
Nama Yusuf Azmi bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana gerak kerja aktivis dan kepenggunaannya terutama ketika bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini.
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mencabar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy berdebat secara terbuka mengenai dakwaannya bahawa tokoh pahlawan Melayu Mat Kilau bukan seorang nasionalis sebaliknya, hanya pemimpin petani.
Mat Kilau pemimpin petani bukan nasionalis – Ramasamy
Pemimpin DAP, P. Ramasamy meragui sama ada Mat Kilau boleh dianggap sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan bangsa atau agamanya.
Ini kerana, katanya, Mat Kilau hanya pemimpin petani dan beliau bersama dan pengikutnya berkonfrontasi dengan British dalam usaha mengembalikan dasar ekonomi yang bermoral.
Ramasamy berkata, Mat Kilau telah mengetuai anak buahnya untuk berhadapan dengan British bagi memberhentikan pelaksanaan cukai, pengurangan gaji ketua kampung dan lain-lain.
Mat Kilau juga, katanya, mahu memulihkan status quo sebelum pengenalan reformasi di bawah penjajahan British.
Tambah beliau, tindakan British merasionalkan pentadbiran telah mengganggu status quo sedia ada yang membawa kepada pemberontakan pahlawan Melayu itu.
“Hujah ekonomi moral pada asasnya adalah mengenai sifat konservatif kaum tani. Mereka bukan revolusioner atau nasionalis tetapi pasukan konservatif.
“Jika status quo mereka terganggu, mereka mungkin bangkit untuk mengembalikan hak mereka.
“Dalam erti kata lain, Mat Kilau bukanlah seorang revolusioner atau nasionalis tetapi seorang pemimpin petani yang bangkit untuk memperbetulkan keadaan yang telah diubah secara mendadak oleh pentadbiran British,” katanya.
Dalam kenyataan di Facebook, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu juga mendakwa, peranan Mat Kilau telah ditafsir secara selektif oleh penerbit filem untuk membawa tema bangsa, agama dan negara.
Tema sebegitu, dakwanya, sangat sesuai dengan nasionalisme kontemporari yang sempit seperti yang dilihat dalam perjuangan UMNO, Bersatu dan Pas.
Namun, menurut Ramasamy, tindakan itu tidak salah pada asasnya dalam mengingatkan kembali sejarah lampau dan menggambarkannya untuk memberi makna kepada manifestasi nasionalisme kontemporari.
Perjuang nasionalis, menurut beliau, sering dipenuhi dengan sejarah masa lalu yang terpilih dan imaginatif.
“Tiada apa-apa yang menghalang nasionalis Melayu yang berfikiran luas atau sempit untuk memberikan tafsiran terpilih tentang sejarah silam.
“Sekadar filem itu, ia seolah-olah menjadi karya nasionalis yang berfikiran sempit untuk menyesuaikan sejarah agar sesuai dengan agenda psikologi dan politik mereka.
“Mungkin ada agenda halus di pihak pembuat filem untuk melangkaui nasionalisme UMNO yang berakar umbi dalam penentangan Rancangan Malayan Union 1946,” kata Ramasamy.
Justeru beliau berharap, daripada tertumpu kepada nasionalisme Melayu kontemporari yang sempit mungkin pembuat filem tempatan boleh mempertimbangkan soal penentangan awal masyarakat Melayu terhadap British.
Mat Kilau, katanya, sebenarnya merupakan salah seorang pahlawan paling hebat menentang ketidakadilan pentadbiran British.
“Malangnya, filem tersebut atas sebab komersial menggambarkan Mat Kilau sebagai seorang nasionalis yang berfikiran sempit,” katanya.
Dalam kenyataannya, Ramasamy turut menyentuh mengenai babak yang melibatkan askar berketurunan Sikh yang dibawa dari India dan menjadi askar upahan British.
“Orang Sikh adalah tentera British dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam serangan tanpa belas kasihan terhadap penduduk kampung.
“Bagaimanapun, filem itu dengan menggambarkan tentera dan polis Sikh bertindak kejam, tidak adil dan terlibat dalam usaha perkauman yang tidak wajar yang tidak perlu.
“British yang menjadi sasaran Mat Kilau dan anak buahnya dan bukan orang Sikh,” katanya
Video penjelasan Kanda Yusuf Azmi ada di bawah sekali..
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, perdebatan itu perlu dibuat setelah pihaknya meneliti kenyataan pemimpin DAP itu menerusi portal MalaysiaGazatte baru-baru ini yang disifatkan berat sebelah kerana tidak merujuk mana-mana fakta sejarah secara ilmiah.
Menurutnya, ulasan Ramasamy jelas bersifat sangkaan semata-mata dan beliau seharusnya sedar diri kerana beliau berasal dari keturunan kaum pendatang (dari India dan Asia Selatan) yang dibawa oleh Inggeris ke Tanah Melayu sebagai pekerja, penoreh getah di ladang-ladang yang dikuasai Inggeris.
“Mungkin juga pandangan beliau didorong dan dipengaruhi oleh ideologi politik bawaan DAP yang bersifat r4sis, liberal, anti-Islam dan Melayu.
“Pandangan beliau juga berkemungkinan daripada pengajian beliau yang melalui sistem pendidikan vernakular yang tidak mendalami sejarah Tanah Melayu sehingga gagal memahami sejarah sebenar mengenai perjuangan pahlawan Melayu mempertahan tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sehubungan itu, Mohd Zai turut menggesa agar Ramasamy sedar diri sebelum melontarkan pendapat.
Tegasnya, sejarah Mat Kilau sebagai pejuang dan pahlawan Melayu yang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air telah ditulis dalam pelbagai bentuk jurnal dan buku ilmiah.
Beliau turut memberikan contoh, jurnal mengenai Mat kiau turut ditulis oleh seorang pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Talib Samat.
“Jadi, persoalannya siapakah ketua petani? Mat Kilau atau leluhur P Ramasamy? Hanya fakta sejarah sahaja yang telah membuktikan,” ujarnya.
Tambah Mohd Zai, telah tertulis dengan tinta emas sejarah bahawa Mat Kilau ialah pejuang bangsa, agama dan tanahair.
Justeru beliau berkata, UMMAH bersedia menawarkan pentas debat terbuka kepada Ramasamy bagi membuktikan fakta-fakta dakwaannya.
Ini Pula Respon dari kanda Yusuf Azmi
Dalam video ini Yusuf Azmi ada mengulas tentang YB Ramasamy yang tersilap fakta tentang Mat Kilau. Lihat penjelasan dalam video dibawah..
Lihat video ini:
Sumber: Media kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment