duduk dekat kerusi tu sambil peluk dulang yang saya bawa jagung tadi,” ujar Trisya yang mengaku ketakutan berdepan situasi itu
Kata Trisya yang kini tinggal di Setapak, Kuala Lumpur, pensyarah berkenaan kemudian meminta dia menghulurkan tangan kepadanya tanpa sebarang sebab.
Saya terpaksa ambil lagi sekali subjek tu. Saya bersyukur sangat bila dapat belajar dengan ustaz lain untuk subjek tu.
Setelah dituruti, tidak disangka-sangka dia memegang tangannya lantas membuatkan Trisya terkejut.
“Tiba-tiba ustaz pegang tangan dan cakap ‘pucatnya kuku jari awak ni’ dan bertanya soalan lucah. Saya terus tarik tangan dan cakap ‘apa ustaz cakap ni!’ dan terus beredar dari bilik dia.
“Lepas kejadian tu, tiba-tiba saya dapat surat dari pengurusan tertinggi kolej. Dekat surat tu minta saya nyatakan dan buktikan saya tak bersalah sebab tak masuk kelas ustaz berkenaan. Surat tu pun ada nyatakan saya akan gagal subjek tu kalau tak boleh kemukakan bukti.
Trisya mengambil jurusan Pengajian Perniagaan sewaktu pengajian diploma.
“Saya terkejutlah bila baca sebab tak pernah ponteng suka hati kelas dia. Kalau tak masuk kelas pun saya bagi surat pengesahan saya sakit yang doktor bagi. Jadi dekat situ saya sedar dia sengaja nak gagalkan saya untuk subjek kelas dia mengajar tu,” kata Trisya.
Demi membela nasib diri, Trisya membawa segala bukti kepada pihak pengurusan berkaitan segala gangguan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
Namun, segala usahanya hanya sia-sia apabila dia dikatakan cuba menjatuhkan kredibiliti dan maruah pensyarah dengan tindakannya itu.
Bertambah malang, jelas Trisya, dia telah digagalkan dan terpaksa mengulangi subjek itu bagi semester seterusnya.
“Saya terpaksa ambil lagi sekali subjek tu. Saya bersyukur sangat bila dapat belajar dengan ustaz lain. Ustaz tu ada puji yang hafazan saya lancar dan dia pelik kenapa saya gagal sebelum ni.
Trisya tidak membuat sebarang laporan polis walau mendakwa berdepan gangguan seksual.
“Selain mama saya tak ada bagitahu orang lain pasal ni. Dia ada cakap nak datang kolej mengenai perkara ni tapi saya tak bagi. Cukuplah lepas saya buat report tu pun, semua lecturer pandang saya semacam.
“Lepas apa yang jadi ni, saya nak beritahu dekat semua wanita di luar sana, jangan takut dan mudah percaya sesiapa pun. Kadang-kadang, songkok pun boleh tutup tanduk. Sepatutnya pihak universiti titik beratkan soal gangguan seksual ni. Macam mana sekali pun pemakaian seseorang, ia tak menjadi tiket untuk seseorang itu dirogol atau dicabul,” jelas Trisya penuh kesal dengan apa yang berlaku.
Trisya berkata dia tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian kerana takut dan sedih selepas apa yang berlaku kepadanya yang mana aduan kepada pihak universiti dirasakan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Sy Pun Pernah Kne Dlu Ngan Pensyarah. Tp Sy Mengamuk Direct La Dlm Kelas Tu. Then Pensyarah Tu Da X Berani Buat Lg Dah. Yg Sedih Ad Kengkawan Yg Sokong Pensyarah Tu Dgn Ckp Die Sekadar Bergurau Sy Terlalu Sensitif Bergurau Pasal Buah Dada Student? Pejadah! Fast Foward Pensyarah Tu Buat Bnd Yg Sama Kt Junior I But Die Buat Lg Teruk Siap Pegang Her Buttocks Still No One Dares To Report Him To The Top Management
Pesan Kpd Sis Ni, Jgn Takot..Report Ja . Nk Jaga Reputasi Pensyarah Tapi Perangai Nauzubillah Atau Keselamatan Sis Ni. Pihak Atasan Pon Kena Amik Tau.Kadang Ada Ja Pihak Atasan Akn ‘Lepas Tangan’ Sbb Xmau Amik Kisah
Mekup2 Lu Hafal Lagu Dulu Lepas Setup Kasi Baik Baru Buat Tiktok… Lepas Tu Pikir Nk Post Kt Tiktok Mcm Mna.. Buat Gaya2 Sikit… Balik Dari Buat Report Terus On Tiktok… Dh Kena Ganggu Pasal Sexsual Pon Masih Terpikir Nk Buat Tiktok Ehh… Entah Laa Org Zaman Skng Semua Bnda Boleh Jd Content Video…
Report Je Viralkan Skali Proof. Baru Pihak2 Atasan Nak Buka Mata Nanti. Tu Je Cara Dia
Dalam Menegakkan Keadilan Berkait Dgn Pensyarah Ataupun University Mmg Susah Walaupun Kau Berada Di Pihak Yg Betul. I’ve Been There Once But Lastly Kita Just Maafkan Dan Hnya Allah Mmpu Membalasnya
Betul La She,Management Dia Pmpuan..Org Atasan Pmpuan Tu Yg Ckp Cenggitu Kt Dia Bila Dia Report Psal Lecturer Laki Tu..
Tangkap layar komen beberapa netizen pada video yang tular.
Tambahnya lagi, segala bukti dan tangkap layar mesej mengenai gangguan yang diterimanya kini telah hilang setelah telefon pintarnya rosak.
Berikutan video yang menjadi tular itu, Trisya menerima banyak komen menyatakan bahawa mereka menimpa nasib sama sepertinya hanya kerana tidak ‘melayan’ ustaz tersebut.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment