
Tindakan pelawak wanita menanggalkan pakaian dan hijab di atas pentas selepas mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran mengejutkan ramai orang.
Boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000
Susulan perbuatan menghin4 kesucian Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi.
Menurut Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, pihaknya sudah mengambil maklum berkenan video yang tular itu dan katanya siasatan awal telah dilaksanakan.
Tegasnya, Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghin.a dan mencem4rkan imej serta kesucian Islam.
Operasi kelab komedi digantung sementara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini susulan satu klip video tular dipercayai menghina agama Islam.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti membabitkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.
“Isu ini juga turut mendapat kecaman daripada penduduk berhampiran dan netizen di media sosial yang berpendapat bahawa, video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan yang bertujuan menghina serta mencemarkan imej agama Islam.
“Justeru, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegini.
“DBKL telah membuat siasatan lanjut terhadap lesen premis berkenaan dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan telah dilakukan secara serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, selain berharap orang awam melaporkan sebarang insiden bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang.
Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.
Sementara itu, kelab tersebut, ‘Crackhouse Comedy Club House’ dalam catatan Facebooknya mengecam sekeras-kerasnya kandungan video tular itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis TTDI.
“Individu terbabit dan pasangannya telah dilarang berada di venue berkenaan sebaik sahaja selesai persembahan,” katanya.
Afdhlin Shauki tampil mempertahankan kelab tersebut daripada ditutup.
Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara crackhouse comedy club oleh kerana perbuatan seorang open miker yg bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.
Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stendap baru mempelajari seni stendap ini.
Open mike di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai. Untuk check content kita baik ke tak bagi stendap komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai.
Sama macam athlet yang kena praektis sampai bagus.
Takkan kita tutup swimming pool pasal seorang peserta renang ambik steroid? Itu salah perenang bukan salah swimming pool! #stendapbukakbaju
Dalam pada itu kebanykan netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Afdlin Shauki.
Teruk betul Analogi seorang Pelawak. Ianya soal membenarkan platform Standup Comedy digunakan untuk menghina Islam dan agamanya oleh Orang Islam yang kononnya hafal 15 Juzuk Al-Quran.
Nasib baik diarahkan tutup. Kalau ramai pelampau agama di Malaysia ini mau Kelab dan Ownernya pun ditendang Hidup2 tanpa dibicarakan.
Hukuman tutup Kelab terlalu ringan.
Sepatutnya orang Islam macam awak turut mengutuk dengan sekeras-kerasnya. Tapi awak?
Program TV buat LIVE Pon Ada delay masa bro untuk filter, Bro kena pastikan sentiasa kena Ada penjaga semasa show berjalan, Mana boleh Lepas tangan macam Tu Aja. Senang hidup ko.
Yang bagi rezeki duit & kemahsyuran melalui stand up comedy tu, siapa?
Tak malu ke mengharap rezeki Dia, tapi dalam masa yg sama sekelumit pun tak rasa apa apa yang Dia suruh / larang, diperkotak katikkan ?
Tutup sementara hingga siasat selesai ..biasa la tu bila ada kes jenayah…sabar tuan.. sepatutnya tuan tegur pihak yg menguruskan tempat standup comedy mcm tu utk lebih beretika di masa depan…
Tu kes buka baju..Tapi ada nampak kes lain plak..Buat lawak pasal bangsa melayu, menjatuhkn bangsa melayu..Tutup je kalo jadi tempat lawak bodoh yang mainkan isu2 sensitif sebagai modal lawak.
Elok tutup je. Benda 3minggu dah jadi baru nak buat report, mmg tak jaga sensitiviti langsung. Lagipun tutup sementara je utk siasat kes, bukan tutup terus dah tentang sekeras2. Camni ke nk jadi pemimpin? Ape benda la minded pelawak cmni.
Tp ada seorang wartawan kata crackhouse tu da mmg selalu sgt ada joke hina melayu dan Islam.. Dan owner tmpt tu mmg jenis “open minded”.. Kalo bro lebih syg dan takut bakat lawak pupus dr agama sendiri.. Sy ucapkan tahniah kerana sdikit sbyk dpt jgk “share” utk bro bawa ke sana nti..
Selain itu ini antara respon daripada selebriti lain.
Pelawak Shahrol Shiro menerusi Instagram miliknya berkata, wanita berkenaan jelas menghina agama Islam dan perbuatan itu sudah melampaui batas.
Maznah menyifatkan tindakan wanita itu sebagai melampau.
“Nak buat komedi pun ada garisan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah mengina dan kamu telah menghina dengan menggunakan content agama Islam. Ini betul-betul sudah melampau,” tulisnya.
Shahrol turut menggesa, siasatan dilakukan terhadap penganjur iaitu Crack House Comedy Club dan wanita tersebut selain tindakan tegas harus dilakukan.
Sementara itu, pelakon dan aktivis, Maznah Zolkifli turut mempertikaikan tindakan wanita itu dan tidak akan membenarkannya memalukan nama Islam.
Malah Maznah turut mempertikaikan kewajaran kenyataan kononnya sudah menghafal 15 juzuk al-Quran tetapi sikapnya tidak mencerminkan perkara itu.
“Saya tidak akan membenarkan wanita ini memalukan Islam, sekurang-kurangnya bukan dalam pengetahuan saya.
“Setakat cakap hafal 15 juzuk tapi tak boleh membacanya secara terbuka, membohong namanya. Sudah tiada cara lain ke nak jatuhkan maruah kau sendiri?” katanya.
Maznah juga turut meluahkan rasa kesal apabila komen yang ditinggalkan telah dipadam selain tidak dapat membalas komen pengikutnya di laman sosial.
Kata Maznah, perkara itu berlaku mungkin disebabkan terdapat individu yang melaporkan Instagramnya dan akaunnya telah diperhatikan.
“Nampak tak? Apabila kita berani kerana benar, apa saya komen kena removed. Saya tak boleh balas semua komen daripada anda.
“Tidak mengapa, jika inilah penangan daripada dakwah dan jihad kecil saya kerana Allah, saya akan lalui dengan tabah dan tenang,” katanya.
Maznah turut berharap kerajaan mengambil tindakan keras kepada sesiapa yang membenarkan atau menghina cara kehidupan dan agama Islam di Malaysia.
Sumber FB/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment