
Melihatkan filem arahannya Mat Kilau kini sudah mencatat kutipan lebih RM53 juta, pengarah Syamsul Yusof mengakui sentiasa takut dengan kejayaan dikecapinya.
Memetik Harian Metro, Syamsul berkata dia tahu dan sedar tentang ‘Istidraj’ yang diperkatakan segelintir pihak. Ujarnya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur di atas segala rezeki yang diberikan.
“Kita bukan Tuhan. ‘Don’t take a religion in the wrong way’. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.
“Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.
“Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah,” katanya.
Menerima pelbagai komen mengenai kejayaan filemnya di tambah pula hangat diperkatakan tentang kemelut rumah tangga, Syamsul berkata dia sudah penat dan hanya mampu reda sahaja.
“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.
“Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” katanya.
Ditanya Siapa Ira Kazar, Syamsul Yusof Hanya Tersenyum
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah pelakon dan pengarah Syamsul Yusof apabila didakwa berantakan kerana orang ketiga.
Baru-baru ini, Syamsul dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara Hard to Heart yang dihoskan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau Paknil.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh netizen di TikTok, Pak Nil bertanyakan kepada pengarah itu adakah dia masih lagi menyayangi isterinya. Tidak berlengah menjawab, Syamsul berkata dia masih lagi menyayangi isterinya, Puteri Sarah.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Pak Nil bertanyakan siapa Ira Kazar kepada Syamsul, dia mengatakan tidak tahu dan hanya tersenyum pada awalnya.
Tidak terhenti disitu, Pak Nil bertanyakan lagi siapa Ira Kazar buat pengarah itu, Syamsul diam seketika sebelum menunjukkan isyarat ‘mengunci mulut’ seolah enggan mengulas lanjut.
Diruangan komen, rata-rata netizen kecewa dan sedih dengan respon Syamsul yang memilih untuk berdiam diri sedangkan isterinya sedang berjuang mempertahankan rumah tangga.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati dengan apa yang dilalui Puteri Sarah apatah lagi selama empat tahun berdiam diri.
Sementara itu,
“Sepatutnya saya ganyang dia” – Puteri Sarah buat 2 tuntutan terhadap Ira Kazar di Jawi
MENGOTAKAN janjinya untuk terus mempertahankan hak dirinya dan anak-anak, pelakon Puteri Sarah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Rabu.
Muncul menerusi video live Instagram bersama pelakon Nad Zainal, Puteri Sarah menjelaskan kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar.
Berkongsi mengenai tuntutan itu, Puteri Sarah berkata, ia berkaitan dengan menganggu ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.
“Saya mengharapkan semua orang dekat sini (video live Instagram) mendoakan supaya benda ini jatuh kepada kes jenayah,” katanya.
Kemelut di antara tiga individu ini masih belum berakhir.
Terdahulu, pada Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, memerintahkan Ira Kazar untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, Puteri Sarah juga bingung kerana dalam kes tersebut dirinya seolah-olah orang ketiga yang menganggu rumah tangga orang lain.
“Sepatutnya saya yang pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ini sudah terbalik!
“Saya ada kawan yang merupakan isteri kedua, tetapi dia sangat hormat dengan isteri pertama dan pernah diganyang dan disihir oleh isteri pertama. Seharusnya itu yang berlaku,” kongsinya.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 2014.
Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu tindakan yang dilakukan adalah disebabkan dia sudah tidak mampu bertahan kerana dirinya dan keluarga sering diganggu oleh pihak berkenaan.
Aktres itu menjelaskan, dia tidak mengambil sebarang tindakan sebelum ini kerana ingin menjaga aib suami dan keluarga mentua yang membuatkan dirinya bertahan selama empat tahun.
“Selagi boleh bertahan, saya akan bertahan… tetapi apabila lama-kelamaan asyik kena kacau mental, saya rasa ini tidak boleh dan saya sudah penat.
“Orang bertanya apa yang saya lakukan ini untuk dapatkan kembali suami, tetapi sebenarnya tidak. Sekarang ini saya menuntut hak saya dan hak anak-anak,” jelasnya.
Terdahulu menerusi laporan media, Puteri Sarah mengaku sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber RK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment