
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pihak ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bukan sahaja mengganggu dirinya tetapi juga ahli keluarga Syamsul Yusof.
Dedah Puteri Sarah, 36, ketika bersiaran langsung bersama aktres Nad Zainal hari ini, dia sudah cuba untuk bertahan sejak diganggu wanita berkenaan empat tahun lalu bagi menjaga maruah suami dan keluarga.
“Semasa perkara ini mula berlaku empat tahun lalu, macam-macam saya nak buat tetapi demi memikirkan aib suami dan keluarga, saya bertahan.
“Namun, lama-kelamaan, bila terlalu kerap diganggu secara mental, rasa cukup-cukuplah. Jika saya ini mulut jahat, saya sudah canang kepada semua,” katanya.
Menjelaskan kepada umum, tindakan saman yang difailkan tempoh hari terhadap wanita berkenaan adalah bagi mempertahankan maruah dan haknya sebagai seorang isteri.
“Bila orang tanya kenapa nak saman-menyaman, saya lakukannya bukan kerana nak rampas hak atau suami semula tetapi mahu tuntut hak sendiri dan anak-anak.
“Saya sudah failkan aduan dan saman, harap anda semua doakan kes ini jatuh sebagai jenayah.
“Banyak sebenarnya kes isteri balas semula perbuatan perampas seperti diganyang dan sebagainya tetapi kali ini terbalik, saya pula yang kena dan teraniaya,” jelasnya.
Biarpun diganggu orang ketiga, namun pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menerima wanita tersebut dalam hidupnya sekiranya memperkenalkan diri secara baik.
Namun, sebaliknya pula berlaku apabila wanita berkenaan dikatakan mengganggu ahli keluarga mentuanya termasuk adik-beradik Syamsul.
“Kalau awal-awal mungkin marah tetapi saya boleh pertimbangkan. Namun awal-awal pun dia sudah serang ibu mentua dan ganggu adik-adik Syamsul.
“Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik.
“Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” katanya lagi.
Episod keretakan rumah tangga pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu bersama Syamsul kembali menjadi buah mulut ramai sejak tahun lalu apabila dia mendedahkan kerap diganggu wanita yang didakwa sebagai orang ketiga.
Tidak sanggup lagi emosinya terganggu, dia seterusnya mengambil keputusan memfailkan saman dan aduan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor pada 30 Jun lalu.
Sebelum ini, dia juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul yang kini sedang meledak dengan filem Mat Kilau juga pernah dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung dengan isterinya tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Video,
Komen netizen yang kurang berpuas hati,
Better Sarah Stop Bg Statement …Wartawan Klu Boleh Smpai Dlm Kain Nk Tnya…Ni Dh Tiba2 Smpai Kluar Keturunan Nmpk X Best Lak..
Dalam Kain Jgn Pamerkan.. Kita Jaga Aib Org Insyallah Allah Jaga Aib Kita.. Insyallah Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Insyallah Aamin..
Dia Dah Buat Aduan Di Mahkamah..Biar Mahkamah Buat Kerja..Tak Perlu Lebib-Lebih..Bimbang Sikit-Sikit Keburukan Nampak..
Kurang Bijaklah Camni, Dah Saman Tutup Mulut, Lebih Baik Jgn Layan Wartawan. Biar Mahkamah Jalankan Tugas Dorg.. Klu Nak Ckp Bab Keturunan Baik2.. Payah.. Fikir Elok2 Zaman Awk Muda Mcm Ira Kazar Dulu..
Dia Tak Cakap Keturunan Si Penyondol, Dia Cakap Secara General Kepada Sesiapa Yg Nak Berpoligami Atau Berumahtangga Sekalipun… Seperti Tuntutan Dlm Islam… Agamanya, Keturunanya…
Saya Dh Baca Seluruh Artikel…Saya Merujuk Sebahagian Dari Kata Kata Dia…Nak Berpoligami Cari Dari Keturunan Baik2…Kita Maklum Syamsul Skrg Dgn Siapa
Saya Tnya…Yg Sara Maksudkan Keturunan Tu Kazar Ke…Saya Nk Tau Jugak Kazar Ni Keturunan Tak Baik Ke ….Itu Maksud Soalan Saya….Knp Smpi Nk Heret Saya Pulak….Sempitnya Pemikiran
Wartawan Sila Step Down Tajuk Mcm Ni.. Dh Jd Salah Faham Netizen Dh.. Sarah Xtuju Pn Pd Keturunan Ira Rohingnya Tu.. Dia Ckp Umum.. Xpasal2 Sarah Kena Maki
Sbb Sblum Ni Sarah Ade Naik Kn Status Kt Ig Xsilap..Dy Kate Ira Kazar Bohsia..Tp Cpat2 Crite Tu Hilang Sbb Truk Kne Kecam Dgn Org..Skrang Ni Seram Dgn Sarah Ni..Lbih Baik Dy Stop Ckp Ape2…Sbb Org Dah Mula Nak Slah Anggap Sarah Pula Ni..
Mudah Ja.. Orang Dah X Mau.. Hang Dok Pulun Jgak..Mcm Bertepuk Sebelah Tangan Ja La.. Hati Si Laki Kat Orang Lain Dah.. Patut Pulun Jga Dlu Sebelum Orang Lain Sondol..
Spttnya Dia Ni Pun Ptt Kunci Mulut Mcm Hsbnd Dia…Dh Jd Kes Mhkmh Kn…So Better Berbunyi Dlm Mhkmh Dr Bunyi Di Public. Tkut Nnt Terserlah Diri Sndiri Yg Xbtul.
Daripada Aku Nak Simpati Dgn Dia Terus Tak Jadi. Ingatkan Bila Balik Dari Buat Umrah, Dia Akan Kembali Ke Pangkuan Suaminya Dan Berbaik-Baik. Bila Sampai Sebut Keturunan Orang Tu Tak Bagus Lah Macam Tu. Lebih Baik Muhasabah Diri Sendiri, Mengapa Semua Kemelut Ini Terjadi.
Sebagai info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Kita doa yang baik-baik untuk kedua pasangan ini supaya segala masalah cepat selesai. Amin..
Sumber Utusan/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment