
“Ejek saya dengan panggil Ali Hitam, saya akan ambil tindakan mahkamah”. “Saya dah lali dan tak kisah netizen nak cakap apa kerana mereka tidak menentukan keputusan mahkamah,” kata pelawak Ali Puteh mengenai kecaman berterusan yang dilemparkan kepadanya menerusi media sosial.
Ia berikutan laporan Harian Metro kelmarin mengenai kegembiraan Ali apabila perbicaraan kes saman terhadapnya.
Ali, 32, berkata, netizen tiada hak untuk menentukan siapa betul dan siapa salah dan dia tidak perlu ambil kisah dengan mereka.
“Hanya mahkamah yang boleh tentukan keputusan. Ada juga netizen yang mengata macam-macam dekat Instagram, tapi saya jawab komen elok-elok.
“Kalau mereka kata Nor Hidayah (kakak ipar) menang tak apalah. Saya tak nak cemarkan bulan Syawal ini dengan perbuatan yang kurang manis. Saya dah biasa dengan kejian orang. Alhamdulillah saya okay saja,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menghina fizikalnya secara keterlaluan.
“Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga,
saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah. Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah.
Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan ‘print screen’ dan ambil tindakan,” katanya.
Ali berkata, dia sudah malas untuk bergaduh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa.
“Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahkamah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila.
“Kalau dia salah dan kena bayar denda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf. Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahkamah,” katanya.
Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.
Mahu Berdamai dengan Nurul Hidayah, Balu Arwah Abam.
Disebabkan kontroversinya sebelum ini, pastinya ada kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya.
Tidak cepat melatah, Ali bagaimanapun menjelaskan keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan adalah kerana minat.
Bukan seperti dakwaan ramai iaitu untuk membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.
KEMELUT antara Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberi kesan besar kepada kerjaya pelawak itu apabila dia tidak menerima banyak tawaran kerja dan ada antaranya dibatalkan pada saat-saat akhir.
Ali, 33, yang merupakan adik kepada arwah Abam mendedahkan dia melalui hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri untuk menyara perbelanjaan keluarga.
“Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.
“Saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar. Bagaimanapun syukur segala kelengkapan masih mencukupi,” katanya kepada mStar.
Akui tertekan dengan situasi yang dilalui, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat demi meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Dalam masa sama, Ali tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk dia memperbaiki diri sendiri.
“Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arwah ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percayalah rezeki akan datang satu hari nanti.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” ujarnya.
Sementara itu kata Ali, dia bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang melanda antara mereka.
Bagaiamanapun Ali menolak jika ada mana-mana pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berbaik sebagai satu bahan untuk tontonan umum.
“Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri.
“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid,” jelasnya.
Untuk rekod, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sumber: Metro dan Mstar
link: https://www.hmetro.com.my/rap/2021/05/708321/ali-puteh-dah-lali-kecaman
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/06/02/dua-tahun-tiada-job-ali-puteh-hidup-bergantung-duit-simpanan-sedia-berdamai-dengan-nor-hidayah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment