
SEBAIK sahaja selesai berpantang anak pertama, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua.
Namun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua belum tiba dan dia serta suami percaya Allah mahu mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama iaitu Shariq Gabriel.
Kata pelakon berusia 30 tahun ini, dia sememangnya mahu memiliki cahaya mata yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai 11 orang adik-beradik dan suka menjaga anak saudara.
Emma dan suami masih mencuba untuk dapatkan anak kedua.
“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.
“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.
“Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.
“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki… mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” kata Emma kepada mStar.
Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Emma ubah gaya pemakanan demi kesihatan anak.
Dalam pada itu, pelakon filem Frontliner ini turut berkongsi pengalaman dia memberikan susu badan sepenuhnya dan mengubah gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya.
“Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak anak ada antibody yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi.
“Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dahulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan,” ujarnya.
Terdahulu,
Selalu ditegur pakai seksi, Emma Maembong belum sedia berubah jadi ‘mak-mak’… Malas bergaduh dengan netizen
TAMPIL seksi selepas bergelar ibu, pelakon Emma Maembong berkata dia mahu menjadi diri sendiri dengan memilih pakaian yang selesa sejak zaman remaja lagi.
Berharap netizen berhenti mengaitkan anak lelakinya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismal, 30, memohon agar netizen mendoakan saja dia menjadi yang lebih baik.
“Saya hanya pakai apa yang selesa… ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.
Emma mahu jadi diri sendiri.
“Saya tak kisah la orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya hanya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.
“Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak,” kata Emma kepada mStar.
Emma ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu yang berlansung di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.
Pada Mei lalu, penampilan Emma yang dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah dan tampil mengubah gaya rambut dengan bertocang panjang dan mewarnakan biru mengundang kecaman.
Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seksi dan membandingkan dengan penampilannya semasa berhijab dahulu.
Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini memberitahu dia kini mahu menjalani kehidupan dengan tenang bersama keluarga tanpa perlu bergaduh dengan netizen.
Emma utamakan anaknya.
“Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik.
“Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun… dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya.
“Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak,” ujarnya.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment