Ramai Menangis Tengok Babak Tekup Mulut, Beto Dedah Apa Depan Dia Masa Tu Sebenarnya Smp Ramai Terkejut

Kuala Lumpur: Babak Mat Kilau menekup mulut Wahid lakonan Beto Kusyairy yang menahan emosi ketika isterinya, Rokiah (lakonan Zarina Zainoordin) dibunuh kejam tentera British dilakukan dengan imaginasi tinggi dua pelakon berkaliber itu dalam filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan.

Beto berkata, ketika melakonkan babak itu, dia bersama Datuk Adi Putra (Mat Kilau) perlu menggunakan imaginasi dan perasaan kerana babak Rokiah dibunuh itu tidak wujud di depan mereka.

“Apabila kita ‘shoot’ babak itu, kamera berada di depan saya dan Adi. Depan saya sebenarnya tak ada apa-apa yang jadi. Semuanya imaginasi,” katanya dalam sesi temu bual bersama stesen radio Mediacorp Ria 897 menerusi segmen Paparazzi Pagi.

Menurut Beto, babak lakonan Zarina diseksa dan dibunuh sebenarnya dijalankan pada hari yang berbeza.

“Babak di mana Zarina yang melakonkan watak Rokiah ditarik dari atas rumah, ditolak, ditendang, dipijak perut, ditik4m, semua itu berlaku pada hari lain,” katanya.

Babak penuh emosi itu menerima pujian daripada peminat Beto memandangkan lakonannya turut memberikan emosi kesedihan kepada setiap penonton.

Menurut Beto, ketika merakamkan babak ditekup mulut oleh Mat Kilau, sebenarnya tiada apa yang berlaku di depan matanya. Dia hanya menggunakan imaginasi untuk mengalirkan air mata sehingga menyentuh hati penonton.

Perkongsian ini ternyata mengundang rasa kagum netizen. Mereka memuji kehebatan pelakon yang orang ramai tak tahu.

Pergh, rasanya memang ramai yang sebak bila tengok babak Wahid dan Rokiah ini kan? Tapi rupa-rupanya ini yang berlaku di sebalik tabir. Hebat!

“Memang Dia Seorang Yang…” – Netizen Dakwa Beto Kusyairy Lebih Layak Pegang Watak Mat Kilau, Ini Respons Adi Putra

Pelakon dan juga ahli perniagaan, Datuk Adi Putra mengakui bahawa lakonan dan kemampuan rakannya iaitu Beto Kusyairy dalam membawakan watak Mat Kilau tidak dapat disangkal lagi.

Menurut Adi, dia sama sekali tidak tersinggung dengan pendapat orang ramai apabila ada segelintir pihak membandingkan dirinya dan lakonan yang ditunjukkan oleh Beto dalam filem tersebut.

Baginya, mungkin kali ini rezeki berpihak kepadanya kerana diberikan tanggungjawab untuk memegang watak utama dalam filem arahan Syamsul Yusof ini.

“Saya taka da perasaan negatif.Walaupun mereka diluar membandingkan Beto untuk pegang watak Mat Kilau.

“Bagi saya, seperti saya memberikan stigma, pujian saya kepada Beto. Dia memangs eorang pelakon yang versatile. Jadi bagi saya… saya tak ada masalah jika Beto membawakn watak tersebut sebab dia seorang pelakon yang baik dan berbakat besar.

“Macam saya, mungkin sudah tertulis jadi bila dah tertulis… saya harus melihat dari segi perwatakan Mat Kilau sebab Mat Kilau dah ada dia punya kurikulum sejarah dan ada batasan yang terhad,” katanya kepada Xtra.

Meskipun menganggap ia sekadar perbandingan penonton dan peminat filem Melayu terhadap pembawaan karakter, namun yang lebih penting adalah sokongan mereka terhdap filem tempatan terutamnya yang bergenre ‘historical’.

“Bagi saya mana-mana pelakon serba boleh harus diketengahkan agar selalu diangkat oleh masyarakat. Maklumlah, kita pun bersilih ganti dengan pelakon baharu yang sedia ada.

“Apa pun, Beto hebat. Itulah yang saya boleh katakan,” jelasnya.

Untuk rekod, filem #MatKilau kini sudahpun mencecah kutipan sebanyak RM71 juta sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

KREDIT: HMETRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*