
PERKONGSIAN Kak KM menerusi sebuah video kali ini menerima pujian netizen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya iaitu aktres Normah Damanhuri.
Menerusi perkongsian itu, Kak KM atau Liana Rosli menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda kepada ibunya yang dibayar secara tunai dengan harga lebih RM100,000.
Normah yang pada mulanya mengadu wang simpanannya tidak mencukupi menangis apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya.
“Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis.
“Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata Kak KM.
Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu.
Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.
Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman.
“Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia… dia ratukan mak dia.
“Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak… semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu.
Kak KM sentiasa dahulukan ibunya.
“Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM,” komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya.
“Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini.
“Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur,” ujarnya.
Kak KM beli rumah banglo RM5 juta, syukur akhirnya doa dimakbulkan… Minta netizen sibuk kecam tutup IG
DI SEBALIK kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas daripada kecaman apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.
Enggan ambil pusing dengan kecaman netizen itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.
“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.
“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.
“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya kepada mStar.
Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu
Bagaikan tidak dapat lari daripada kecaman, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan.
“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.
“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.
Bercakap tentang banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu, Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad.
Kata Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.
“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.
“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.
Voucher terhad shopee Klik Sini
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment