Raja Ilya Kongsi Keadaan Terkini Selepas Bersalin Secara Czer, “Bahu Nak Tercabut, Badan Macam Kena Pijak..”

Pelakon popular Raja Ilya berkongsi keadaan terkininya yang masih di dalam tempoh berpantang selepas melahirkan seorang bayi perempuan, Talita Love pada 1 Julai yang lalu.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, dia dan suami Trent Garrett kini hanya tidur dua ke empat jam setiap hari kerana menguruskan bayi mereka.
Tambah pelakon filem KL Vampires itu lagi, dia turut berdepan sakit-sakit badan selepas bersalin.

“Even now kitorang tidur 2-4 jam setiap malam, badan dah macam kena pijak. Nak berurut dengan bidan/doula tak boleh sebab czer (pembedahan) kan, bahu macam nak tercabut, tangan macam angkat dumbell 100kg, pinggang macam boleh patah any minute.

“Tapi semua ni hilang entah ke mana bila bangun buka mata tengok muka baby tidur dengan tenang,” ujar Raja Ilya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa hormat kepada semua ibu dan bapa yang pernah melalui situasi yang dihadapinya ketika ini.

“Salute kepada semua ibu dan bapa. Kami rasai anda. Ia satu perasaan yang tak boleh diungkap, macam jatuh cinta. Terima kasih baby @talitalovegarrett sebab hadir dalam hidup kami. Kami dirahmati dengan kehadiran kamu,” luahnya lagi.

Raja Ilya turut berkongsi sekeping foto terkini anak perempuannya yang lahir di Hospital King Edward, Perth untuk tatapan umum.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan tips dan nasihat berurut khas untuk para ibu yang bersalin secara pembedahan.

“Kalau takde tukang urut, boleh bertungku sendiri. Suruh suami bertungku belakang pinggang, celah peha, jangan kat perut je,” tulis seorang wargamaya.

“Urut tapak kaki, urut belakang badan dan kepala. Ikat rambut ketat tinggi-tinggi,” ujar seorang wargamaya.

“Boleh urut tapi jangan bahagian perut. Kaki, tangan, bahu boleh,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth.

Aktres jelita ini sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.

Terdahulu,

Raja Ilya selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Talita Love

BAGAIKAN merasai satu keajaiban… Itu yang digambarkan oleh pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat.

Ilya atau Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, turut mendedahkan bayi perempuannya itu diberi nama Talita Love.

raja ilya anak 3

Ilya dan suami teruja sambut kelahiran anak mereka.

“Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love,” katanya.

Ilya turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon itu yang menetap di Perth, Australia bersama suami, Trent Garret yang dikahwininya pada 2018 turut memberitahu tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan.

“Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu.

Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love

“Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” ujarnya yang turut membuka akaun Instagram untuk anaknya itu.

Dalam temu bual sebelum ini, Ilya memberitahu dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian mendapat tahu dirinya hamil.

Sedikit info Raja Ilya,

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas (2015–2018).

Pin on Celebrity Malay | Artis Melayu

Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan India Malabari merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.

Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.

Raja Ilya mohon maaf

Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas. Ilya mempunyai peranan sebagai Rina dalam telefilem Jelmaan untuk siaran di Astro First Eksklusif.

Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.

Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.

Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.

Beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018.

Raja Ilya dedah wajah suami

Sumber Gempak/Mstar/Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*