“No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” – Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar

Sepotong video yang viral di TikTok sejak semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen terhadap hubungan sebenar antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Kazar.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Syamsul sedang merakamkan content (kandungan) untuk sebuah kedai emas dan berpura-pura ingin membeli barang kemas yang berada di sana.

Begitupun, selain Syamsul, kelibat Kazar, iaitu ayah kepada Ira Kazar yang dikatakan kini bergelar kekasih Syamsul juga ada dalam video berkenaan. Dan hal tersebut menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan netizen.

“Kalau dah tak mampu nak bahagiakan isteri, cukup-cukuplah menyakiti.”

“Tak kisah lah lakonan ke tak, tapi tetapi sakitkan hati Sarah bini dia… Tak ke sakit hati bini dia tengok ni.”

“Kalau ye pun berlakon siap panggil abah macam menganjing time isu tengah hot ni.”

“No wonderlah scandal boleh kacau Puteri Sarah. Husband sendiri pun sama naik.”

 

Bagaimanapun, ada yang mendakwa video tersebut hanyalah content untuk mempromosikan kedai emas berkenaan. Namun, apabila diperiksa, video tersebut telah dipadamkan daripada platform asal.

Dalam perkembangan terkini, peguam yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan yang Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukan oleh pelakon itu dalam tempoh sebulan.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.

“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.

Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan tersebut dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul.

Ditanya ‘siapa Ira Kazar?’, netizen kecewa tengok reaksi Syamsul Yusof

Di sebalik kejayaan Mat Kilau, pengarah filem tersebut Syamsul Yusof terpalit dengan kontroversi rumah tangganya apabila didakwa berantakan gara-gara kehadiran orang ketiga.

Terbaru, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof itu hadir dalam program bual bicara Hard to Heart yang dihoskan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau Paknil.

Antara sedutan tular di media sosial adalah memaparkan pengarah berusia 38 tahun itu diajukan soalan mengenai kewujudan orang ketiga berkenaan yang dikenali sebagai Ira Kazar.

“Siapa Ira Kazar tu, terhadap awak?,” soal Aznil kepada anak penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam itu.

Set program menjadi senyap untuk beberapa saat, sebelum Syamsul dengan tenang menunjukkan isyarat ‘mengunci mulut’ seolah-olah tidak mahu mengulas lanjut berhubung wanita terbabit yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi.

Video sedutan itu dikongsi oleh akaun Instagram @jabatannetizennegara20 sehingga menerima hampir 45,000 tontonan selain ratusan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata seperti kecewa dengan tindakan Syamsul yang memilih untuk berdiam diri sedangkan isterinya, Puteri Sarah Liyana berjuang mempertahankan maruah diri dan menyelamatkan rumah tangganya.

Malah, ramai meluahkan rasa simpati terhadap apa dilalui Puteri Sarah yang juga seorang pelakon kerana mampu bersabar walaupun diganggu secara emosi dan mental selama empat tahun.

Sedihnya Ya Allah!

Sanggup jaga hati skandal?

Tabahlah isteri & anak2

Bila suami tak pertahankan maruah keluarga?

Isteri bertahan mungkin bersebab

Berharap dia cakap ‘Ira bukan sesiapa’

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap orang ketiga terbabit.

Sumber: Instagram Jabatan Netizen Negara & Puteri Sarah/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*