Nasib Baik Tak Berkecai Cermin, Pemandu Perempuan ‘Double Park’ Buat Ramai Panas Hati

ISU kekurangan parkir di kawasan hospital kerajaan bukanlah sesuatu perkara baharu.

Disebabkan masalah ini, orang ramai yang berurusan sama ada mahu mendapatkan rawatan ataupun menziarahi pesakit, terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan atau ‘double park’.

Baru-baru ini tular di laman sosial satu video memaparkan seorang wanita terpaksa menunggu lama gara-gara keretanya dihalang oleh sebuah kenderaan lain.

Lebih menyusahkan, pemilik kenderaan berkenaan langsung tidak meletakkan nombor telefon atau membiarkan brek tangan dilepaskan.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kereta wanita berkenaan, jelas kelihatan sebuah kereta berwarna merah diparkir di hadapan kenderaannya.

Tidak lama kemudian, kelibat dua wanita bersama seorang kanak-kanak menghampiri kereta tersebut.

Pemandu kereta tersebut hanya mengangkat tangannya, sebelum wanita berkenaan bersuara dan cuba menegur tindakan kurang berhemahnya yang tidak meninggalkan nombor telefon.

Pemandu wanita berkenaan sempat menyusun barang-barangnya di tempat duduk belakang.

“Kami nak balik cepat ni, janganlah selfish sangat… saya ada hal. Nak block boleh, letaklah nombor telefon. Disebabkan puan, saya terlepas banyak perkara,” kata wanita berkenaan.

Kedengaran pemandu tersebut membalas kata-kata wanita tersebut dengan ungkapan “sorry” sebelum mengalihkan keretanya dan berlalu pergi.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 23 Mei lalu, sekitar pukul 4.51 petang sebagaimana paparan pada dashcam.

Perkongsian yang tular di Twitter.

Menerusi ruangan komen, didakwa kejadian itu berlaku di kawasan parkir Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Johor.

Sementara itu dalam satu perkongsian di Twitter dipercayai dimuat naik oleh suami kepada wanita berkenaan, disebabkan sikap pemandu tersebut, isterinya terpaksa menunggu sehingga 30 minit.

“Tolonglah letak nombor telefon kalau double park. Wife marah owner tu pun sampai nak menangis. Sebab banyak urusan tergendala, terutama nak ambil anak sekolah. Nasiblah wife yang hadapi situasi ni… boleh sabar sampai 30 minit tunggu. Kalau orang lain, dah boleh berkecai cermin tu,” tulis individu berkenaan.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar sikap pemandu tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri.

double park 3

Antara komen netizen pada perkongsian video berkenaan yang rata-ratanya menyelar pemandu wanita tersebut.

“Tak ada hati perut! Kalau double park, jangan santai-santai.

“Dah la block kereta orang, lepas itu terhegeh-hegeh. Lambat betul.

Selamba je dia masuk kereta….mcm tak rasa bersalah langsung….org lain pun ada anak kecik tapi takde lah nak double park,block keta org….xder adab langsung

Dh la double park pastu x letak no phone pastu bila dh smpai say sorry tpi masih slow ii masuk kereta…kekadang kita kene ade common sense..

Blah gitu ja, minta maaf pun tiada. Langsung tiada rasa bersalah. Kalau aku, hon tak henti²

Mke tu mcm xde rse brsalh..Dhlah dble park,blh plak slowmotion kt situ..

Yang kata hal kecik mmg hal kecik la pada korang sebab tak kena. byagkan yg kene blocked tu ada emergency. Kematian ke kan cthnya. Hal kecik sgt lah kan. Kalau nak bertolak ansur kena tgok pd perkara yg sepatutnya. Saya pernah kena blocked mcm ni. Nak balik kerja kereta kena blocked. Kebetulan ada emergency kat rumah. Dpt keluar sharp time jadi lambat. Org yg blocked tu pula donning. Saya kena tunggu dia habis doffing. Kalau dekat 1- 2 jam boleh ke kita nak kata takpe hal kecik. Hal emergency yg kat rumah tu pun sy terlepas, sampai skg saya tak kan lupakan. Kadang2 tak faham org selfish ni. Kalau tahu blocked kereta org, simple – letak no fon dan please be contactable la. Tak susah pun. Sama2 tolak ansur dunia bahagia. sorry only my 2cents

Kalau aku komen kang..ada plk yg kata xkena batang hidung.. tp cuba bygkan mak atau adik beradik kita sdiri yg kena kecam mcm ni..sbb situasi ni berlaku kat hospital katanya..mn la tahu yg double park tu emergency case tpaksa park kat situ sbb dh sejam tggu parking..atau dlm situasi kecemasan mgkin xsmpat nk letak ni fone ke apa..stgh jam mmg sgt lama..tp blaku kat hospital..masih blh di maafkan..kalau dkt mall mmg aku pn myumpah..lgpn akak tu bkali2 mtk maaf..apapun,jdkan peringatan utk kita smua..

Skrg ape ape viral . Ape ape viral . Lepastu marketing . Nak kena bergado . Sbb ape . Rakyat malaysia ni . X bole tgk org bergado . Sbb Kalau benda ii bergado ni cpt nau jadi cerita panasse zasssss

“Terhegeh-hegeh macam siput ba**. Orang yang menyusahkan urusan orang ni, nanti mereka pula disusahkan,” demikian antara komen netizen.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*