“Tengah Tunggu Nak Buat MRI…,” – Fad Bocey Masuk Hospital, Tak Sangka Ini Puncanya

Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey kini difahamkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor selepas disyaksi diserang slip disc.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Syahirah A Rahman menerusi laman Instagram milik Fad.

Menurut Syahirah, Fad kini terpaksa berehat buat sementara waktu daripada terlibat dalam apa juga pekerjaan dan program luar.

 

“Fad kini terpaksa berehat buat sementara waktu. Kalau ada apa-apa urusan boleh hubungi isteri dia ya,”tulisnya.

Pada masa sama, Syahirah memaklumkan dia dan Fad kini sedang menantikan keputusan (Magnetic Resonance Imaging) bagi mengenal pasti mengenai penyakit tersebut.

“Doktor syak ada slip disc dan tengah tunggu nak buat MRI. Lepas ni kalau nak ajak dia main bola lagi kena fikir banyak kali dan dapatkan approval,” kongsinya lagi.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga segalanya baik-baik sahaja buat Fad.

komen pelakon, Beto Kusyairy.

“Allahuakbar, semoga dipermudahkan Fad,” kata pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu.

“Allahu, get well soon abangku,” komen pelawak Daniel Zaini.

“Moga cepat sembuh. Banyakkan rehat bro,” balas penyampai radio, AG Azmeer.

“Lu kuat der. Apa barang slip disc. Steady,” kata pelakon, Sheila Rusli.

Menerusi foto yang dikongsikan, Fad dilihat sedang terbaring di katil hospital.

 

Sekadar informasi, Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Sedikit info Fad

Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Boro (lahir 13 Februari 1991) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau ialah ahli kumpulan Boro bersama Achey dan Atu. Beliau juga ialah bekas peserta rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.

Fad berkahwin dengan Nur Syahirah A. Rahman pada 2015, mereka dikurniakan 3 anak.

biodata fad bocey

Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau nama popularnya, Fad Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio Malaysia.

Kariernya mula berkembang selepas penyertaan dalam pertandingan Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3, sebelum menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.

  • Nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie bin Nizam.
  • Menggunakan nama komersial, Fad Bocey. Juga dikenali sebagai Fad Bocik.
  • Berumur 29 tahun.
  • Lahir pada 13 Februari 1991 di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan juruhebah radio sejak tahun 2013 .
  • Menganggotai kumpulan lawak trio, Bocey yang turut disertai Achey dan Abam.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat TV3, Bintang Mencari Bintang musim pertama pada 2013, bersama kumpulan Bocik yang meletakkan mereka di kedudukan kedua.
  • Turut menganggotai kumpulan Selak dalam program Raja Lawak musim keenam pada 2012.
  • Membintangi filem Hantu Tok Mudim, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Suatu Malam Kubur Berasap 2, Warna Cinta Impian dan Zack Kapcai.
  • Termasuk telefilem Samba Bola Kampung, Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey dan Tiga Bahadol, selain sitkom Bocey & Friends.
  • Akaun Instagramnya atas nama @fadbocey sehingga kini mencatatkan lebih 2.3 juta pengikut.
  • Anak kepada pasangan Mohd Nizam bin Mohd Khalid (bapa) dan Mutiara binti Mohammed (ibu).
  • Mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahirah A. Rahman yang merupakan adik angkat kepada pelawak Jihan Muse pada 14 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
  • Pada 10 Februari 2020, rakan seperjuangannya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas.

 

Sumber MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*