Berpeluk Dengan Intan Najuwa, Ini Kata2 Pedas Netizen Kepada Aliff Aziz

Tindakan seorang aktor dipercayai Aliff Aziz yang berpelukan dengan rakan artis, Intan Najuwa di kota keriangan Genting Highlands tular menerusi satu rakaman video di aplikasi TikTok.

Seorang pengguna, @lovethv___ memuat naik video berdurasi 10 saat itu kelihatan kedua-dua pelakon tersebut mesra berpelukan sambil bersentuhan tangan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, difahamkan aksi mesra itu adalah sebahagian daripada penggambaran dijayakan oleh Aliff dan Intan yang bergandingan dalam drama terbaharu Jodohku Babysitter.

Jika melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Aliff kerana menyangka aktor berusia 31 tahun itu sudah menjaga batas sejak menyertai aktiviti dakwah tahun lalu.

Malah, segelintir netizen juga mempersoalkan sekiranya isteri Aliff iaitu Bella Astillah cemburu selepas melihat suaminya bermesra dengan pelakon lain.

Video,

Namun begitu, ada individu menyifatkan bahawa ia merupakan cabaran sebagai pelakon selain mendoakan yang terbaik buat Aliff berbanding meninggalkan kecaman.

Semoga hatinya berpegang teguh

Kalau aku, takkan biarkan suami dipegang

Ikut kata pengarah je…

Tapi ada je pelakon pilih untuk tak pegang2

Orang tu ke arah berubah, tapi lakonan begitu pula

Doa yang baik2 je!

Sebelum ini menerusi laporan media, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz mengakui terbuka hati bagi melakukan penghijrahan dan masih belajar mendalami ilmu agama.

“Move On, Jangan Fikir Apa Yang Sudah Jadi” – Bella Astillah

"Move On, Jangan Fikir Apa Yang Sudah Jadi" - Bella Astillah

Kisah pasangan suami isteri ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz sentiasa menjadi sorotan media. Malah, keintiman dan kemesraan dicipta membuatkan seluruh peminat mereka turut jatuh cinta.

Episod kelam dilalui menjadi pengalaman paling berharga dan pelajaran terbesar dalam diri mereka. Enggan menoleh ke belakang lagi, jalan lurus di depan mata terbentang luas buat mereka untuk menikmati detik indah bersama.

Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka. Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan dalam single Tetap Di Sini.

Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella berkolaborasi dengan suami tercinta.

Bella Astillah says "Tetap Di Sini" is about appreciating one's relationship

Bella, 28, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, lagu Tetap Di Sini cukup dekat dengan apa yang dirasai dan dilalui kini.

“Ketika proses penulisan lagu, alhamdulillah saya dan Aliff diberi kesempatan untuk menulis lirik juga dalam lagu ini. Perasan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang.

“Lagu ini lebih kepada ‘move on’ jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang,” katanya.

Menurut Bella juga pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh, sewaktu proses rakaman lagu Tetap Di Sini dia ditemani suaminya, Aliff.

Dipuji wajah iras Tokti, video Aliff Aziz sempat usik Bella Astillah curi tumpuan ramai

“Proses rakaman sangat mudah, alhamdulillah. Sebab Aliff menemani dari awal sehingga tamat rakaman. Dan sebab lagu ni sangat ‘catchy’ jadi mudah untuk saya sampaikan dan lebih ‘fun’.

“Dalam masa sama, ketika merakamkan lagu ini ada juga cabaran dilalui apabila saya dan Aliff ada pandangan yang berbeza. Jadi, kami perlu berbincang sebaiknya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Tapi, segalanya okay saja,” katanya.

Bella yang kali terakhir merakamkan lagu Tenang pada 2020 meluahkan rasa syukur dan bertuah apabila dapat bekerjasama dengan ramai individu yang berbakat dan profesional.

“Sepanjang proses rakaman dan menyiapkan lagu ini, saya bersyukur kerana setiap individu yang terbabit sangat mudah untuk bekerjasama dan ‘talented’. Sekaligus menjadikan penghasilan lagu ini lancar.

Dedah Suami Curang, Netizen Muak Dengan Tindakan Bella Astillah?

“Harapan saya semoga lagu ni mendapat tempat dalam kalangan peminat dan pendengar kerana ini lagu pertama yang saya ‘feat’ dengan Aliff. Dan kebanyakan lirik memang ikhlas dari hati saya. Insya-Allah.

“Saya juga tidak sabar untuk mengetahui maklum balas daripada pendengar apabila lagu ini dilancarkan kelak. Saya terbuka dan setiap komen yang membina itu saya ambil dan jadikan rujukan pada masa akan datang,” katanya.

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*