
PERNAH dikatakan gemuk dan memiliki paha besar, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui terfikir untuk menjalani prosedur pembedahan bariatrik atau pintasan perut (potong usus).
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 27, dia tersinggung dan berasa sedih apabila menjadi mangsa body shaming di media sosial.
Justeru itu, dia berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membuktikan dirinya boleh mendapatkan kembali bentuk tubuh yang langsing.
“Hari ini aku sedih.. selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar.
“Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus,” jelasnya.
Janna berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.
Dalam video tersebut, penyanyi lagu Gatal ini dilihat memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium.
Dalam pada itu Janna turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya supaya tidak melihat isu body shaming sebagai sesuatu bahan jenaka.
“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang.
Janna mohon pengikut hentikan body shaming.
“Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain.
“Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.
Video,
Perkongsian Janna itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut.
Rata-ratanya meminta Janna untuk terus kuat dan tidak memikirkan kata-kata negatif dan kutukan berkenaan.
“Baju nampak ketat, mungkin saya dah gemuk” – Janna Nick
PELAKON Janna Nick menjawab persoalan netizen mengenai pemakaiannya yang dikatakan semakin seksi.
Menurut Janna, 23, pertambahan berat badan mungkin menjadi faktor pakaian yang digayakan olehnya sebelum ini nampak ketat dan tidak sesuai.
“Mungkin badan saya dah semakin gemuk menyebabkan baju yang dipakai nampak ketat,” katanya kepada mStar Online.
Janna ceburi bidang perniagaan dan lancar produk penjagaan diri diberi nama Sephia.
Dalam perkembangan yang lain, Janna Nick baru sahaja melancarkan produk penjagaan diri diberi nama Sephia.
Produk berasaskan minyak argan itu sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya.
Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Janna Nick
1. Pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Munir.
2. Lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Berumur 24 tahun (2019).
3. Berketinggian 1.65 meter.
4. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.
5. Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon.
6. Berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.
7. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun.
8. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.
9. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.
10. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota.
11. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.
12. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
13. Pernah ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, namun menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang diceburi.
14. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.
15. Merupakan pelakon, model, penyanyi dan pengacara.
16. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Cinta Vlog, membawa peranan sebagai Risa, watak pembantu di sisi teraju utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal.
17. Pernah membintangi filem Kimchi Untuk Awak dan Kerja Kahwin. Juga telefilem, antaranya Sayang Suria, Mek Kelate, Tangisan Izara, Di Pintu Syurga, Trauma dan Enam.
18. Termasuk drama Jodoh, Kasih Berbisik, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.), Biar Aku Jadi Penunggu, My Coffee Prince, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan teater Zombie La La La.
19. Pemegang trofi Aktres Pilihan (drama Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016, Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Pelakon Wanita Sensasi di Anugerah Telenovela 2017 dan Aktres Pilihan (drama Biar Aku Jadi Penunggu) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.
20. Sebagai penyanyi, beliau memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.
21. Pernah merakamkan single Mungkin Saja (OST Suami Tanpa Cinta) dan Akan Bercinta (OST My Coffee Prince).
Sumber Mstar/Wiki
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment