“Saya Tidak Akan Maafkan Dia,” – Isu Tak Tutup Aurat Tetap Dijemput Tunai Umrah, Ifa Raziah Kesal Video Disunting Jadi Fitnah

PENYANYI dan pengacara Ifa Raziah kecewa apabila sebuah video pendek yang memaparkan kenyataannya tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, video yang tersebar tersebut sudah disunting pihak tidak bertanggungjawab dan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Orang yang edit video itu salah. Apa yang dia muat naik tidak seperti yang saya katakan ketika membuat live di media sosial. Kalau orang tonton video penuh saya, mereka tahu apa yang saya maksudkan.

“Video yang dimuat naik oleh individu tersebut telah menimbulkan fitnah. Saya tidak akan maafkan dia,” ujarnya kepada mStar pada Rabu.

Terdahulu, kenyataan Ifa tentang sudah dijemput menunaikan umrah walaupun belum menutup aurat menerima pelbagai respons termasuk beberapa ustazah.

Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Ustazah Asma’ Harun menegur kenyataan itu dan berkongsi hukum menutup aurat dan menunaikan umrah.

Menurut Ustazah Asma’ ramai yang salah faham mengenai keutamaan ini dan menyebabkan perkara wajib (menutup aurat) dilengah-lengahkan sementara yang sunat pula dikejar.

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ menyatakan bahawa ramai orang yang salah faham mengenai keutamaan menutup aurat dan menyebabkan perkara wajib itu dilengah-lengahkan, namun perkara yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabai perkara yang wajib.

Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya.

Dalam pada itu, ustazah Asma’ turut meluahkan rasa bimbang dengan tindakan penyanyi tersebut kerana dianggap boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Malah, dia turut menasihatkan supaya berhati-hati dengan ucapan kerana bimbang ia merupakan musibah tersembunyi.

Alhamdulillah, peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah apa perubahan yang berlaku pada diri kita selepas pulang daripada haji atau umrah?

Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahuakbar.

Ujarnya lagi, jangan salah faham jika ada individu yang hendak menegur kita kerana dia bukan hendak membuat kerja Allah SWT, namun sedaya upaya melaksanakan kerja yang Allah SWT perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

Menutup aurat bukan ertinya berlagak suci, juga yang berhujah dengan ayat ‘kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup masing-masing, jangan disebut aib orang secara terbuka dan lain-lain. Semua ayat itu hanya hujah akal untuk halalkan dosa secara terbuka.

Di akhir posting, Ustazah Asma’ mendoakan agar kita sentiasa berada dalam taufiq dan hidayahNya serta bersegera memohon keampunan dan rahmatNya.

Sementara itu, Ifa menerima terguran tersebut dengan hati terbuka dan berharap perkara semua pihak tidak melaga-lagakan mereka dengan isu tersebut.

“Ustazah hanya bercakap secara umum dan langsung tidak menyebut nama saya. Saya tidak salahkan dia kerana dia bercakap untuk memberi ceramah.

“Janganlah melaga-lagakan saya dengan dia kerana isu tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ifa berkata, dia tidak berniat untuk mencari individu yang menyebarkan video tersebut kerana tidak mendatangkan sebarang faedah.

Dia juga yang sudah lali dikecam dan tidak pernah ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif kerana percaya perbuatan jahat itu akan dibalas dengan kebaikan terhadap dirinya.

Ifa dah biasa dikecam.

“Tak perlulah saya nak cari siapa yang sebarkan video tersebut. Buang masa sahaja. Walau saya boleh ambil tindakan saman, tetapi lebih baik berdiam sahaja.

“Selama saya berada dalam industri, pelbagai kontroversi tentang diri saya sebelum ini. Namun saya tidak pernah ambil pusing kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

“Saya ini bukanlah ustazah. Hanya orang biasa yang sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik.

“Saya juga percaya apabila orang bercakap buruk sebegini akan ada benda baik untuk saya. Mungkin show akan bertambah dan produk saya semakin laris,” jelasnya.

Terdahulu,

“Saya Dah 3 Kali Pergi Umrah, Yang Pakai Tudung Tak Dijemput Pun” – ‘Statement’ Ifa Raziah Dikecam Teruk

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan selebriti Ifa Raziah memberi pandangannya mengenai isu menutup aurat dan ia telah menarik perhatian ramai.

Melalui video yang dikongsikan semula oleh pengguna tersebut, Ifa berkata biarpun dirinya belum menutup aurat tetapi sudah tiga kali dia dijemput oleh Allah S.W.T untuk mengunjungi ke Tanah Suci.

Sedar dirinya masih belum sempurna, namun pelakon itu sempat persoal bagaimana pula yang bertudung tetapi masih mengata orang lain. Dalam pada itu, dia turut berkata dirinya pernah berjumpa dengan wanita berhijab tidak solat.

Biarpun tidak berniat apa-apa sewaktu meluahkan pandangannya itu, melihat di ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen terkejut dengan apa yang diperkatakan olehnya.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen berkata menutup aurat itu adalah perkara wajib serta tidak lupa mendoakan agar pelakon tersebut diberikan hidayah daripada Allah S.W.T.

Video,

Sumber Mstar/BN/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*