
Wanita mengan..dung ditemukan ma.ti dengan kesan temba.kan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.
Mangsa berusia 26 tahun yang mengandung tujuh bulan ditemui jam 4 petang oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa bekerja sebagai peniaga ditemui terbaring di tempat duduk pemandu.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di peru.t kiri mangsa dan ibu mangsa memaklumkan wanita itu menga.ndung tujuh bulan.
“Selagi masih berny..awa, saya akan menjaga ketiga-tiga cicit ini selepas mereka hilang tempat berga..ntung.
“Saya juga sudah pesan kepada anak lain untuk menjaga mereka bertiga seandainya ditakdirkan saya juga sudah tiada,” luah Zawiah Sulong, 68.
Dia adalah nenek kepada Farrah Emirah Mazlan, 26, wanita menga..ndung yang ditemukan ma..ti dengan kesan tembakan di pe..rut dalam sebuah kereta diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, kelmarin.
Zawiah mengakui dia perlu kuatkan semangat untuk menjaga ketiga-tiga cicitnya itu, Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10, Nur Felissa Edriana, 5, dan Mohamad Putra Faliq, 3, memandangkan mereka perlukan sokongan serta kasih sayang.
Menurutnya, dia juga akan berbincang dengan ibu kepada arw.ah yang juga menantunya, Siti Haja Said, 47, mengenai penjagaan ketiga-tiga cicitnya itu, selain memastikan hubungan mereka terus dijaga.
“Apa pun yang terjadi, saya tidak akan abaikan ketiga-tiga cicit saya ini dan berharap diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan mereka.
“Selama ini, mereka tidak pernah berenggang dengan arwah ibu mereka, namun apabila kejadian ini berlaku, sayalah yang menjadi tempat mereka meng..adu dan peneman tidur, terutama bersama cicit bongsu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Zawiah berkata, ketika ini, anak bongsu arwah, Mohamad Putra Faliq, masih bertanya di mana ibunya kerana dia tidak faham apa sebenarnya berlaku.
“Saya terpaksa memberitahu ibunya keluar bekerja supaya dia berhenti men..angis.
“Saya sendiri apabila teringatkan Farrah Emirah, saya akan memeluk anaknya kerana pemergian ar.wah sangat menge..jutkan, kami perlukan masa untuk menerima ketentuan ini,” katanya.
Katanya, ketika ini dia juga buntu memikirkan kos penjagaan ketiga-tiga cicitnya itu dan hanya berserah dengan ketentuan Allah SWT.
“Insya-Allah, saya percaya rezeki ada untuk membesarkan mereka walaupun dalam keadaan serba sederhana dan tidak mewah,” katanya.
Kenapa ‘orang itu’ t3mb4k mami
“Sekarang saya dah tiada mami (ibu), saya sangat sedih lagi pun adik masih kecil.
“Saya tak tahu kenapa ‘orang itu’ boleh tem..bak mami yang sangat saya sayang, lagipun mami orang baik,” luah Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10.
Dia adalah anak sulong kepada Farrah Emirah Mazlan, 26, wanita meng..andung yang ditemukan m..ati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.
Mohamad Mustaqim yang juga abang sulong kepada tiga beradik mengakui terkejut serta tidak percaya dengan apa yang terjadi, namun mendapat sokongan dan kata semangat daripada saudara-mara dan moyang, Zawiah Sulong, 68.
“Saya hanya tahu mami menin..ggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian petang semalam, saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta.
“Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar, malah saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang, namun tidak kesampaian,” katanya.
Mohamad Mustaqim ditemui ketika pengebumian ibunya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, di sini, hari ini.
Sementara itu, ibu mangsa, Siti Haja Said, 47, tidak menyangka anak sulong daripada tujuh beradik itu ‘pergi’ dengan cara sebegitu, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.
“Tak sangka perbualan melalui telefon pada tengah hari Jumaat lalu rupa-rupanya adalah perbualan terakhir kami berdua.
“Walaupun arwah dipelihara ibu mentua sejak kecil, namun kami sentiasa berhubung dan dia turut berkongsi kegembiraan perkembangan bayi dalam kandungannya.
“Saya terima dengan reda namun berharap agar polis dapat mencari pembunuh dengan segera serta memberinya hukuman setimpal,” katanya.
Lihat video:
https://youtu.be/gyci9-rGiKY
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment