Belum Reda Kena Simbah Cat, Isteri Pula Terima Ugutan Bunuh, Ini Tindakan Yang Dilakukan Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel

Difahamkan Rizal membuat laporan tersebut di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada Selasa, jam 5 petang kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarganya.

Pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel dilaporkan telah membuat satu laporan polis selepas keluarganya menerima ugutan bunuh dipercayai ada kaitan dengan kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

Menurut laporan The Vibes, Rizal yang sudah menerima beberapa uguan sebelum ini nekad membuat laporan tersebut selepas isterinya menerima satu ugutan bunuh di telefon bimbitnya sekitar jam 4 pagi, Selasa (19 Julai).

Comedian Rizal van Geyzel arrested over viral videos | Free Malaysia Today (FMT)

“Saya telah menerima banyak ugutan sebelum ini – kata-kata makian, hinaan secara lisan dan lain-lain sehingga saya terpaksa menukar nombor telefon bimbit saya, tetapi ini merupakan kali pertama ianya ditujukan kepada keluarga saya.

“Satu ugutan bunuh juga telah diterima sebelum ini tetapi kami tidak membuat laporan polis memandangkan kes itu masih berjalan,” kata Rizal kepada The Vibes.

Percaya ini hanya permulaan

Comedian Rizal to be remanded over viral videos (Updated)

Tambah Rizal lagi, ugutan-ugutan lain yang diterima termasuk kelakuan tidak senonoh membuatkan dia percaya, “Ini hanyalah permulaan”.

Difahamkan Rizal membuat laporan tersebut di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada Selasa, jam 5 petang kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarganya.

Dia bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai ugutan berkenaan kerana kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Terdahulu,

Crackhouse Comedy Club ‘Diserang’, Penuh Dengan Contengan & Simbahan Cat

Pada masa sama, sebahagian daripada cawangan Hong Leong Bank, TTDI di tingkat bawah turut disimbah dengan cat berwarna hitam.

CRACKHOUSE COMEDY CLUB

Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang menjadi lokasi penggiat seni tempatan membuat persembahan komedi diarahkan tutup buat sementara waktu selepas terlibat dalam kontroversi video menghina agama Islam.

Pengasas bersama kelab komedi ini iaitu Rizal Van Geyzel juga telah ditahan oleh pihak polis pada Khamis 14 Julai lalu dan dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi sehari selepasnya pada Jumaat (15 Julai).

Permohonan pihak polis untuk menahan reman Rizal selama empat hari ditolak oleh mahkamah dan hanya membenarkan reman untuk satu hari sahaja.

Crackhouse Comedy Club dirosakkan dengan vandalisme

Selepas kontroversi yang berlaku melibatkan Crackhouse Comedy Club, lokasi tersebut telah dirosakkan dengan simbahan cat berwarna merah di papan tanda dan pintu masuk.

Walaupun Crackhouse Comedy Club berada di tingkat dua, tetapi sisa simbahan cat berkenaan juga boleh dilihat di kawasan jalanan berhadapan dengan bangunan tersebut.

Laporan The Vibes juga memaklumkan beberapa poster yang ditampal di dinding menuju ke Crackhouse Comedy Club di tingkat atas bangunan telah diconteng menggunakan semburan cat.

Pada masa sama, sebahagian daripada cawangan Hong Leong Bank di tingkat bawah turut disimbah dengan cat berwarna hitam.

 

Polis buru dua individu naik Proton Waja

Sehubungan itu polis kini sedang sedang mengesan dua individu terlibat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki itu menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Mereka di dalam rakaman turut dilihat membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda Crackhouse Comedy Club pada Selasa pagi sekitar jam 4.15 hingga 5.09.

Tambah beliau, rakaman CCTV yang diperolehi akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk mendapatkan analisa pakar dan kes di siasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan

Sumber Buzzkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*