
Pelakon Syazwan Zulkifly baru-baru ini mendapat perhatian selepas sekeping foto dimuat naik menunjukkan kedua-dua tangannya mempunyai tatu.
Selepas mendapat banyak pernyataan tentang hal berkenaan, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu tampil memberikan penjelasan.
Katanya, tatu itu hanyalah sementara dan digunakannya untuk menjayakan watak dalam sebuah drama.
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, tatu terbabit dibelinya pada harga RM5 dan akan hilang selepas kira-kira tiga hari atau tiga kali terkena air.
Tak ada yang kecam, yang ada pun bertanya itu tatu betul ke? Jawapan saya memang boleh buat orang gelak.. tak ada jadikan isu.”
Tegasnya lagi, dia masih ada pegangan agama dan tahu tentang hukum hakam.
Betul saya nakal tapi saya masih ada agama, takkan saya nak buat penuh tatu di badan.”
Syazwan juga mempersoal jika ada ‘job’ lakonan untuknya atau sama ada dia diterima stesen TV jika tangannya dipenuhi dengan tatu.
“Tatu ini saya pakai untuk beberapa hari sahaja sementara penggambaran belum selesai.
“Jangan risau, saya orang Islam dan masih ada ibu (hati yang perlu dijaga). Tak logik la saya melakukan tatu sebenar,” katanya.
Syazwan menjelaskan perkara berkenaan selepas dilihat bersama dengan ukiran tatu berkenaan ketika sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka.
Kata Syazwan dia tidak janggal mengenakan tatu berkenaan apabila keluar rumah kerana sebagai pelakon ia perkara normal.
“Saya tak pernah risau dengan tanggapan orang bila lihat saya dalam keadaan bertatu begini sebab saya pelakon dan saya boleh bawa pelbagai watak dan imej.
“Kalau orang tanya saya akan jelaskan ia bukan tatu sebenar dan ia hanya untuk lakonan semata-mata,” ulasnya lagi.
Ditanya juga mengenai drama Ada Apa Dengan Saka yang bergenre komedi seram itu, Syazwan berkata ia karya yang bagus tetapi menjadi ‘mimpi ngeri’ kepadanya kerana pertama kali dimasukkan ke hospital.
“Dah lama saya berlakon dan drama ini memberi pengalaman yang takkan saya lupa seumur hidup kerana dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat jangkitan kuman di paru-paru pada Januari lalu.
“Saya tak tahu macam mana dan dari mana dapat jangkitan itu, tetapi saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika di lokasi penggambaran. Ia nyata pengalaman buruk buat saya,” katanya lagi.
Menurut Syazwan, sepanjang usianya yang kini mencecah 34 tahun, dia memang tidak pernah dimasukkan ke dalam wad di hospital kerana sakit.
Ujarnya, pengalaman bermalam di hospital selama beberapa hari itu dirasakan amat menyeramkan.
Menerusi drama Ada Apa Dengan Saka, Syazwan melakonkan watak Madi dan berganding dengan penyanyi, pelakon, pengacara serta penyampai radio, Shiha Zikir.
Katanya, dia selesa berlakon dengan Shiha walaupun pertama kali mereka digandingkan.
Sumber Mstar/Metro/Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment