
WANITA yang didakwa menghina Islam ketika persembahan komedi berdiri baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.
Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan itu dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakah persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.
Tertuduh diminta untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis.
Terdahulu, Siti Nuramira tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan berbaju kuning dan berjaket hitam serta kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke lobi utama mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.
Hakim Siti Aminah menetapkan wang jaminan RM20,000 serta dilarang untuk memuat naik sebarang kenyataan di media sosial.
Tertuduh juga perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 15 Ogos 2022 dan pasport perjalanan antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Siti Nuramira diwakili peguam, R. Sivaraj Retinasekharan, Ramesh N. P. Chandran dan Datuk Shaharudin Ali.
Penularan video wanita itu menanggalkan tudung dan pakaian menimbulkan kemarahan netizen.
Pendakwaan pula dilakukan oleh pendakwa raya, Najihah Farhana Che Awang.
Pada Sabtu lalu, video memperlihatkan wanita itu bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat.
Sebelum itu, ketika Siti Nuramira naik ke pentas, dia memperkenalkan dirinya selain mengaku seorang wanita Melayu Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.
Akibat tindakan itu, wanita itu dan teman lelakinya, Alexander Navin A/L Vijayachandran direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Pelawak Wanita Viral Mengaku Masih Bangga Beragama Islam, Teman Lelaki Terbuka Untuk Peluk Islam.
Susulan penularan video berdurasi 54 saat di media sosial tempatan yang memaparkan aksi seorang pelawak komedi solo (stand up comedian), wanita tersebut muncul menerusi video siaran langsung di saluran YouTube-nya petang semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai termasuklah para pendakwah, selebriti, pempengaruh dan pelawak setelah menanggalkan tudung dan persalinan baju kurung di atas pentas.
Siti Amira atau Amy memperkenalkan dirinya dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk surah Al-Quran sebagai sebahagian daripada konten jenakanya.
Sedar dirinya menjadi bahan kecaman apabila video persembahannya itu tular di media sosial, Amy menerusi sesi siaran langsung di YouTube itu menyatakan dia masih menganut agama Islam dan berbangga menjadi seorang Muslim.
Turut muncul ialah teman lelaki Amy yang dikenali sebagai Alex. Apabila diajukan soalan tentang video yang tular, Alex menghalang Amy daripada menjawab kerana enggan kenyataan mereka disalah tafsir.
Begitupun, Alex mempertahankan Amy dengan menyifatkan teman wanitanya sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam. Alex juga tidak mempunyai halangan untuk memeluk agama Islam apabila tiba masa untuk mereka berkahwin, tidak lama lagi.
Ketika ditanya sama ada Amy gemar bertelanjang di depan khayalak seperti aksinya dalam video itu, Alex menafikannya.
“Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khayalak,” ulasnya. Video siaran langsung semalam bagaimanapun telah diturunkan oleh pasangan itu.
Tinjauan REMAJA terhadap saluran YouTube Amy mendapati dirinya tidak lari daripada membahaskan topik-topik hubungan seksual secara terbuka. Malah menerusi beberapa video, Amy tidak segan mengenakan pakaian baju dalam sahaja. Ada juga video di mana Amy mengenakan tudung sambil berkongsi tip ‘dating’ untuk pengikutnya.
Terdahulu semalam, REMAJA melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil maklum akan video yang tular dan akan menyiasatnya. Manakala, pihak kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail yang menjadi lokasi penganjuran acara terbabit telah membuat laporan polis berikutan kes ini.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment