
PELAWAK Shuk Sahar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik video berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam di laman sosial Tiktok miliknya pada pagi Jumaat.
Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.
“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Shuk pada kapsyen video tersebut.
Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya, Rossa gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respon terhadap mesej yang dihantar.
Shuk bersama seorang lelaki yang dipercayai peguamnya.
Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
“Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.
Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya.
“Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.
“Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan,” komen beberapa netizen.
Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.
Sera menganggap dirinya tidak dapat bahagiakan Shuk.
“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.
“Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya.
Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.
Video,
Antara komen netizen
Syuk Syuk Kau Boleh Pergi Jauh Syuk Tp Syg Kau Salah Pilih Jalan
Buat Sedih Lak. Masa Ada Tak Dihargai
Pilihan Di Tangan Kau Syuk, Bukan Serra, Kau Ada Pilihan Untuk Setia, Untuk Diberi Dan Dibuka Rezeki Seluasnya, Tempat Melampias Nafsu Yg Halal,
Datang Membawa Duka, Pergi Seolah Yang Paling Terluka
Megah Eh .. Ingt Yng Kau Tinggalkan Tu Ad Bersama Kala Susah Senang .. Yng Baharu Belom Tntu Dpt Membahagiakan Seperti Pertama ..
Xnak Komen Pape.. Takut Jadi Kat Diri Sendiri.. Yg Penting Doakn Baik.Baik Semoga ALLAH Permudahkan Urusan Kita.. Jangan Kita Mudah Menilaikn..
X Syg Ank Bini Mmg Mcm Nie….Senang Jek….Lps Tue Mangsanya Anak…Cikgu2 Kat Sek Jgk Tmpt Luah..Fikir Baik2 Syuk..Syg Anak2 Beri Dorg Family Yg Bhg
Kifarah Is Real .. Semoga Ada Sifat Keinsafan Dan Penyesalan Buat Syuk .. Stay Strong Sera
Sedangkan Kita X Femes Pon Diduga Dlm Perkahwinan .Jdk Kita X Perlulah Kata Apa2 Doa Semoga Allah Bantu Dia Ke Jln Lebih Baik.Dan Dipermudahkan.
Sy Pernah Jumpa Shuk Di Kudu Nasi Kandar..Shuk Sgt Ramah, Semoga Dipermudahkan Urusan Shuk..Ada Rahmat Menanti
Ramai Org Dok Hentam Dia Judge Mcm2 Tapi Dia Sikit Pon X Melenting Sabar Hadap Ujian Allah Semoga Dipermudahkan
Setiap Manusia Ada Keslhan, Andai Benar Jodoh Masih Ada, Perbetulkn And Hargai, DOA Byk² Pada Allah ..
Nk Tanya Mmg Kena Pakai Baju Hitam Ke Dgn Kaca Mata Kalau Nk Berurusan Dgn Pejabat Agama/Mahkamah Syariah Utk Proses Bergerai.Ada Sape Boleh Bg Tahu
Mungkin Bahagia Ko Kat Org Lain Bkan Dgan Dia(Sera).. Takdir Ajal Maut Jodoh Allah Dah Tentukan, Itulah Ia, Teruskan
Syuk Mbe Boleh Truskan Ke Depan..Tpi Bayangkan Ex Wife Yg Nk Teruskan Hdup Ats Kesalahan Kecurangan Seorg Suami..Merangkak Dlu Sblum Nk Brdiri Pun
Susah Bang Sbb Kau Ada Yg Kedua..Kalau Ada Dua Pilihan Mmg Kbykkn Akn Pilih Yg Kedua..X Pela Kau Lepaskn Dia Jgn Siksa Dia Dahh
Moga Dipermudahkan. Move On. Jangan Abaikan Anak Anak. Tak Dpt Jd Suami Terbaik Jdlah Ayah Yang Terbaik. Semua Ada Khilaf
Allah Bg Ujian Sbb Allah Sayang . Kita Sebagai Hamba Nya X Lepas Dr Kekhilafan. Perbaiki & Muhasabah Diri Kita Bersama , Ambik Ikhtibar. Doa Yg Baik2
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment