
Baru-baru ini, peguam yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Nurul Hafidzah ada menyatakan pendiriannya kini mengenai kes penderaan adik Bella yang menjadi tular dan bahan bualan netizen sejak kebelakangan ini.
Menurut Hafidzah, pendiriannya masih sama mengenai kes itu dan ada memuat naik semula hantarannya tidak lama dahulu mengenai isu adik Bella yang didakwa didera oleh anak guamnnya itu.
Sbg peguam saya sentiasa baca sesuatu tanpa libatkan emosi /percayai gaya tulisan penulis tertentu yang bertujuan mempengaruhi kita untuk mempercayai versi mereka.
Kerana di mahkamah,plaintif kata defendan hutang dia.plf jmpa def. Def ckp nk duit buat bisnes ikan.pastu xnak byr duit plf balik. Tujuan plf nk pengaruhi mahkamah dlm mempercayai ceritanya agar def byr hutang tu.
Def dlm pembelaan kata xkenal plaintif. Yg berurusan isterinya.duit yang plf bagi adalah hutang plaintif kpd isteri defendan.Tujuan def nk pengaruhi mahkamah percayai versinya & buang saman plf terhadapnya.
Sbb itulah ada bicara. Di mana versi2 bcanggah dibandingkn dgn dokumen2 & saksi2 disoal bls bg tentukn dia bohong/x. dokumen2 sokong versinya /x
Begitu juga media.Media A tnjuk 1 ahli politik sdg derma.nk tunjuk oh baiknya menteri ni.tulisannya akn tulis inilah pemimpin yang kita mahu. Soleh, rendah diri, berjiwa rakyat, mkn maggi
Media B xsuka tokoh ni.Jd tulisannya kata lebih baik derma xditunjuk.Lupakah kita tokoh ini pernah kutuk org miskin? Dia tepek gmbr lama.hujungnya masukkn tokoh yg media B suka.
Jadi kita kene tahu. Bila baca.Baca dgn minda terbuka. Jgn taksub. Jgn bc bila dah buat penghakiman siapa betul salah. Baca fakta
Jgn pilih org yg kita suka, perbuatannya semua jd baik. Yg xsuka semua jd buruk.Pilih tindakan itu kalau buruk,buruklah. Kalau bagus, baguslah.xkiralah org tu kita suka /x
Byk kes2 yang saya kendalikn kadang2 sy sdiri pun igt begini,bila dh baca.oh, rupanya begitu
Jgn pilih apa yg popular. Pilih yg benar.sekalipun kita benar, jgn asik nk ckp pihak 1 lg salah bermati2 an.Bersederhanalah.
Kesal bc komen2 yg mlampau2 sdgkan dia xda di rumah itu, bkn pengelola rumah, bkn IO, bkn peguam kes itu.
selagi xnmpk, xdgr, xalami sdiri, (nmpk di berita, dgr dari crita org, tak kira ya.kita mesti ada di tempat kejadian) barulah kita ada satu locus utk beri maklumat yg kita saksikan dgr & alami itu.
Saya harap semua hati2 dlm beri komen& menulis. Jgn sampai elok2 kita xda kaitan, kita diseret pula ke muka pengadilan krn fitnah.
Saya simpati &juga berharap justice untuk bella. Dan sesiapa yg kejam terhadapnya di bawa ke muka pengadilan.
Scroll balik terjumpa penulisan tahun lepas berkenaan kes Bella. Masa ni kes ni viral macam nak gila dan saya belum ada kaitan pun dengan kes ini. Pendirian saya sekarang masih sama.
Doa saya semoga kebenarakan akan dapat ditunjukkan. Semoga orang yang teraniaya diberikan kemenangan, semoga orang zalim menerima hukuman. Aamin.
Terdahulu, kes penderaan adik Bella ini telah mendapat liputan yang meluas malah turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Nurul Hafidzah bersama rakan peguam yang lain turut dikecam netizen kerana dianggap membela tertuduh iaitu Siti Bainun dalam perbuatan mendera tanpa belas kasihan terhadap mangsa yang juga anak kurang upaya, Bella.
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, perbicaraan kes penderaan adik Bella masih berjalan di mahkamah.
Peguam Ini Jelaskan Kenapa Tak Ramai Pihak Pendakwa Mewakili Adik Bella Berbanding Peguam Siti Bainun
Isu berkaitan kes penderaan yang dialami kanak-kanak istimewa, adik Bella kembali hangat sejak minggu lalu apabila satu persatu laporan baharu yang diceritakan saksi.
Kes ini difahamkan masih berada dalam siasatan pihak berkuasa tempatan. Bagi yang mengikuti kes, pastinya perasaan bercampur baur terhadap apa yang dilaporkan menerusi media mahupun pihak awam yang berkongsi pengalaman mengikuti kes perbicaraan tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila salah seorang peguam yang mewakili pihak pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun memuat naik status memilih untuk mempercayai versi klien dan membiarkan pihak mahkamah menentukan keputusan.
Dalam pada itu, dia juga memuat naik sekeping foto di media sosial yang memaparkan barisan peguam mewakili Siti Bainun.
Tindakan peguam tersebut mendapat kritikan netizen kerana dianggap bersikap tidak profesional dalam mengendalikan kes besar ini.
Perkara ini juga menimbulkan persoalan netizen, walaupun ramai peguam yang dikenali menerusi media sosial memperjuangkan kes Bella tetapi tidak bersama mewakili pihak pendakwaan.
Seorang peguam yang sering mengulas isu tular di media sosial, Nor Zabetha Muhammad Nor tampil memberi penjelasan apabila disoal tiada kehadirannya sebagai pihak pendakwaan.
“Kenapa puan tidak mewakili Bella bersama dengan team pendakwaan? Baru nampak ramai dan kuat”.
Saya terangkan prosedurnya. Ini kes jenayah. Berbeza dengan kes sivil.
Kes sivil menuntut ganti rugi dan lain-lain terhadap dua pihak. Contoh Plaintif tuntut dari Defendan ganti rugi dan injunksi.
Jadi Plaintif yang menuntut diwakili peguam dan Defendan yang dituntut ada peguamnya. Jadi saya boleh wakili salah satu, sama ada Plaintif atau Defendan.
Bagi kes jenayah, memandangkan kesalahan melibatkan kepentingan awam. Perbuatan jenayah ini, kalau ramai-ramai buat maka memberi kesan kepada keamanan negara.
Jadi yang menyiasat kes adalah polis. Kemudian selepas mendapat izin dakwaan, kes akan dimulakan di mahkamah dan yang mewakili itu adalah pendakwaraya.
Siapa itu pendakwaraya? Mudah kata, bahasa mudah hendak faham iaitu Peguam Negara. Peguam Kerajaan. Mereka bukan peguam swasta. Mereka memang dilantik untuk mewakili pertuduhan dan prosiding di mahkamah jenayah untuk memastikan tertuduh dihukum secara penjara atau denda bagi memastikan keamanan dalam masyarakat.
Jadi dalam kes Bella, contoh peguam Tuan Mahmud Jumaat yang banyak membantu dan memperjuangkan kes Bella dari awal, bukan kami tidak mahu membantu di mahkamah sama-sama mewakili kes Bella terhadap tertuduh tetapi kami tidak boleh. Kami bukan pendakwaraya.
Perlu faham juga, kenapa pendakwaraya tidak update di media sosial tentang kes? Sebab etika dan sebab mereka terikat dengan peraturan.
Jika gagal mematuhi peraturan, tindakan displin boleh diambil terhadap mereka. Kita semua pun tahu, larangan penjawat awam.
Kalau disuruh sebenarnya nescaya kami buat tetapi tidak boleh. Jangan salah faham, bukan tidak mahu mewakili. Kalau boleh itu, saya rasa bersusun peguam-peguam lain yang menyokong kes ini.
Jadi kami peguam-peguam yang bersama Bella, akan sentiasa berikan nasihat dan sokongan.
Bagi tertuduh pula, mereka diwakili oleh peguam yang dilantik dan bersetuju untuk mewakili.
Begitu rupanya, semoga kes ini menang dipihak yang benar.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment