Peguam Terkejut Ada Individu Bkn Sahaja Beri Sumbangan, Tapi Sanggup Buat Perkara Ini Demi Siti Noramirah

Gara-gara gagal membayar wang jaminan sebanyak RM20,000 seperti yang ditetapkan oleh pihak mahkamah, pasangan kekasih yang didakwa atas tuduhan menghina Islam telah membuat permohonan dana kepada orang awam.

Pun begitu, wanita bernama Siti Nuramira Abdullah yang sedang berdepan dakwaan menghina Islam ketika melakukan persembahan komediri dijangka dapat melunaskan wang ikat jamin hari ini, hasil sumbangan dana awam,

Menurut laporan Berita Harian, setakat semalam sebanyak RM15,000 berjaya dikumpulkan dan peguam bela Siti Nuramira iaitu R Sivaraj yakin jumlah itu akan mencapai sehingga RM20,000.

Ekoran kes wanita dan teman lelakinya menghina Islam minggu lalu, khabar angin memaklumkan kemungkinan Siti Nuramirah Abdullah akan dibebaskan hari ini.

Demikian selepas kutipan dana yang dikumpul sudah menghampiri jumlah bayaran ikat jaminnya berjumlah RM20,000 sepertimana yang ditetapkan mahkamah.

“Ramai beri sumbangan”

Perkara itu kemudiannya disahkan pula oleh peguam bela mewakili Siti Nuramirah iaitu R Sivaraj  yang memaklumkan setakat pagi semalam sebanyak RM15,000 berjaya dikumpul.

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramirah Abdullah.”

-R Sivaraj-

Wanita hina Islam dibebaskan hari ini?

Bukan itu sahaja, pasukannya juga telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan Siti Nuramirah di sisi undang-undang.

“Bayaran wang jaminan itu dijangka dibuat hari ini jam 9 pagi.”

Ada Individu Menawarkan untuk membayar yuran guaman

R Sivaraj turut menambah akan mengembalikan wang yang dibiayai orang ramai, sebaik sahaja kes anak guamnya selesai dan wang ikat jamin dibebaskan mahkamah.

Peguam bela itu berkata, ramai orang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman wanita berusia 28 tahun berkenenaan.

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah,” katanya.

Terdahulu,

Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira, 26, didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam tertuduh, R Sivaraj memohon anak guamnya dikenakan jaminan minimum RM4,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis mengikut keperluan serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Katanya, wang jaminan tidak seharusnya ditetapkan pada jumlah tinggi kerana ia bukan bersifat hukuman, sebaliknya bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.

“Siti Nuramira masih bujang dan bekerja di agensi pemasaran serta perhubungan awam sebelum ini, namun kerjayanya terjejas akibat penularan COVID-19.

“Demi mencari rezeki sekarang, tertuduh bekerja sebagai pegawai eksekutif di syarikat teknologi maklumat dengan anggaran gaji RM3,000 sebulan.

“Tertuduh juga memberi kerjasama penuh sepanjang proses penahanan dan reman, selain tidak akan memuat naik kenyataan di platform media mengenai perjalanan kes,” katanya.

Selain Sivaraj, tertuduh juga diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali dan Ramesh N P Chandran.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM50,000 atas alasan kes itu mendapat perhatian secara meluas.

Katanya, kadar jaminan rendah boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap sistem perundangan dan badan kehakiman.

Sumber: Redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*