Abang Sado Jadi Pengotor Pindahkan Air Suplemen Dari Mulut Ke Mulut, Sekali Doktor Ini Jelaskan Apa Akan Jadi Memang Kecut Perut

JIJIK dan meloyakan.

Di sebalik tubuh sasa dan penampilan macho, sekumpulan lelaki melakukan aktiviti tidak senonoh demi trending di media sosial.

Menerusi satu video yang kini tular, tiga pemuda dilihat beraksi di gim mengikut cabaran TikTok yang dikenali sebagai ‘Dry Scooping’.

‘Dry Scooping’ adalah cabaran menelan serbuk suplemen tanpa air untuk tenaga segera dalam kalangan mereka yang bersenam di gim, kini menjadi trend di media sosial itu.

Namun apa yang menjijikkan ialah mereka kemudian seolah-olah ‘membancuh’ air suplemen itu sebelum memindahkannya ke mulut orang lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan sebagai pengotor dan melampaui batas.

“Pengotor gila.”

“Eewwww jijik.”

“Nak minum air member pun jentik straw dulu, inikan pula mulut ke mulut. Loya tekak.”

“Harap-harap dia orang gosok gigi la,” komen segelintir netizen.

Seorang pemuda (kiri) cuba ‘membancuh’ supplemen di dalam mulutnya sebelum dipindahkan ke mulut rakan.

Malah, ada yang menyatakan tindakan ketiga-tiga pemuda itu sengaja mengundang risiko yang kini menjadi kebimbangan ramai iaitu wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HMDF) yang boleh merebak melalui air liur, cecair lepuh dan najis.

Ini termasuklah penyakit cacar monyet atau monkeypox yang kini hangat diperkatakan yang mana boleh disebarkan melalui sentuhan dengan luka pada kulit atau titisan cecair badan daripada orang yang dijangkiti.

“Punca segala penyakit betullah.”

“Yang ni ke penyakit cacar monyet?”

“Ini bukan cacar monyet. Inilah monyetnya,” antara komen-komen netizen.

Video,

Antara komen-komen netizen.

Bercakap kepada mStar, pengamal perubatan Dr Ahmad Samhan Awang berkata, trend ‘Dry Scooping’ iaitu menggalakkan pengambilan serbuk suplemen tanpa air sebenarnya bahaya.

“Amalan ini berisiko dan boleh membahayakan kesihatan seperti jantung berdenyut laju, jangkitan paru-paru dan sesak nafas.

“Ada yang kata ambil serbuk suplemen tanpa air boleh meningkatkan tahap penyerapan dalam perut dan boleh workout lebih kuat. Tiada kajian khusus untuk itu,” katanya ketika dihubungi.

Dr Ahmad Samhan berkata, suplemen pra latihan yang dibuat mesti dicampur dengan air sebelum minum.

“Bila telan serbuk tanpa dicampur air, boleh menyebabkan risiko serbuk masuk ke dalam paru-paru bukan ke dalam perut. Ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.

“Menelan serbuk yang bercampur hanya dengan air liur menghasilkan ketulan yang sukar ditelan. Ini boleh menyebabkan risiko tertutup salur pernafasan dan kematian.

“Serbuk suplemen juga mengandungi kafein. Bila telan serbuk ada risiko pengambilan berlebihan. Pengambilan kafein tinggi menyebabkan jantung berdenyut laju,” tambahnya.

Dr Ahmad Samhan.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai aksi memindahkan air dari mulut ke mulut sebagaimana yang dirakamkan dalam video yang tular.

“Trend berkongsi air dari seorang ke seorang bukan saja menjijikkan tetapi berisiko untuk menyebarkan jangkitan.

“Mulut adalah tempat di mana paling banyak kuman. Jika salah seorang dijangkiti penyakit, semua orang akan dijangkiti,” tegas Dr Ahmad Samhan.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*