
Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata kedua, pelakon, Elfira Loy akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Elfira menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Elfira turut memaklumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan puteri mereka itu Nur Aria Mikayla.
“BismillahiMashaAllah, pada 20 Mei yang lalu, kami sangat bersyukur diatas kelahiran puteri kami.
“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Rentap ini turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat anaknya itu agar menjadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat.
“Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut memuji wajah comel bayi tersebut.
“Ya Allah Aria. Comel sangat. Eh geramnya tengok bibir dia tu,” komen pengacara, Uyaina Arsyad.
“MasyaAllah. Assalamualaikum Aria sayang. Congratulations El my love,” balas pelakon, Nur Fazura.
“MasyaAllah, semoga membesar menjadi anak solehah,” kata penyanyi, Rafidah Ibrahim.
“InsyaAllah Amin Ya Rab. Selamat berpantang El,” balas pemilik akaun Amirah Kamaliah.kz.
“Cantiknya Mikayla,” kata pemilik akaun The Real Dzack Gym.
“Subahanallah…. Comelnya baby.. Didoakan semoga baby membesar dgn sihat, menjadi ank yg solehah…“
“Aamiin..moga terangkat doa seorang ibu yg pengasih buat anak ini oleh Allah. Aamiinn“
Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini terlebih dahulu telah dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Sedikit info Elfira Roy,
Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri (lahir 8 Mac 1994) atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy (Jawi: نورول ايلفير لوي) ialah seorang selebriti berpengaruh, pengacara dan usahawan muda Malaysia berdarah kacukan Cina-Arab.
Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dilahirkan anak yang kedua pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur, kepada pasangan Ahmad Sabri Haji Ariffin dan Filzah Yusoff. Beliau mempunyai darah keturunan Cina-Arab. Bapanya merupakan pemilik dan Pengarah Projek Pusat Pengajian Islam dan Maahad Tahfiz Bustanul Haji Ariffin, Kuala Kangsar, Perak.
Ibunya merupakan pengurus kepada beberapa selebriti dan model Malaysia. Elfira mempunyai lima adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezraa Loy, adiknya Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan paling bongsu Ahmad Evvraa Loy. Elfira juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, dan menutut dalam aliran sains di sekolahnya.
Elfira memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Beliau juga merupakan pengusaha/pengurus sebuah cafe yang terkenal di ibu negara disamping melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti antarabangsa swasta pertama, UOW Malaysia KDU University College, di Utropolis Glenmarie, Shah Alam. Beliau akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya pada tahun 2017 berkelulusan Communication, Creative Arts, Entertainment Arts, Entrepreneurial Design.
Setelah memutuskan pertunangannya bersama penyanyi Sufian Suhaimi secara mendadak pada 17 February 2018, Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Sebelum beliau meneruskan watak dalam drama, dia dilamar pula membintangi teater kanak-kanak popular, Ali Baba The Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 2006, juga Ibu Zain Musim 1 dan 2, semakin dikenali ramai tatkala lakonan hebatnya dalam drama.
Seterusnya menjadi seorang model dan pelakon pada tahun 2006, juga model dalam The New Face Of Maybelline New York (Malaysia). Elfira Loy mula melakonkan wataknya pada 2008, dalam sebuah telemovie drama iaitu Cinta Itu Buta dia sahaja yang lakonan dan terus memainkan watak dalam Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Selaginya Ada Cinta juga drama Indonesia, sama dikeluarkan ketiga – tiga drama, seterusnya merupakan watak dalam Disney Waktu Rehat sebagai Amirah bersama dengan adik – beradik iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy.
Pada Tahun 2009 dan 2010, Elfira Loy juga mula berlakon seperti dalam drama bersiri Roh Natrah , Qalesya 1 ditayangkan sepanjang bulan ramadhan dan Senja Permai. Pada tahun 2010 dan 2011 terusnya watak memainkan seperti Tentang Bulan The Series, Syurgamu Ramadhan, Qalesya 2 juga sepanjang bulan ramadhan ditayangkan, Kum Kum : The Series, Jangan Ambil Padang Kami, Hani, Mahligai Itu Milikku dan Second Chance. Wataknya terus menerus ke telemovie drama seperti Kak Long, Permata Hati, Sanggar Cinta Raudhah, Sayang Abah, Ekspress Dania. Pada awal tahun juga terusnya usaha berlakon dalam filem seperti Damping Malam dan Kum Kum : The Movie.
Elfira Loy mula teruskan kerjayaan seperti lakonan bersama dengan Zoey Rahman sebuah drama Demi Dia, juga bersama Randy Pangalila merupakan drama Malaysia – Indonesia iaitu Dalam Hati Ada Taman dan Untuk Terakhir Kali juga merupakan drama Malaysia – Indonesia lakonan bersama Baim Wong. Kini Elfira Loy berlakon lagi dalam drama dan filem seperti Rentap : The Movie, Aku Bukan Malaikat, Permata Hati, Laikatong.
Elfira Loy meneruskan lakonannya dalam telefilem seperti akan datang Marrisa, Ketika Cinta Merintih, Sebalik Kasyafmu dan banyak lagi. Pada tahun 2020, sekali lagi Elfira Loy berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila beliau satu-satunya selebriti Malaysia yang disunting untuk bekerjasama bagi peringkat antarabangsa dengan jenama tudung popular di Indonesia iaitu, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Hobinya pula adalah membaca bahan ilmiah dan sebagainya.
Elfira Loy juga diberikan peranan utama sebagai model dalam iklan televisyen dan penyiaran di sosial media. Beliau menjadi jurucakap produk seperti Motosikal Honda, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp dan baru ini The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) and Plus One. Line New York (Malaysia) and Plus One.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elfira Loy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment