Saksi Tepuk Dahi, Tetamu Siap Ketawa Sebab Pengantin Tersasul Sebut Mas Kahwin 500 Juta, Tak Sangka Ini Luahan Pengantin Tersebut

SUASANA sunyi saat dua jiwa akan disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah tiba-tiba bertukar riuh selepas pengantin lelaki tersalah menyebut nilai mas kahwin sewaktu sesi akad nikah.

“Aku terima nikahnya… dengan mas kahwin RM500 juta tunai,” kata pengantin berkenaan dengan tenang namun terpancar rasa gugup di wajahnya.

Usai menyebut angka berkenaan, kelihatan saksi dan tetamu yang hadir menyaksikan momen indah berkenaan ketawa terbahak-bahak.

Bagaimanapun menerusi video yang tular di TikTok, si pengantin lelaki kelihatan bingung dan terpinga-pinga apabila kata-katanya ditertawakan orang ramai termasuk pengantin perempuan di sebelahnya.

*Video berada dibawah artikel

Kesilapannya itu hanya disedari selepas seorang individu tampil berbisik menyatakan tentang kesilapan yang dilakukannya.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, pengantin lelaki, Muhammad Sameer Danial Maula Nordin mengakui gementar ketika majlis akad nikah berlangsung di Masjid Pekan Gurun di Gurun, Kedah pada 3 Jun lalu.

Sam Danial ketika selesai akad nikah.

Pemuda berusia 30 tahun itu bagaimanapun menjelaskan dia pada mulanya tidak menyedari tersalah menyebut nilai mas kahwin.

“Mas kahwin sebenarnya RM500. Saya sebut ‘juta’ dan selepas tu masih terngiang-ngiang ingatkan saya dah selesai lafaz.

“Sekali pak andak (bapa saudara) saya cubit daripada belakang beritahu saya tersilap sebut RM500 juta. Ia berlaku kerana terlalu nervous,” katanya ketika dihubungi.

mas kahwin rm500 juta 4

Pasangan ini berkahwin selepas perkenalan sejak 2019.

Lebih mesra disapa Sam Danial, dia mengakui selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Nurul Nadia Johari, 29, dengan tiga kali lafaz.

“Kesilapan menyebut nilai mas kahwin RM500 juta adalah lafaz yang kedua. Lafaz pertama saya tersalah sebut nama. Saya lafaz ‘aku terima nikahnya’ dengan nama saya sendiri.

“Tok kadi minta saya bertenang, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan doa lain. Alhamdulillah kali ketiga lafaz, urusan saya dipermudahkan,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, ada cerita di sebalik insiden yang melucukan itu.

“Bagi saya sendiri ia satu kifarah. Sebelum majlis akad nikah lagi, keluarga dan kawan-kawan berpesan supaya saya berlatih hafaz terlebih dahulu elak rasa gugup.

“Tapi saya tak berlatih, saya anggap perkara kecil saja. Saya ambil mudah. Kalau tengok drama babak akad nikah, pelakon rilaks je lafaz.

mas kahwin rm500 juta 3

Sam Danial dan isteri (tengah) bersama rakan-rakan.

“Apabila waktu lafaz akad nikah yang sebenar, mungkin Allah nak tunjuk di atas keengganan saya mendengar nasihat. Masa tersasul tu, saya baru sedar kalau saya berlatih, insyaAllah saya lebih bersedia dan tak gugup,” ujarnya yang mengahwini seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Namun Sam Danial yang merupakan penghantar makanan itu akur manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan.

“Sebenarnya banyak dugaan saya dan isteri lalui sebelum majlis akad nikah kerana dua kali tertangguh berikutan ibu saya meninggal dunia pada Julai 2021 akibat Covid-19 dan bapa isteri saya pula meninggal dunia pada Disember 2021 disebabkan sakit tua.

mas kahwin rm500 juta 1

Sam Danial (kiri) dan isteri (kanan) bersama anak tiri.

“Sepatutnya kami bernikah pada Disember 2021, tetapi masing-masing dalam fasa down, jadi majlis kami dua kali tertangguh,” tambahnya.

Sam Danial berkata, dia amat bersyukur setelah selesai lafaz akad nikah dan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sejak 2019.

“Saya rasa bersyukur sangat, lega apabila lafaz ketiga dipermudahkan. Kepada bakal pengantin, jangan pandang enteng… ambil nasihat berguna demi kebaikan,” katanya yang merancang untuk menunaikan umrah bersama isteri.

Video,

Sumber Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*