Sayu Tengok Pelajar Tertidur Dalam Kelas Sebab Malam Sibuk Jaga Anak, Tapi Ada Sesuatu Yang Buat Ramai Pelik

BILA kau bergelar ibu terlalu awal.

Demikian kapsyen sebuah video TikTok, memaparkan seorang pelajar sekolah menengah yang sedang tidur di dalam kelas.

Dalam video yang turut disertakan tanda pagar #mamamuda itu, dia turut berkongsi beberapa gambar bayi seolah-olah menunjukkan si comel itu anaknya sendiri.

Kapsyen serta gambar yang dikongsi menerusi video itu ternyata menimbulkan teka-teki dalam kalangan netizen.

Malah, ramai yang tertanya-tanya sekiranya pelajar itu benar-benar sudah bersalin atau ia sekadar content TikTok semata-mata.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut memberi nasihat, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama bergelar ibu pada usia muda.

Tangkapan skrin menunjukkan pelajar perempuan itu bersama seorang bayi.

“Dah lah, penat adik ni (pemilik video) nak menjawab. Doakan yang baik-baik je untuk dia dan anak tu. Itu takdir dia, so jangan persoalkan. Semoga berjaya dik.

“Yang suri rumah jaga anak pun penat macam naik bukit. Can’t imagine your letih lagi-lagi kena pergi sekolah.

“Sekarang masih boleh sekolah eh kalau dah kahwin ada anak?

“Saya faham awak, pernah laluinya sebelum ini. Moga terus kuat,” tulis beberapa pelayar TikTok.

Pada profile TikTok miliknya, gadis itu turut meletakkan nama bayi perempuan berkenaan.

Namun sehingga kini dia tidak membuat penjelasan terperinci mengenai kebenaran kisah yang masih menjadi teka-teki itu.

Berdasarkan beberapa posting lain, gadis itu turut memuat naik foto bersama seorang lelaki, dipercayai suaminya.

Antara komen netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

Ya Allah , Sebab itu waktu Sekolah belajar dik & Bukan bercinta . apa2 pun saya Doakan Kamu dipermudahkan kehidupan 

In shaa Allah..nnti klu ankny dh besar emaknya dh tua…dia pulk yg x tido sbb jaga emak dia..

Saya dlu mengandung umur 16thn tapi gugur dlu bekas pkwr dlu buat sekrng dh khwin 19.3 suami bru baik fahm sya …dia kta cerita lma xpyh ingt lgi.

Dulu cikgu suka cakap ‘ tak cukup tidur jaga anak ke ‘

Merujuk kepada kapsyen dan tanda pagar pada salah satu posting, gadis itu dipercayai berusia 17 tahun dan menetap di Sarawak.

Untuk rekod, video tersebut turut meraih hampir setengah juta tontonan selepas 12 jam ia dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*