
SEJAK kebelakangan ini, nama Baby Shima sering terpalit dengan kontroversi dan penyanyi itu sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila memuat naik video bersama seekor anjing di laman Instagram miliknya.
Dilihat sebagai isu sensitif bagi masyarakat Islam, Shima atau Nor Ashimah Ramli, 30, menegaskan dirinya masih tahu menjaga batas malah dalam video berkenaan jelas dia tidak sedikit pun menyentuh atau memegang haiwan berkenaan.
“Saya hanya berkongsi apa yang saya suka. Ia adalah salah satu content untuk media sosial saya. Saya masih tahu jaga batas dan tidak pun peluk anjing itu dan hanya memegang talinya sahaja.
Shima masih tahu sentitiviti dan batas.
“Saya juga tidak faham kenapa isu anjing ini begitu sensitif. Saya faham ia haram disentuh, namun dalam masa sama kita juga perlu ada sifat kasih sayang terhadap haiwan,” katanya kepada mStar.
Menerusi ruangan komen pada video tersebut, ada juga yang mendakwa penyanyi lagu Lalai ini sengaja mencari publisiti selain menjadi salah satu tujuan pemasaran untuk meningkatkan populariti namanya.
Tidak pernah terlintas di fikiran untuk berbuat sedemikian, Shima juga sedar tidak mudah untuk dia menutup mulut-mulut orang ramai dari terus bercakap buruk tentang dirinya.
“Kenapa saya mahu cari publisiti dengan cara begitu? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menarik perhatian ramai atau sengaja cipta content bertujuan untuk mempromosikan diri.
“Apa sahaja yang saya buat pasti tidak kena di mata sesetengah orang. Apa boleh buat? Bukan mudah hendak tutup mulut semua orang.
“Bagi saya, cukuplah saya sendiri tahu menjaga apa yang patut dan apa yang tidak. Biarlah apa orang lain mahu katakan,” ujarnya.
Shima juga memohon agar peminat tidak terlalu cepat menilai dirinya hanya melalui perkongsian di media sosial.
Dalam masa sama, Shima juga berterima kasih atas segala teguran dan sokongan peminat yang sentiasa prihatin terhadap dirinya.
Sering dikecam, Shima mohon netizen yang terlalu cepat menilai.
“Janganlah terlalu cepat menilai seseorang. Kadang-kala apabila saya berkongsi video pendek pun ada sahaja yang bercakap buruk.
“Bagaimanapun saya berterima kasih dengan semua komen yang diberikan. Saya anggap mereka prihatin dan sayangkan saya. Teruslah menyokong kerjaya saya selepas ini,” jelasnya.
Terdahulu,
Baby Shima Ambil Gambar Dengan Anjing, Sekali Netizen Pesan Bakal Buat Beliau Terduduk!
Nama Baby Shima sememangnya tidak pernah lepas dari kontroversi. Ada sahaja isu baru berkaitan dirinya yang menjadi perbualan netizen dan kadang kala asyik berulang-ulang dengan cerita yang sama.
Kali ini, penyanyi berusia 30 tahun telah berkongsi momen sewaktu berada di Filipina. Dia telah memuat naik satu video memegang tali yang mengikat seekor anjing di sana.
Bergambar dengan anjing
Walaupun tidak memegang haiwan tersebut secara terus, namun netizen memaklumkan terlihat air liur anjing keluar dari mulut haiwan itu ketika ia sedang mengalihkan pandangan.
Dalam kapsyen yang disertakan, penyanyi itu sempat berseloroh dengan mengatakan sesiapa yang cuba menggangunya akan digigit oleh anjing tersebut.
“Siapa kacau kena gigit dengan Baby Sugar,” tulisnya.
Pastu makan tak samak tangan?
Perkongsian penyanyi lagu Lalai ini nampaknya seperti biasa menerima pelbagai komen daripada netizen yang merasakan tindakannya itu sebagai salah satu cara ‘memancing’ kecaman daripada pengguna media sosial.
Ada juga yang sempat berpesan supaya Baby Shima menyamak pakaian dan juga anggota tubuh yang mungkin secara tidak sengaja terkena air liur ataupun terpegang haiwan itu sendiri memandangkan anjing merupakan salah satu najis berat dalam agama Islam.
Video,
Janganlah buka ruang untuk difitnah
Harap tak pergi pegang la
Cara nak orang selalu sebut bila dah sendu
Kalau tak cipta kontroversi tak sah
Tak suka hidup tenang gamaknya dia ni
Sedikit info Baby Shima
Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima (lahir 20 September 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta D’Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria. Beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia, Nagaswara.
Beliau dilahirkan pada 20 September 1992 di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik kepada pasangan Ramli Ali dan ibu Zaleha Mohamed.
Baby Shima mula berkecimpung dalam bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian. Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, “Tak Sabar” ciptaan Edry Abdul Halim.
Beliau juga berhasrat ingin mencipta nama di Indonesia, ini terbukti apabila beliau terpilih sebagai salah seorang peserta D’ Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.
Baby Shima menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sissy Imann dan Fara Hezel. Sewaktu konsert minggu kedua, beliau jatuh pengsan setelah beliau selesai membuat persembahan dan dibawa ke hospital.
Pada Jun 2020, beliau menerima pengiktirafan oleh YouTube Malaysia apabila saluran YouTube beliau menerima YouTube Malaysia Gold Creators Awards 2020.
Sumber: TikTok @babyshimaofficial
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Be the first to comment