
Tindakan Adira hadir menziarahi keluarga madunya yang kehilangan ibu tercinta pada 25 Mei lalu mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, Adira yang tampil memeluk dan menenangkan madunya, Datin Red, turut setia menemani di kubur selepas jenazah disemadikan.
Menerusi sepotong video yang dimuatnaik di Instagram, Datin Red turut berterima kasih atas keberadaan Adira ketika detik sukarnya.
Pemergian yang tiada ganti… terputusla doa seorang ibu untuk anak-anaknya
Terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami & madu yang ada ketika suka dan duka
Terima kasih juga pada yang menziarah, yang mengucapkan takziah, yang mendoakan & yang menyempurnakan hingga selesai kebumian bonda say
“Pemergian yang tiada ganti… terputusla doa seorang ibu untuk anak-anaknya.
“Terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami & madu yang ada ketika suka dan duka.
“Terima kasih juga pada yang menziarah, yang mengucapkan takziah, yang mendoakan & yang menyempurnakan hingga selesai kebumian bonda saya,” kongsi Datin Red.
Puji netizen melihat keakraban Adira dan Datin Red, ukhuwah dan silaturrahim yang murni antara kedua-dua mereka diharapkan kekal berpanjangan.
“Alhamdulillah Adira pun ada. Semoga silaturrahim dengan madu terjalin mesra.
“Terima kasih Adira datang menziarah.
“Sakitnya tu menusuk dalam lubuk hati bila nampak video ini. Mencurah air mata jatuh.
“Terus menangis bila datin panggil maaakkk! Dapat rasa kehibaan,” demikian coret beberapa pengguna di Instagram Datin Red.
Antara komen lain,
Paham sgt perasaan tu…nanti dah lama sikit..lg mencengkam perasaannya..nk cari,tp xtau kat mn..rindu abah
Ya allah .. sakit nyaa tuu menusuk d dlm lubuk hati paling dlm npk video nie ..sbb takdpt bygkan kalau aqu pulakk d tmpat datin .. mncurah airmata nie jatuh
Allahu… selalu follow ig datin.. cerita2 arwah yg datin share… moga arwag ditemptkan dikalangan org2 beriman… amin2…
Benda paling saya takot….allahu…pemergian tiada ganti…
VIDEO:
Pihak dari Gempak turut mengucapkan takziah atas kehilangan ibu tercinta Datin Red. Al-Fatihah.
Sedikit info Adira
Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.
Adira aktif menyanyi dengan menyertai kumpulan nasyid sejak sekolah lagi. Malah, Adira sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah dan pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008. Malah, dia mewakili daerah Ranau bagi peringkat negeri Sabah dan berjaya mendapat tempat keempat. Sebelum itu, Adira juga pernah menyertai pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang, Sabah. Dia juara dalam pertandingan itu.
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment