
PELAWAK dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki tidak berasa terkesan apabila menjadi mangsa kecaman netizen berikutan kenyataannya menolak penutupan kelab Crackhouse Comedy Club oleh pihak berkuasa.
Afdlin berkata, dia membuat kenyataan itu kerana berasa bimbang dengan nasib pelawak lain yang menjadikan kelab komedi itu sebagai tempat mencari rezeki.
“Awalnya saya fikir pihak berkuasa ingin menutup terus tempat berkenaan. Disebabkan itu, saya berasa tidak puas hati kerana memikirkan apa akan terjadi kepada pelawak lain yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat mencari rezeki.
“Bayangkan bagaimana perasaan apabila tempat yang selama ini kita selalu cari makan, tiba-tiba ditutup atas bukan kesalahan kita sendiri.
“Berapa banyak pun yang mereka dapat bagi sekali persembahan… sekitar RM200 atau RM300 sahaja,” katanya kepada mStar.
Afdlin bertegas mengatakan dirinya tidak bersetuju menggelarkan wanita hina agama Islam itu digelarkan sebagai pelawak.
Pada Ahad, Afdlin hebat dikecam selepas menggunakan perumpamaan kolam renang untuk memberi contoh terhadap insiden wanita mengina agama Islam selepas pihak berkuasa mengarahkan kelab komedi itu ditutup buat sementara.
Afdlin dalam kenyataannya itu, tidak bersetuju kelab komedi itu ditutup hanya kerana perbuatan seorang individu dan menjejaskan pelawak lain.
Jelas Afdlin lagi, apa dikatakannya itu adalah berdasarkan pengalaman kerana beliau sendiri pernah memiliki sebuah kelab komedi sebelum ini.
“Sebagai pemilik, kita akan memberi peluang kepada pelawak baru untuk tonjol bakat masing-masing.
“Sekiranya kita sudah tahu apa yang mereka ingin lakukan, tetapi tiba-tiba apabila sudah berada di atas pentas perkara sebaliknya berlaku.
Kita seharusnya melihat semula apa tujuannya hadir ke tempat sebegitu. Sama juga dengan individu yang merakam persembahan tersebut, adakah suami atau kekasihnya yang merakam video
“Waktu itu apa yang boleh kita lakukan ialah tutup pembesar suara atau halau sahaja dia keluar,” ujarnya.
Sementara itu, Afdlin berkata, beliau tidak mengambil pusing apabila situasi yang berlaku menyebabkan masyarakat mempertikaikan kredibilitinya dalam dunia politik.
Sebaliknya, Afdlin berkata, apa dikatakan adalah pandangan dirinya dan beliau berhak berbuat demikian meskipun ada yang tidak bersetuju dengannya.
“Saya sedar saya dikecam di Facebook, saya tidak mempedulikannya kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan masing-masing.
Afdlin meluahkan pandangan berdasarkan pengalamannya yang sebelum ini pernah memiliki sebuah kelab komedi stand-up.
“Netizen ada pendapat, begitu juga saya. Apa yang saya katakan itu tidak semestinya perlu dilakukan kerana ia satu pandangan. Saya bukan paksa sesiapa untuk ikut apa saya katakan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Afdlin menggesa berhenti menggelar wanita yang terlibat dalam kejadian menghina agama Islam itu sebagai pelawak.
Kata Afdlin, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ia mencemarkan komuniti pelawak berdiri tempatan malah tindakan Siti Amira Natasha Abdullah itu tidak melayakkan dirinya untuk dipanggil pelawak.
“Kita harus lihat semula apa tujuannya hadir ke tempat itu. Sama juga dengan individu yang merakam persemahannya, adakah suami atau kekasihnya.
“Selalunya penonton yang hadir menyaksikan persembahan komedi tidak membuat sebarang rakaman kerana hadir untuk mendengar lawak bukannya konsert,” katanya.
Padah ‘shock value’ dalam persembahan komedi, Afdlin Shauki minta pelawak tahu batas di pentas
PELAWAK dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki meminta agar pelawak menjauhi isu-isu sensitif termasuk melibatkan agama sebagai bahan komedi mereka.
Afdlin berkata, sebagai seorang pelawak yang bijak dan berilmu, mereka boleh membezakan perkara baik dan buruk selain perlu sedar tentang sensitiviti masyarakat namun tetap menghiburkan.
“Di Malaysia kalau kita tengok, pelawak antara yang menerima bayaran tertinggi jika mereka lakukan kerja dengan betul.
“Ingat kita ini negara Islam dan juga dari Asia yang mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan persembahan komedi. Pelawak yang bijak, dia tahu bagaimana untuk menghasilkan sebuah persembahan yang baik.
Tangkap layar video perkongsian Afdlin Shauki di Instagram.
“Itu akan membezakan antara pelawak yang bijak dan sebaliknya. Nak buat persembahan gunakan otak,” jelasnya.
Afdlin berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan seorang wanita, Siti Amira Natasha Abdullah yang membuka tudung dan pakaiannya ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur baru-baru ni.
Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu menghina agama Islam.
Dalam pada itu, Afdlin berkata, tidak dinafikan di Malaysia lebih mudah untuk mendapat perhatian sekiranya menggunakan kaedah shock value atau elemen kejutan dalam sesutu perkara.
Namun katanya, ia tindakan yang berbahaya dan apa yang berlaku kepada Siti Amira adalah bukti jelas kesan kaedah itu.
“Tidak dinafikan di Malaysia kita memang mudah untuk mendapat perhatian sekiranya menggunakan shock value (elemen kejutan) dalam persembahan.
Pelawak perlu bijak pilih bahan untuk buat persembahan dan sebaiknya jangan menggunakan isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan agama.
“Sebagai contoh perkara melibatkan sindiran fizikal tetapi elemen ini tahap komedi paling rendah.
“Sama juga dengan pelawak yang sedang viral. Shock value memang cepat popular tetapi akan mencetuskan kemarahan orang ramai,” katanya.
Tambah Afdlin, dia berharap pelawak baru agar lebih bijak menyusun perjalanan karier agar mampu bersaing dan kekal lama dalam industri.
Sebagai seorang pelawak kata Afdlin, mereka perlu bijak memilih bahan untuk diketengahkan dalam persembahan dan sebaik-baiknya menjauhi isu sensitif termasuk berkaitan agama.
Pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2001, 2006 dan 2009 itu pernah bergelar naib juara Maharaja Lawak Mega 2011 bersama Allahyarham Harun Salim Bachik.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment