“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Berm4ksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana Mula Buka Mulut

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar.

Baru-baru ini, Puteri Sarah dilihat ada membalas komen seorang netizen di Instagram Xtra mengenai kemampuan suamiya berpoligami.

Individu itu meminta pelakon tersebut menerima hubungan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar memandangkan pengarah itu mampu untuk berkahwin lagi.

“Mampu, nak kahwin lagi, kahwin je lah… Netizen tak payah sibuk. Puteri Sarah terima jelah, Islam izinkan,” tulis individu itu.

Tampil menjawab komen tersebut, Sarah meminta individu itu membezakan antara kahwin dengan dengan bermaksiat selama empat tahun.

Minggu lalu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).

Ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

Perkongsian ibu mentua Puteri Sarah

Sebelum ini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail pernah membuka mulut mengenai situasi hubungan Syamsul dan Puteri Sarah. Malah Datin Fatimah juga pernah menasihati individu yang menjadi pengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka agar bertaubat.

Tidak terhenti di siti, Datin Fatimah ada memuat naik foto anak dan menantunya bersama cucu di saat mengecap kebahagiaan dengan berlatar belakangkan lagu yang agak sedih daripada Opick berjudul ‘Cahaya Hati’.

Menerusi perkongsian terbaharu Datin Fatimah Ismail di Instagram, dia telah berkongsi gambarnya sedang makan tengah hari bersama menantunya, Puteri Sarah.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh Datin Fatimah dengan memberitahu bahawa Puteri Sarah adalah isteri kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof.

Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah.

Menjengah ke ruangan komen, Puteri Sarah turut membalas hantaran yang dibuat oleh Datin Fatimah dengan menyatakan rasa sayang terhadap ibu mentuanya itu.

Meskipun Datin Fatimah tidak menyebut nama mana-mana individu namun kebanyakan netizen membuat andaian bahawa kapsyen tersebut ditujukan kepada ‘orang ketiga’ yang menjadi pengganggu hubungan Syamsul dan Puteri Sarah.

Tidak terhenti di situ, rata-rata netizen memuji keakaraban antara Puteri Sarah dan keluarga mentuanya bahkan netizwn berharap agar hubungan baik antara mereka akan berkekalan dan bahagia selama-lamanya.

Komen netizen

Sumber RK/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*