Alami Luka, Berdarah Secara Tiba-Tiba… Ustaz Kazim Elias Akhirnya Bercerita Tentang Penyakit Misterinya

PENDAKWAH terkenal Datuk Mohd Kazim Elias tampil membuat pendedahan mengenai sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama.

Menurut Kazim, dia mencuba pelbagai jenis rawatan dan cuba mneyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ni, saya rasa saya tak boleh lagi sembunyi dari orang ramai.

“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan.

“Ianya boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena. Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat,” ujar Kazim menerusi Facebook.

Dalam posting pada awal pagi Khamis itu, Kazim turut memuat naik sekeping foto memaparkan keadaan kesan seakan-akan lebam pada bahagian matanya.

Bercerita lanjut, Kazim mendedahkan dia turut mengalami simptom seperti gatal, pedih serta gangguan emosi sehingga mengganggu rutin tidurnya sejak beberapa bulan lalu.

kazim6

Kazim berterima kasih atas tawaran banyak pihak yang mahu mengubatinya.

“Saya rasa saya perlukan pertolongan baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok.

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Walaupun sakit tetapi tetap saya terima semua jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas.

“Walau kadang-kadang dilabel sombong kerana tak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu-dulu tapi tetap saya tabahkan hati sebab saya tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya,” ujarnya panjang lebar.

Dalam pada itu, Kazim turut mengucapkan terima kasih atas tawaran pelbagai pihak untuk mengubatinya.

“Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya dah berusaha berubat di banyak tempat tapi belum diberi keizinan oleh Allah.

kazim5

Dua foto terbaharu yang dikongsi Kazim.

“Mungkin ada dalam kalangan tuan/puan yang boleh membantu saya maka dengan itu saya siarkan gambar lengan effect khas itu sebagai kiasan,” ujar Kazim merujuk kepada foto tular tangannya yang dikongsi pada Rabu petang.

Dalam posting di Facebook, pendakwah itu turut memohon maaf jika ada tindakannya yang menyakiti hati sesiapa selama ini.

“Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda,” ujarnya lagi kepada lebih sejuta pengikut Facebook.

Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan rasa bimbang melihat keadaan Kazim dan turut menghujani posting tersebut dengan titipan doa buatnya agar diberi kesembuhan segera.

Ustaz Kazim Elias Rayu Minta Tolong, Cari Penawar Ubat Sakit Kulit Misteri… Sekali Aeril Zafrel Komen Buat Ramai Marah

PERKONGSIAN pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias menderita penyakit misteri di bahagian tangan mengundang kembimbanhan ramai.

Dalam perkongsian pada petang Rabu, Kazim menunjukkan terdapat kesan parut warna kehitaman di tangan kirinya.

Pada perkongsian sama Kazim merayu mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung derita.

“Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

“Pada Allah kita berserah,” tulisnya kepada lebih sejuta pengikut Facebook.

Dalam tempoh dua jam, posting itu meraih lebih 72,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 23,000 komen.

Komen Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai.

Komen Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai.

“Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik berterusan buat ustaz.

“Allahuakhbar semoga ada keajaiban diberi kesembuhan buat ustaz.

“Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz,” tulis beberapa pelayar Facebook.

Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian netizen.

“Shooting kan ni ustaz?” soal Aeril menerusi ruangan komen.

“Nampak macam mekap. Ada nampak orang up status lakonan. Kisah hidup ustaz, tak pasti betul ke tak,” tulis seorang lagi individu.

Antara komen lain,

Ustaz sudah ambik sample biopsy ? , Kalau belum saya suggest ambil Biopsy dulu . Insyallah kita boleh kesan punca “ Degeneration “ Ini .. Insyallah ikhtiar .. Saya doakan ustaz dipermudahkan ..

Semoga Allah memberikan kesembuhan Yang sempurna buat Ust juga dijauhi gangguan Jin, Iblis, Hantu, Syaitan & Manusia yg menpunyai niat khianat keatas ust serta keluarga.

Allahuakbar.. Syafakallah..moga Allah beri ksembuhan kpd Ustaz & kembali pulih…Moga Allah beri kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan semua urusan Ustaz

Ni santau menggunakan katak ni ustaz.. ustaz terus kan bersabar, hasbunalllah waknimalwakil.. insyaallah allah akan hanta seseorang untuk bantu ustaz, dengan pertolongan allah, ustaz akan sihat, macam yang ustaz selalu berpesan kepada kami, “allah tidak akan menguji hamba nye, di luar kemampuan hamba nye, allah menguji hamba nye, kerana allah tahu hamba nye mampu..” kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat ustaz.. allahhuakbar..

Ustaz cuba cari orang yang berkahwin bujang kahwin janda.. cuba mintak orang tu ubat dengan daun sirih.. kunyah daun sirih tu. Lepas tu sembur kat tempat yang sakit tu.. mintak baca surah AL Fatihah dan selawat… Insyaallah semoga Allah sembuhkan sakit ustaz Kazim

Ni macam santau katak puru dibakar..Masya Allah sape lar yang sanggup buat macam ni pd ustaz, Semoga diprmudahkan segala urusan ustaz. Allahuakbar. Inilah yg dipanggil santau Puru atau sihir puru. Lama kelamaan jika tidak dirawat dgn org yang betul, akan menyebabkn seluruh saraf rosak dan mati. Sakit sangat santau jenis ni.Shafakallah buat ustaz

Sekali pandang mcm masalah kulit ni ustaz.. kena jumpa pakar kulit @ dermatologist sbg ikhtiar , cari punca penyakit dn rawat.. insyaAllah syafakillah ustadz aamiin

Laporan mengenai Kazim pada Oktober tahun lalu.

Laporan mengenai Kazim pada Oktober tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Ustaz Kazim akibat terkena sihir.

Abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki sejak dua minggu lalu hingga menyukarkannya untuk berjalan.

Menurutnya, pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat mengesan punca penyakit terbabit.

“Ketika saya datang menziarahi Khamis lepas, beliau (Uztaz Kazim) telah menunjukkan beberapa keping gambar yang sepertinya ada unsur-unsur mistik ditemui di jalan yang menjadi kebiasaannya lalu di situ.

“Maka kami tidak menolak kemungkinan unsur (mistik) itu ada berdasarkan keadaan beliau, kami telah melakukan usaha cara perubatan Islam untuk merawatinya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika ini adalah stabil, tetapi masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

Katanya, orang ramai diharap terus mendoakan kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan dijauhi daripada perkara-perkara tidak diingini. – Sinar Harian

Sehingga kini, pendakwah itu belum berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, mStar pada 2 Oktober tahun lalu pernah melaporkan Kazim yang sedang sakit, dipercayai terkena buatan orang.

Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*