“Sebab Dia Derhaka, Itu Sebab Pakai Inai Tak Jadi..”- Neelofa

Pasti ramai tahu selebriti popular, Noor Nelofa muncul dengan produk keluaran terbaru iaitu Inai NunHa yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.

Umum mengetahui pelakon dan usahawan tersohor Neelofa telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu inai yang dikenali sebagai Innai NunHa dan boleh dikatakan produk tersebut menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat apabila ramai mengatakan sudah mendapatkan produk itu.

Akan tetapi, kecoh di media sosial apabila mereka yang sudah menggunakan produk tersebut meluahkan kekecewaan dan mengkritik kerana warnanya tidak seperti digambarkan dan kelihatan ‘lebam’ disebabkan tersepit pintu.

Sedar inai keluarannya diperkatakan ramai, pelakon dan usahawan tersohor Neelofa tampil bersuara bagi menjelaskan hal sebenar kepada mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ain Holib di platform TikTok, Neelofa mengatakan benda itu takkan terjadi sekiranya mereka tidak menderhaka dengan pantang larang produk tersebut.

“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions (arahan), pantang larang, derhaka ukuran air, derhak semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka.”ujar Neelofa.

Dalam masa yang sama, Neelofa meluahkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pengguna yang memuat naik video memburuk-burukkan inai Nunha dan perbuatan tersebut seolah-olah mahu menutup periuk nasi seseorang.

“Lepas tu upload (muat naik) video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.

“Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul.”ujarnya lagi.

Terdahulu, Neelofa sempat menjawab beberapa soalan daripada warganet berkenaan status selaput inai atas kuku dan tahap penyerapannya yang mungkin diragui oleh beberapa pihak.

Tegasnya, keluaran syarikatnya sedang dalam proses mendapatkan sijil HALAL dan SIRIM bagi meyakini orang ramai terutamanya golongan wanita untuk tidak bimbang dengan produk mereka.

Video,

Antara komen kelakar netizen,

Skali Tgk Mcm Inai, 2 Kali Tgk Macam Kerja Sbg Pomen Kereta – Kome Tlg Jgn Derhaka Nnt Kne Sumpah Jadi Ikan Pari Mcm Video 3gp Dulu2 Tu.

Dah Kuku Mcm Kuntilanak, Tersepit Pintu, Baru Balik Mengundi.Tiber Nilopak Ckp Derhaka. Sedih Jd Org Pompuan Byk Pantang Larang.

Lofa, Hari Tu Saya Beli Inai Kat Kedai Eco, Rm2.40, Merah Elok Macam Inai Lofa,Tak Dak Pantang Larang.

Ni Mesti Dia Baca Tweet Yg Pkai Inai Dia Mcm Org Sakit Jantung Kronik Tu..Pastu Yg Beli Tudung Dia Semua Yg Pkai Jd Rupa Firaun..

Cara Taknak Derhaka Tu Kena Bagi Sejadah Harga 2k Kat Ibu Baru Sejuk Perut Ibu Masa Mengandung Kan Anak Tu, Dan Bila Dah Besar Inai Cantik..

Dulu..Masa Makcik Kecik, Kalau Pakai Inai, Mesti Belah Mlm. Klau Pkai Waktu Siang Hari, Ayam Nampak Maka Inai X Kan Jadi Kaler Merah, Kena Tegur Dek Ayam, Tak Tau La Apa Kaitan Inai Dan Ayam

Adik Aku Pun Terjebak Jgk Pakai..Aku Tgk Huduh Kuku Dia..Kesian Adik Aku Tgolong Dlm Golongan Derhaka Xpasai2

Aku Ingatkan Org Beranak Sj Kena Pantang Itu Ini .. Rupanya Inai Nh Pun Kena Pantang Jgk..Payah Sgt Aih.. Baik Amik Inai Blkg Rumah. Hg Giling/ Tumbuk Lah Sendiri.. Pakai La Ikut Rasa Lagu Mana Yg Nk Pakai..Hg Nk Tempek Ataih Kepala Pun Blh.. Gerenti Halal Toyyiban. X Perlu Berpantang Dan Tiada Cop “Derhaka” ..

Kalau Macam Tu Baik Pakai Inai Daun Tu.. Berlambak Kat Belakang Rumah.. Pakai Secara Derhaka Pun Cantik .. Free Pun Ya

Sumber: Twitter @hfqaazmi, TikTok @ainholib @ain_basri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*