
PERKONGSIAN pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias menderita penyakit misteri di bahagian tangan mengundang kembimbanhan ramai.
Dalam perkongsian pada petang Rabu, Kazim menunjukkan terdapat kesan parut warna kehitaman di tangan kirinya.
Pada perkongsian sama Kazim merayu mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung derita.
“Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.
“Pada Allah kita berserah,” tulisnya kepada lebih sejuta pengikut Facebook.
Dalam tempoh dua jam, posting itu meraih lebih 72,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 23,000 komen.
Komen Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai.
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik berterusan buat ustaz.
“Allahuakhbar semoga ada keajaiban diberi kesembuhan buat ustaz.
“Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz,” tulis beberapa pelayar Facebook.
Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.
Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian netizen.
“Shooting kan ni ustaz?” soal Aeril menerusi ruangan komen.
“Nampak macam mekap. Ada nampak orang up status lakonan. Kisah hidup ustaz, tak pasti betul ke tak,” tulis seorang lagi individu.
Antara komen lain,
Ustaz sudah ambik sample biopsy ? , Kalau belum saya suggest ambil Biopsy dulu . Insyallah kita boleh kesan punca “ Degeneration “ Ini .. Insyallah ikhtiar .. Saya doakan ustaz dipermudahkan ..
Semoga Allah memberikan kesembuhan Yang sempurna buat Ust juga dijauhi gangguan Jin, Iblis, Hantu, Syaitan & Manusia yg menpunyai niat khianat keatas ust serta keluarga.
Allahuakbar.. Syafakallah..moga Allah beri ksembuhan kpd Ustaz & kembali pulih…Moga Allah beri kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan semua urusan Ustaz
Ni santau menggunakan katak ni ustaz.. ustaz terus kan bersabar, hasbunalllah waknimalwakil.. insyaallah allah akan hanta seseorang untuk bantu ustaz, dengan pertolongan allah, ustaz akan sihat, macam yang ustaz selalu berpesan kepada kami, “allah tidak akan menguji hamba nye, di luar kemampuan hamba nye, allah menguji hamba nye, kerana allah tahu hamba nye mampu..” kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat ustaz.. allahhuakbar..
Ustaz cuba cari orang yang berkahwin bujang kahwin janda.. cuba mintak orang tu ubat dengan daun sirih.. kunyah daun sirih tu. Lepas tu sembur kat tempat yang sakit tu.. mintak baca surah AL Fatihah dan selawat… Insyaallah semoga Allah sembuhkan sakit ustaz Kazim
Ni macam santau katak puru dibakar..Masya Allah sape lar yang sanggup buat macam ni pd ustaz, Semoga diprmudahkan segala urusan ustaz. Allahuakbar. Inilah yg dipanggil santau Puru atau sihir puru. Lama kelamaan jika tidak dirawat dgn org yang betul, akan menyebabkn seluruh saraf rosak dan mati. Sakit sangat santau jenis ni.Shafakallah buat ustaz
Sekali pandang mcm masalah kulit ni ustaz.. kena jumpa pakar kulit @ dermatologist sbg ikhtiar , cari punca penyakit dn rawat.. insyaAllah syafakillah ustadz aamiin
Laporan mengenai Kazim pada Oktober tahun lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Ustaz Kazim akibat terkena sihir.
Abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki sejak dua minggu lalu hingga menyukarkannya untuk berjalan.
Menurutnya, pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat mengesan punca penyakit terbabit.
“Ketika saya datang menziarahi Khamis lepas, beliau (Uztaz Kazim) telah menunjukkan beberapa keping gambar yang sepertinya ada unsur-unsur mistik ditemui di jalan yang menjadi kebiasaannya lalu di situ.
“Maka kami tidak menolak kemungkinan unsur (mistik) itu ada berdasarkan keadaan beliau, kami telah melakukan usaha cara perubatan Islam untuk merawatinya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika ini adalah stabil, tetapi masih memerlukan rawatan susulan di hospital.
Katanya, orang ramai diharap terus mendoakan kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan dijauhi daripada perkara-perkara tidak diingini. – Sinar Harian
Sehingga kini, pendakwah itu belum berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.
Untuk rekod, mStar pada 2 Oktober tahun lalu pernah melaporkan Kazim yang sedang sakit, dipercayai terkena buatan orang.
Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment