SELEPAS TIDAK DAPAT PERGI HAJI, AGENSI PELANCONGAN ITU BUAT SATU KENYATAAN TENTANG PASPORT DAN WANG YG TELAH DIBAYAR OLEH JEMAAH

Agensi pelancongan yang menguruskan hampir 400 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, akan mengembalikan wang dan pasport jemaah secara berperingkat.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan agensi terbabit adalah berlesen dengan pihaknya dan pasukan penguatkuasaan MOTAC telah temu bual wakil syarikat di KLIA semalam dan dimaklumkan sekiranya bakal jemaah tidak mendapat penerbangan seperti yang dijadualkan, wang dan pasport akan dikembalikan secara berperingkat.

Sekiranya mangsa terbabit tidak mendapatkan kembali wang yang dijanjikan, mereka dinasihatkan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Main Terminal Building (MTB) KLIA atau mana-mana balai polis berdekatan, menurut MOTAC dalam kenyataan itu.

Mangsa juga diminta membuat aduan rasmi kepada pihak MOTAC melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home bagi pemulangan wang.

Dokumen yang perlu disertakan dalam SISPAA MOTAC adalah seperti bukti tempahan pakej, bukti pembayaran deposit, bukti pembayaran penuh, terma dan syarat seragam ke luar negara (jadual keempat) milik syarikat, salinan pasport atau visa, salinan tiket penerbangan (jika ada), laporan polis, serta sebarang dokumen yang boleh membantu dalam siasatan.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

MOTAC berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sewajarnya ke atas agensi pelancongan itu di bawah Seksyen 8(1)(d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) kerana menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

“Sekiranya didapati bersalah, syarikat boleh digantung atau dibatalkan lesen,” katanya.

Akta 482 adalah akta yang memperuntukkan pelesenan dan pengawalseliaan pengusahaan pelancongan serta perkara yang bersampingan atau berkaitan bagi industri pelancongan.

VIDEO:

Terdahulu,

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas.

Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Pemerhatian Astro AWANI di KLIA mendapati rata-rata jemaah haji dilihat keletihan menunggu penerbangan dan visa perlepasan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Menurut salah seorang jemaah haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar, 52, kesemua mereka berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.

“Kami menunggu daripada jam 12.00 tengah hari selepas taklimat terakhir pada malam tadi mengatakan kita akan terbang pada 4.25 petang (Khamis).

“Kita berkumpul dari jam 12.00 tengah hari, dia delayed (tunda) kepada jam 7.00 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.

“Memang kita boleh sabar lagi, kami duduk dalam empat hingga lima hari di sekitar KLIA ini, kejap hotel sana kejap hotel sini, duit pun dah banyak habis,” jelasnya ketika ditemui.
Marina menambah, beliau sebak dengan keadaan menimpanya dan jemaah yang lain.
“Ini pertama kali untuk mengerjakan haji, saya teruja, tapi bila benda itu dah terjadi kami reda… cuma cara yang berlaku itu kami kesal.

“Pergerakan kami diperkotak katikan, masa kami dipermainkan, dalam kalangan kami bukan semua yang senang, visa furada haji perlu duit yang banyak, tapi saya rasa ada yang kumpul duit seumur hidup,” jelasnya lagi.

Difahamkan ada dalam kalangan jemaah tiba di Kuala Lumpur sejak 28 Jun lalu, namun penerbangan ditangguhkan atas alasan tertentu.

Tambah Marina, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Malah ada di antara jemaah dikatakan telah membuat laporan polis di KLIA pada Khamis berhubung kejadian itu.

“Kami reda, memang tahu dah, last flight (penerbangan terakhir) jam 2.00 pagi ini tidak mungkin kita sampai ke Jeddah dan boleh masuk, memang mustahil, setakat ini sahaja kami.

“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolong lah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.

“Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah,” tegasnya lagi.

Turut berlaku kekecohan di luar KLIA apabila salah seorang agensi pelancongan dikerumuni jemaah yang inginkan penjelasan mengenai keadaan sebenar.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit penjelasan diberikan, individu terbabit dilihat dibawa masuk oleh Polis Bantuan KLIA.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*