
Meskipun namanya kini tenggelam timbul kedengaran di media sosial, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 35, kini kembali menjadi perbualan ramai selepas dia memaklumkan bakal membuat debut sebagai model di Australia. Uishhh bukan main!
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sajat memuat naik keratan emel yang memaklumkan bahawa dia telah dijemput untuk menghadiri sebuah raptai yang diadakan agensi modelling di Australia.
Raptai tersebut menurut emel berkenaan bakal diadakan pada 17 Julai ini dan kehadiran Sajat adalah penting untuk menempah tempat bagi acara peragaan tersebut.
“Macam tak caya yang saya lepas”
Sajat menerusi posting itu meluahkan rasa gembiranya akan pemilihan tersebut dan dia siap nak berdiet makan pucuk ubi dan lemon sahaja bermula hari ini. Haa tudia bersemangat Sajat!
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata mengucapkan tahniah dan berharap Sajat berjaya dalam pemilihan model tersebut.
Uish bukan main bang jat. Kalau dah jadi model nanti jangan mudah lupa diri ye kat sana.
Antara komen netizen,
Mmg selayak nya,dia mmg kacak utk jd model antarabangsa..
Org kite realiti pun masih berlawak dan tak serius…apa2 pun tahniah…dikala sering menghibur makhluk bumi.
Baik Jat. Aku start makan pucuk ubi dari malam ni. Ye Jat. Kita sama-sama cantik. Aku yakin Kau dan aku akan sama-sama terkenal di Australia nanti Jat.
Semoga bang jat diberikan hidayah.. kembali la bang jat ke pangkal jalan.. belum masih terlambat utk brtaubat.. pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya.
Betul ke berita ni? Kawan aku cakap dia ni bawa grab je kat sana. Mana satu nak percaya ni?.
Dia ni mmg di lahir kan utk jadi lucu ke?? suke kat dia ni sbb menghiburkan.
Sedikit info Sajat,
Nur Sajat (lahir 23 Februari 1985) ialah seorang usahawan transgender wanita Malaysia yang berasal dari Perak. Sajat merupakan ikon yang penting dalam isu hak transgender serta LGBT di Malaysia secara am.
Sumber RJ/RK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment