Selepas Namanya ‘Diseru’ , Syed Saddiq Akhirnya Bersemuka Dengan Yasin, Ini Kata-Kata Syed Saddiq Setelah Berjumpa Yasin

SELEPAS namanya ‘diseru’ Yasin Sulaiman, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir bagi memberi sokongan kepada komposer dan penyanyi itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.

Syed Saddiq berkata, dia gembira melihat keadaan penyanyi Mimpi Laila itu yang kelihatan ceria dan tenang.

“Tadi sempat berjumpa dengan saudara Yasin. Dia berada dalam keadaan tenang, yakin dan boleh lihat keceriaan di mukanya. Hatinya berada di tempat yang betul,” ujarnya kepada mStar.

Saya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudara Yasin dan keluarganya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu kehadiran dia adalah bagi memberikan sokongan moral kepada Yasin dan keluarganya.

Katanya, sebagai wakil rakyat dia akan cuba memastikan undang-undang negara mengikut perkembangan semasa.

“Saya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudara Yasin dan keluarganya.

“Sebagai penggubal undang-undang saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa undang-undang negara itu mengikut perkembangan arus semasa,” katanya.

Syed Saddiq Yasin

Yasin kelihatan senang.

Pada prosiding 31 Mac lalu, Yasin sempat ‘memberi’ pesanan kepada wakil media supaya mengirim salam kepada Syed Saddiq yang lantang memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

Untuk rekod, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majestret Petaling Jaya, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan boleh dihukum mengikut seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Yasin Sulaiman makin ceria, syukur dapat rawatan dalam penjara… Peguam ‘demand’ pakar HUKM

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh berharap kerajaan akan mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Yasin yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu berkata, penggunaan kanabis tidak wajar dilihat sebagai satu jenayah di negara ini.

“Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO.

“Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah semata-mata,” katanya kepada mStar.

Selain itu, ditanya tentang keadaan kesihatan dan penyakit bipolar yang dihidapinya, Yasin sambil tersenyum menjawab ringkas yang dia sihat dan baik-baik sahaja.

“Saya sihat, Alhamdulillah. Semuanya bagus… rawatan dah dapat. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong terutama Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers serta Nurul Izzah Anwar. Terima kasih semua,” ujarnya ringkas.

yasin s 1

Yasin ketika dibawa ke mahkamah pada Rabu.

Sementara itu, peguam mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata, anak guamnya memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa sahaja.

Justeru, pihaknya membuat permohonan agar Yasin diberikan rawatan pakar kerana penyakit yang dihidapi Yasin bukanlah penyakit biasa.

“Saya bercakap dengan Yasin, dia memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa dan kami meminta satu rawatan pakar.

“Dalam permohonan tersebut kami merujuk kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan

“Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Seksyen menetapkan 22 Jun ini bagi sebutan semula kes Yasin berhubung pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja).

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia.

Pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok ganja).

yasin s 3

Yusmadi (bersongkok) yang mewakili Yasin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, penyanyi Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*