Pm Ismail Sabri Buat Lawatan Ke Jepun. Netizen Perasan Individu Ini Boleh Pula Ada Sekali Buat Ramai Bengang

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun pada 23 Mei lalu bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Menurut Berita Harian, pertemuan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang.

Namun, apa yang kurang senang dari lawatan ini adalah apabila netizen mula persoalkan kehadiran Jovian Mandagie dalam lawatan rasmi Ismail Sabri ke Jepun selepas salah satu gambar yang dimuat naik oleh laman berita Bernama tular di media sosial.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Jovian yang memakai sut kelabu gelap, berkaca mata serta memakai pelitup muka keluarannya sendiri.


Beliau yang juga menantu Ismail Sabri turut memuatnaik satu Instagram Story yang menunjukkan keberadaan beliau di Jepun. Namun Stories itu kemudiannya dipadam selepas netizen mempersoalkan kehadiran beliau di sana.

Untuk rekod, sehingga kini tiada apa-apa kenyataan daripada Jovian mahupun pihak berwajib mengenai keperluan Jovian mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.

Komen-komen nakal netizen,

Kadang2 bila terima awards ni kan, ada orang lebih selesa bila family members yg tangkapkan gambar kita. Kalau tak, nanti pose kita jadi kekok. Gitu lah..

Mana bulih masuk Japan lagi utuk pelancong. Dia masuk atas pass apa??

Silap dia pakai mask brand sendiri. Pakai shades konon. Ingat orang tak cam

Bila lagi dah nak dapat makan angin taraf menteri, dapat escort polis jepun bagai. Untungla jadi anak beranak keluarga malaysia ni.

Bagila peluang. Nak promote face mask orang tak pakai sangat dah. Fesyen pun tak ramai kenal. Kena cari jalan lain

Keluarga Malaysia kan, habis semua keluarga lah dia bawak sekali

Menantu dia jadi tukang Perunding pakaian utk mertua dia

Sumber : TheVocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*